Pages

biar musim luruh, jangan semangat luruh


Mendung yang sering menemani cucu sejak seminggu lalu sudah dua hari meninggalkan cucu. Alhamdulillah, cuaca cerah, dengan suhu sekitar 20-23 darjah celcius membuatkan suasana nyaman dan menghembuskan angin dingin. Bumi Jepun mengucapkan selamat datang buat aki
( musim luruh ) yang menjelang tiba.

Musim luruh, sangat cucu nantikan. Selain dapat menikmati pemandangan langit yang kelihatan lebih tinggi, dan biasanya langit biru megah tidak ditemani awan. Malam pula makin panjang, dan sejuk. Wah, waktu tidur pun makin panjang kan?

Musim luruh, biarlah musim ini membuka semangat baru bersempena cucu dan teman-teman di Jepun mula melangkah ke semester baru. Biar musim sahaja yang luruh, jangan hati dan semangat pun turut luruh, ya?

Sebagai makluman, ( dalam ertikata sebenar meminta pembaca mendoakan cucu ) dibawah ini merupakan senarai subjek yang akan cucu kunyah sepanjang semester dua di tahun dua ini. Cucu sudah terjemahkan semuanya ke dalam bahasa Melayu. Doakan moga dipermudahkan segala urusan cucu, teman-teman dan paling tidak dilupakan pembaca semua.

1) Mekanisma Robot
2) Etika Perindustrian
3) Dinamik bahan
4) Fizik Gunaan 2
5)Asas Kejuruteraan Elektrik
6) Asas Programming
7) Analisis Gunaan 2
8) Praktis A Kejuruteraan Mekanikal
9) Praktis C Kejuruteraan Mekanikal
10) Kejuruteraan Fluida 1
11) Dinamik mekanikal 2
12) Asas Lukisan Kejuruteraan 2
13) Praktikal Pembuatan dan Rekaan

p/s: pelik pula bila di'melayu'kan subjek-subjek ni. Terjemah ikut sesedap rasa je~~

1 comment:

  1. Pertama kali saya berdepan dengan keadaan dan persekitaran musim luruh. Mungkin seronok, mungkin sebaliknya, mungkin semangat pun boleh luruh lantaran luruhnya daun-daun pada dahan pokok sakura. Tapi mungkin saya menganggap ianya sebagai cabaran yang menyeronokkan untuk terus menimba pengalaman di bumi Sakura ini.

    ReplyDelete