Pages

Dialah Al-Amin

khamis 6 syaaban 1429h

Ah..dah lama rasanya tak mencurah idea..berkongsi suka dan duka. Alhamdulillah, yang lesu kini makin bugar, yang beku kian mencair nampaknya. Harapannya agar aku dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat untuk semua. Dalam waktu cuti ni aku cuba untuk menghadam sirah Rasullullah saw " Raheeq Makhtum". Mulanya agak bingung jugak memikirkan bagaimana untuk meladeni sirah ini dengan baik. Alhamdulillah dalam usrah semalam Kak Yati membentangkan sirah Rasullullah saw sehingga sebelum kenabian. Dan kini aku akan cuba kongsikan apa yang telah aku pelajari semalam..



KELAHIRAN JUNJUNGAN MULIA

Rasullullah SAW dilahirkan di Syuaib Bani Hashim, Makkah pada 9 Rabiulawal Tahun Gajah ( 20 @ 22 April 571m). Menurut Bani Sa"d dan sesetengah Riwayat lain ada meyatakan bahawa ibu Rasullullah SAW pernah menceritakan, " ketika ku melahirkannya, satu cahaya telah keluar dari farajku, menerangi mahligai2 di negeri Syam". Selain itu, beberapa petanda kelahiran seorang rasul turut berlaku sebelum kelahiran Rasullullah SAW. Antaranya berlaku runtuhan anjung Dewan Istana Kirsa Parsi, terpadamnya api sembahan Majusi dan robohnya gereja2 di sekitar Tasik Sawah yang sebelum ini dipenuhi orang ramai. Selepas Aminah melahirkan Rasullullah SAW, baginda disusukan oleh Tsuwaibah (hamba Abu Lahab) bersama anaknya bernama Masruh dan Hamzah bin Abdul Mutallib ( Bapa Saudara Rasullullah SAW).

BERSAMA IBU SUSU KE2, HALIMAH..

Sudah menjadi resam kaum Arab Hadhar ( Arab dibandar) untuk meyerahkan bayi mereka kepada ibu susuan dari kawasan pedalaman. Ini bertujuan untuk mencegah penyakit2 yang ada di bandar, membina jasad anak2, mengemaskan otot dan membantu lisan Bahasa Arab ( disebabkan pengaruh bahasa2 yang buruk di bandar @ bahasa rojak @ wakamono kotoba) . Kisah hidup Rasullullah SAW bersama dengan Halimah bermula apabila Halimah keluar bersama-sama dengan anak kecilnya dan suami dari kampung dengan menunggang seekor keldai dan beberapa ekor unta yang amat kurus kering yang turut dibawa bersama. Perjalanan yang jauh ke Makkah ditambah pula dengan ketiadaan bekalan makanan dan unta2 yang tidak mengeluarkan susu melambatkan dan menyukarkan perjalanan Halimah sekeluarga. Disebabkan Halimah tiba lewat di Makkah berbanding dengan ibu2 susu yang lain, maka yang ada ketika itu hanyalah Muhammad SAW yang yatim kematian bapa. Pada ketika itu anak yatim kurang mendapat sambutan dikalangan ibu susu ditakuti akan memperoleh upah yang sedikit. Akan tetapi kerna tak sanggup menanggung malu gagal membawa pulang seorang bayi, maka dengan rasa berat hati, Halimah bersetuju juga untuk menyusukan Muhammad SAW. Sebaik sahaja Halimah memangku Rasullullah SAW, dia merasakan dadanya dipenuhi susu dan Muhammad SAW dapat menyusu sehingga puas. Sepanjang Muhammad SAW menjadi anak susuan Halimah, kambing2 yang ketika dulu kurus kering kini gemuk dan mengeluarkan susu yang banyak. Apabila mencapai usia 2 tahun, Muhammad SAW diserahkan kembali kepada keluarganya. Tetapi selepas itu, Halimah meminta semula untuk memelihara baginda lantaran keberkatan dan kasihnya kepada baginda. Disini dapat kita lihat betapa Rasullullah SAW ini terpelihara dari sebarang anasir luar yang buruk dan dididik dengan suasana yang baik.

PEMBELAHAN DADA NABI MUHAMMAD SAW

Pada ketika Nabi berusia 4 @ 5 tahun, dan pada waktu itu nabi SAW sedang bermain bersama kanak2 yang lain, baginda didatangi oleh Jibril. JIbril merebahkan baginda dan membelah dadanya, setelah itu dicucikan hatinya dengan air zam2. Kanak2 lain yang melihat kejadian itu bertempiaran lari ketakutan dan anak2 Halimah menceritakan perkara tersebut kepada Halimah. Nabi SAW pulang ke rumah dengan wajah yang pucat. Halimah yang berasa takut dengan kejadian tersebut menyerahkan kembali Rasullullah SAW kepada keluarganya.

KEMATIAN BONDA TERCINTA

Pada usia 6 tahun, ibunya Aminah membawa Rasullullah SAW bersama datuknya Abdul Mutallib dan khadamnya Ummu Aiman melawat kubur bapanya di Yathrib (sekarang madinah). Jarak antara Makkah & Madinah adalah lebih kurang 500km. Selepas sebulan disana akhirnya dengan kehendak Allah SWT, Aminah meninggal dunia dan di kuburkan di Abwa' ( terletak antara Makkah & Madinah).

KEMATIAN DATUK TERCINTA

Selepas kematian ibu, Rasullullah SAW dipelihara oleh Abdul Mutallib dan di curahkan dengan penuh kasih sayang. Datuknya melebihkan kasihnya kepada baginda berbanding cucu2 yang lain. Sehingga pada suatu ketika diceritakan, a dihamparkan zabuton 座布団 untuk Abdul Mutallib, dan zabuton itu hanya kayak bagi Abdul Mutallib. Akan tetapi dengan tidak semengena, Rasullullah SAW duduk diatas zabuton tersebut. Abdul Mutallib membiarkan sahaja malah mengusap2 belakang tubuh baginda.

Dunia yang cerah kini gelap semula apabila Abdul Mutallib menghembuskan nafas terakhir ketika Nbi Muhammad SAW berusia 8 tahun 2 bulan 10 hari.

DIPELIHARA BAPA SAUDARA, ABU THALIB

Setelah kematian datuknya tercinta, Rasullullah SAW dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Thalib. Walaupun Abu Thalib mempunyai anak yang lain, ini tidak menghalangnya daripada mencurahkan sepenuh kasihnya kepada Rasullullah SAW. Malahan dialah yang menyokong perjalanan dakwah baginda sehingga 40 tahun hidupnya.


#setakat ini sahaja untuk kali ini. Apa yang dapat kita fikirkan ialah bagaimana Rasullullah SAW ini dari lahirnya terdidik dengan suasana yang baik dan mendapat pentarbiyahan yang sempurna. Mungkin dapat kita aplikasikan dalam kehidupan seharian bagaimana untuk memdidik seorang anak persis pendidikan yang diterima Rasullullah SAW. Dugaan2 yang berlaku sejak kecil seperti kematian bapa, ibu dan datuknya mencambahkan lagi benih kesabaran dalam diri baginda SAW. Kelahiran Rasullullah SAW yang diiringi dengan pelbagai keajaiban menunjukkan betapa kuasanya Tuhan Yang Maha Esa...

to be continued..insyaAllah

No comments:

Post a Comment