Bismillahirrahmanirrahim...
Cucu benar-benar keliru sekarang...
Kenapa orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah?
-Mungkin takut disalahgunakan kot ea..
Kenapa orang Melayu Islam sangat TAMAK bagai mengaku Allah itu terhad sebagai Tuhan bagi umat islam? Padahal Allah itu Tuhan seluruh alam. Tidak kiralah orang bukan muslim ke, hatta tumbuhan, meja, kerusi pun tuhannya adalah Allah.
Kenapa yang membicarakan soal ni terdiri dari orang yang bukan ahli? (menteri2, orang politik..dan sebagainya). Di mana ulama' dan ilmuan yang selalu mengaku pakar dalam hukum-hukum islam?
Ish..pelik-pelik.
~salam akak...
ReplyDelete~terpanggil untuk berkongsi
saya copy paste sedikit coretan dari sini---> http://g-82.blogspot.com/2010/01/isu-kalimah-allah-allah-for-all.html
***mula copypaste
[Secara asasnya, tindakan membenarkan kalimah Allah kepada Non Muslim bukanlah perkara yang dilarang dalam syarak, sama ada menerusi Al-Quran, atau Hadis nabi SAW.
Sebagai umat Islam, keizinan terhadap non Muslim dalam menggunakan kalimah Allah ini, sewajibnya diambil kesempatan dalam memberi penjelasan dan penerangan yang sebenar terhadap maksud kalimah “Allah” itu sendiri. Kerana, inilah yang sebenarnya dilakukan oleh Nabi SAW.]
***tamat copypaste
~ya Allah, tunjukilah kami jalan yang lurus...
keadaan camni berlaku bila ada yang terlebih sensitif kot...
ReplyDeletejadi ramai yang melatah...terutama bagi mereka yang tak berapa nak tahu asal usul dari akar perkataan allah itu sendiri...
salam..
ReplyDeletehmm...actually no comment sangat about this issue. tak tau nak kata setuju atau tidak. betul Allah itu Tuhan semesta alam. Tapi punca isu ini adalah kerana kristian hendak menggunakan bible dalam bahasa melayu untuk merosakkan akidah umat Islam. Jadi orang yang tak berapa faham Islam mungkin akan membeli buku-buku tersebut dan terrosak akidah. Sama macam nama Allah yang digantung di kedai india. Kadang-kadang bukan mamak/india muslim pun, tapi nak tarik orang islam datang kedai dia.
Jadi, dari segi undang-undang Malaysia tak tau nak cakap patut benarkan ke tidak. Tapi dari syariatnya memang tak haram pun sesiapa nak guna nama Allah sebab tuhan kita hanyalah satu bukannya tuhan india lain, tuhan kristian lain. kerana meyakini adanya tuhan lain boleh menyebabkan kita mensyirikkan Allah.