Pages

tingkat 8

pena yang sejak tadi kugenggam erat,
aku lepaskan.
dan leher yang sedikit tegang,
aku longgarkan.

memandang ke bawah,
dari tingkat 8 kamera mataku bersiaran.
menyaksikan lagak manusia kerdil,
bagai semut yang merayap.
menyaksikan kereta-kereta bergerak,
bagai kotak-kotak mancis di jalanan.

aku mendongak ke atas,
dekatnya aku dengan langit!
rasa terhibur memerhati,
seakan hilang segala penat di bumi.
awan-awan sangat bangga dengan pertunjukannya,
berarak dan bertukar-tukar coraknya.

dan aku masih di tingkat 8.

asah



Bismillahirrahmanirrahiim...


Untuk pengetahuan pembaca di sekitar luar Jepun, cucu dan teman-teman disini sedang berperang dengan kimatsu shiken (peperiksaan akhir semester) sehingga bulan Mac nanti. Yang berada di tahun akhir pengajian pula, mungkin sedang bertungkus lumus menyiapkan sotsuron (tesis akhir).


Begitulah yang dapat cucu khabarkan tentang keadaan kami dari bumi sakura ini.


Jam kini menunjukkan pukul 4.37 petang.


Cucu mengakses internet dari perpustakaan lantaran komputer cucu yang rosak. Terlalu ingin cucu meneliti komputer itu, tetapi dek kerana takut terkalih masa, cucu pendamkan dahulu. Kiri dan kanan penuh dengan pelajar-pelajar Jepun yang masing-masing nampaknya sibuk membuat persediaan. Perkarangan sekolah pula kelihatan sunyi.


Langit yang cerah, suhu yang tidak berapa sejuk, mentari yang memancar megah, benar-benar mengasyikkan. Moga yang sedang membaca, tidak terlupa untuk menjengah sebentar memandang alam. Mendongak kepala melihat awan, kemudian kita lafazkan syukur dan tasbih pada Allah. Jangan sangkakan hanya kita sahaja yang sibuk bekerja dan bergerak di bumi.


Makhluk di langit seperti awan dan mentari pun sedang giat bekerja. Patuhnya mereka pada arahan Allah dalam bekerja. Wah, kalaulah si awan dan mentari mahu bertindak sesuka hati, melanggar arahan Allah, hancurlah bumi ini kan?


Begitu juga kita..peringatan untuk cucu juga dalam meniti hidup dibumi. Adakah selari dengan kehendak Allah?


Buat teman-teman khususnya di Jepun, jom kita mengasah pisau masing-masing. Biar tajam jangan tumpul ! Kalau tumpul, masakan bisa memotong?


Teman-teman sejepun kita berusaha, kita jua berusaha. Tapi untuk berusaha kepada apa, lain matlamat kita dengan mereka kan? Ambil masa, renungkanlah ya!


p/s: yoshha, makenaide ganbaroune~ q(^^,)p

rosak


Bismillahirrahmanirrahiim...

Maaf kepada yang ternanti-nanti, bilakah lagi Think Tanker mahu kerap mengeluarkan entri-entri ya? Maafkan cucu lantaran jarang-jarang sekali memperbaharui buah fikiran dalam ruang yang sekecil ini. Cucu sangat-sangat rindu mahu menulis seperti biasa, namun kadangkala kekangan perasaan, kekangan kesesuaian, dan kekangan teknikal juga membantutkan.

Bercakap mengenai kekangan teknikal, sengaja ingin cucu ingin beritahu yang komputer cucu hadapi sedikit kerosakan. Mungkin cucu bakal bertambah jarang lagi memperbaharui tulisan di sini. Tidak mengapa, mungkin cucu bakal bertambah rindu untuk menulis, dan insyaAllah, bila dapat memetik papan kekunci, moga-moga dapat menghasilkan sesuatu yang lebih bermanfaat insyaAllah.

Komputer cucu ini,

ah, bisa sahaja kau mati bila-bila masa. Dan cucu juga tidak tahu apakah sempat cucu tamatkan tulisan ini sehingga sempurna. Kerna seperti selalu, ia bakal 'restart' bila-bila masa, ataupun jalur-jalur hitam akan terpampang pada skrin. Menandakan yang cucu perlu melupakan sementara penggunaan komputer ketika itu. Sementara masih ada peluang ini, cucu sedaya upaya mahu menghabiskan ayat, agar tersampainya hasrat, dan tercapainya matlamat. Biar cucu tak menyesal, biarpun jika komputer ini tidak boleh dibuka semula.

Ah, seandainya cucu dan juga pembaca sedar yang kita ini seperti komputer cucu. Bila-bila masa nyawa akan di tarik, entahkan esok, entahkan sekejap lagi. Sempatkah menunaikan segala perintah, ataupun bakal menempah sesal yang tak berpenghujung.

Ahh...

p/s: alhamdulillah, rasa Allah sangat sayangkan cucu bila komputer ni rosak. =)

mutabaah


bintu_husna: salam..
ct007: wsalam wbt.. ye dik?
bintu_husna: kak...saya nak request sesuatu la..
ct007: ooo. apa tu? kalau akak boleh tolong akak cuba tolong apa yang akak mampu :)
bintu_husna: kak, saya rasa saya perlu dimutabaahkan la...
ct007: eh, kenapa awak rase gitu?
bintu_husna: yelah, sebab saya rasa disiplin saya makin teruk. kalau saya nak nilai diri saya sorang-sorang, saya tahu saya tak mampu..
ct007: ooo gitu ke..
bintu_husna: akak ada borang mutabaah tak?
ct007: erm, akak rase borang mutabaah tu ada dekat external hardisk akak la dik. Nanti kalau dah jumpe insyaAllah akak hantarkan ye~
bintu_husna: time kasih kak...
ct007: tapi sebelum tu, kita kena mutabaah dengan Allah dulu dik.
bintu_husna: mutabaah dengan Allah? Camne tu kak?
ct007: tarbiyah dzatiyah..
bintu_husna: erm, apa kaitan mutabaah dengan tarbiyah dzatiyah?
ct007: solat kita, bacaan quran kita, dzikir kita pada Allah, penjagaan masa kita..kita kena muhasabah dulu benda-benda tu... kalau dah setel benda-benda ni, insyaAllah perkara lain pun akan smooth je.
bintu_husna: ooo, baru saya faham kak...jazakillah khair kak =)
ct007: barakillah dik..

Selalu diri terasa yang bila yang namanya mutabaah itu adalah dengan menanda kan "maru" pada borang mutabaah setiap hari. Menilai sama ada solat-solat sunatnya, berapa helai tilawahnya, berapa panjang dzikirnya. Mutabaah, tidak semestinya berlaku dengan adanya borang semata-mata. Tapi, tanyalah Allah, mutabaahlah secara langsung dengan Allah.

Bagaimana ketepatan waktu solat kita? khusyukkah ia?

Bacaan qurannya bagaimana?

Pengurusan waktunya, efisienkah, ataupun masih suka bertangguh-tangguh?

.
.
.
.

Dekatnya Allah itu dengan kita, tapi tak pernah kita sedar. Mungkinkah terlalu tenggelam hingga tak tersedar ada yang memerhati. Sedang yang Maha Melihat tak pernah kalih untuk terus melihat, dan si pencatit terus-menerus mencatit...

Hurm...

glosari:
-mutabaah : check-list amalan
-jazakillah khair: moga Allah membalas dengan kebaikan
-barakillah: moga Allah memberkatimu
-maru: bulatan

yang putih itu salji, yang girang itu hati saya =)


Bismillahirrahmanirrahiim...

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari kedua salji turn dengan lebatnya di sini. Walaupun sudah biasa bermain dengan salji ketika di Yamagata dan Nagano suatu ketika dahulu, namun bila dapat menikmati salji di tempat sendiri, memang terasa lain keseronokannya. Bahkan, benarlah kata pepatah, "..lebih baik hujan batu di tempat sendiri " :P.

Teringat kembali peristiwa semalam, di kala cucu masih enak di buai mimpi. Cucu menerima panggilan dari seseorang, mengejutkan cucu dari tidur. Bunyi telefon bimbit segera membuatkan cucu bingkas bangun.

" Hello.. fza dah bangun belum ni? "
" .....", cucu membalas dengan gaya yang sungguh mamai*.
" Ha, cuba selak langsir, tengok luar", pinta teman cucu yang seorang ini.

Cepat-cepat cucu selak langsir. Wah, terpana seketika melihat pemandangan yang ketika itu putih semuanya. Salji pula turun dengan lebat. Rasa girang melihat salji berebut-rebut sambil menari-nari diangkasa sebelum jatuh gugur ke bumi.

Subhanallah...

Malah, teringat cucu dalam program Fuyu Gathering di Hakuba, Nagano kurang sebulan yang lepas. Di kala seorang teman mengajak kami bersama-sama tadabbur sepotong ayat al-quran dari Surah An-Nur, ayat 43.

"Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan..."
" kak, ayat ni Allah nak cerita pasal salji la..", teringat kata-kata seorang adik yang duduk disebelahku ketika itu. Cucu hanya mampu tersenyum.

Salji yang turun lebat semalam bagai meruntun-runtun perasaan cucu mahu ke sekolah. Sudah pastinya cucu memilih untuk berjalan kaki ke sekolah. Sempat juga cucu capai kamera, mana tahu bisa jadi kenangan nanti. =)


Jam menunjukkan sudah hampir mencecah ke pukul 8.40 pagi. Tapi, apakan daya jalan menjadi lecak dan licin menyukarkan cucu dan teman untuk bersegera ke sekolah. Akhirnya cucu dan teman ambil keputusan untuk tenag-tenang sahaja. Berjalan tenang sambil menjamu pandangan, mengambil satu dua gambar, dan kadang-kadang rasa girang bila melihat hembusan nafas menjadi kepulan asap putih.



Sampai sahaja di kelas, cucu tidak mampu duduk diam. Bahkan terasa sangat sakit di hujung-hujung jari. Jari-jemari bagaikan beku, menyebabkan cucu mengambil sedikit masa untuk menenangkan diri dan membolehkan cucu menggerakkan jemari untuk memegang pensel. Suhu dalam dewan kuliyyah dan di luar hampir sama sahaja lantaran danbou tidak dipasang . Aduh-aduh, menderita sungguh cucu dan teman-teman sekuliyyah semua.
(danbou dipasang selepas satu jam kuliyyah berlangsung. Itupun atas desakan teman cucu, Momo)

Cucu tidak maklum yang kelas ganti akan bersambung lagi selepas tamat masa pertama. Apa lagi, bukan cucu seorang sahaja, malah teman-teman sekuliyyah yang lain berbondong-bondong bergerak ke koperasi sekolah. Tujuannya satu, mahu mendapatkan sekurang-kurangnya satu minuman panas. Alhamdulillah, ketika membelek-belek minuman panas yang boleh diminum, terjumpa satu minuman cafe-ore yang bisa dikomusi.

Begitulah, ceriteri cucu pada hari yang sangat membuatkan cucu girang tak terkata. Petang tadi, semasa pulang berbasikal dari sekolah, hujan dengan titisan ais turun. Sakit juga terasa bila ada yang masuk terkena mata. Tapi ada sesuatu yang membuatkan cucu berfikir seketika.

Cucu tidak tahu pun rezeki apakah yang Allah mahu turunkan dari langit. Kalau semalam salji yang ringan, tapi petang tadi titisan air batu yang sedikit keras. Hebatnya Allah, sehingga tak tercapai dek akal manusia. Pentingnya pada kita hanyalah untuk berdoa moga-moga setiap apa yang Allah turunkan itu kita terima sebagai satu kebaikan dari Allah.

Minggu depan, insyaAllah suhu akan mulai naik. Khabarnya hari ini merupakan hari terakhir salji turun untuk musim ini. Waa..moga-moga bisa bertemu dengan musim bunga. Moga-moga kembangnya sakura nanti, begitu juga kembangnya thumuhaat kita nanti ya ikh akh fillah :)



merah saga


Saikin, ( lately kata omputihnya ) apa yang terlintas di kepala, yang terasa dalam hati, tak tertulis dek pena. Maaf dan ampun ya..

Cuma terlalu rasa ingin berkongsi satu lagu dan video menarik bertajuk Merah Saga- Shoutul Harakah...


larang guna nama Allah


Bismillahirrahmanirrahim...

Cucu benar-benar keliru sekarang...

Kenapa orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah?
-Mungkin takut disalahgunakan kot ea..

Kenapa orang Melayu Islam sangat TAMAK bagai mengaku Allah itu terhad sebagai Tuhan bagi umat islam? Padahal Allah itu Tuhan seluruh alam. Tidak kiralah orang bukan muslim ke, hatta tumbuhan, meja, kerusi pun tuhannya adalah Allah.

Kenapa yang membicarakan soal ni terdiri dari orang yang bukan ahli? (menteri2, orang politik..dan sebagainya). Di mana ulama' dan ilmuan yang selalu mengaku pakar dalam hukum-hukum islam?

Ish..pelik-pelik.