Selepas membaca tulisan Ustaz Hasrizal di Saifulislam.com, baru cucu faham perkara yang selama ini cucu belum lagi dapat hadam dan telan. Perkara yang bila sudah cucu faham, meninggalkan sesal dalam hati.
Sebagai anak, berpuas hatilah,
dan bersyukurlah!
Ceritanya begini, usai solat maghrib secara berjemaah, abah, dan kami adik-beradik berehat-rehat diatas tikar sejadah. Sama-sama bergurau senda, bercerita sambil menunggu waktu solat isya yang hampir tiba beberapa ketika. Dalam kami sedang asyik bersembang, adik cucu pun membuka mulut menanyakan satu soalan. Barangkali soalan itu diajukan dengan niat bergurau.
" Abah, bila abah nak buat rumah baru? Rumah ni dah agak lama la bah.."
Abah yang dari tadi asyik tersenyum melayan kami bercerita dan sesekali turut mengusik sama, serta merta diam seribu bahasa. Lantas adik-adik dan cucu pun terdiam sama.
" Ada yang tak kena ke ni..?"
Cucu masih tak sedar ketika itu. Cuma tertanya-tanya adakah soalan tadi menyebabkan abah terdiam begitu?
" Biarlah rumah ni macam ni. Biarlah..biarlah sampai abah tua pun abah dengan rumah ni pun takpe. Korang kalau dah besar, dan rasa malu dengan rumah ni, takpe lah. Nanti kalau..."
tidak tegal rasanya untuk meneruskan kata-kata abah yang seterusnya. Rasa kesal jelas terpancar pada wajah adik cucu. Niat yang disandarkan untuk bergurau, rupa-rupanya bagai pisau yang menghiris hati abah. Mungkin abah sangat sayang dengan rumah ini.Rumah pusaka peninggalan arwah atuk, kemuadian diwarisi abah.Rumah yang telah memayungi kami sekeluarga lebih dari 20 tahun ini, walaupun dari luarnya kelihatan usang, alhamdulillah sehingga sekarang masih teguh berjasa memayungi kami.
Rasa kesal buat diri cucu sendiri. Sebagai anak, adakah cucu tidak fikir berapa banyak belanja yang diperlukan untuk membesarkan cucu dan adik-adik. Sedari kecil, sehingga besar, ada-ada sahaja yang diminta. Tidak pernah mahu menumpang rasa bagaimana susahnya abah membanting tulang empat kerat untuk keluarga.
Bila anak-anak sudah semakin besar, dan masing-masing sudah menjengah dunia luar, rasa kurang bila apa yang ada pada diri tidak sama dengan apa yang ada diluar sana. Rumah perlu besar-besar. Kereta perlu besar dan mahal.
" Abah, jom tukar wira dengan MPV bah. .."
Abah terdiam saat itu, tapi abah masih membalas dengan senyuman. Baru cucu tahu sekarang perasaan yang abah pendam. Hendak membeli sebuah wira itu pun sudah berapa banyak tenaga yang dibantingnya. Bila sudah dapat, anaknya meminta pula yang lain. Alahai anak-anak~
Bersyukurlah, berpuas hatilah. Sudah masa giliran kita untuk membalas jasa mereka.
p/s: abah, kakak tak mintak beli motor baru. Tapi mintak abah servis balik RXZ tu ye. Nanti senang abah nak pakai. Kakak pun boleh 'rempit2' bila balik nanti :)
hahaha...abah tue touching la...
ReplyDeletetp pelik la..atok pula selalu suruh abah beli kasut murah,bj murah...tp beliau still beli yg terbaik...poning atok sbb atok xsuka bazir,hehe...
atok bersyukur sbb atok ada abah yg bahpak suka pukul anaknya yg sedikit nakal,hehe...
tp,jadi orng juga atok nie walau sngal2x ayam,hehee
ps:-biasnya orng yg mengaku bersyukur xreti syukur,hehee...atok la orngnya...PERASAN,hoho
biasalah tu, naluri manusia yang normal untuk beri yang terbaikk pada orang yang dia sayang. Ha,tu lah tanda sayang abah atok pada atok. Kan?
ReplyDeletep/s:
1) Hanya Allah Tahu syukur ke tak kita ni. Manusia biasa tak boleh nampak.
2) mula2 pening baca komen atok ni. Ada abah, ada atok. Rupa2nya atok ni cuma nama samaran. Cet!
@cucutokjanggut