Pages

rosak


Bismillahirrahmanirrahiim...

Maaf kepada yang ternanti-nanti, bilakah lagi Think Tanker mahu kerap mengeluarkan entri-entri ya? Maafkan cucu lantaran jarang-jarang sekali memperbaharui buah fikiran dalam ruang yang sekecil ini. Cucu sangat-sangat rindu mahu menulis seperti biasa, namun kadangkala kekangan perasaan, kekangan kesesuaian, dan kekangan teknikal juga membantutkan.

Bercakap mengenai kekangan teknikal, sengaja ingin cucu ingin beritahu yang komputer cucu hadapi sedikit kerosakan. Mungkin cucu bakal bertambah jarang lagi memperbaharui tulisan di sini. Tidak mengapa, mungkin cucu bakal bertambah rindu untuk menulis, dan insyaAllah, bila dapat memetik papan kekunci, moga-moga dapat menghasilkan sesuatu yang lebih bermanfaat insyaAllah.

Komputer cucu ini,

ah, bisa sahaja kau mati bila-bila masa. Dan cucu juga tidak tahu apakah sempat cucu tamatkan tulisan ini sehingga sempurna. Kerna seperti selalu, ia bakal 'restart' bila-bila masa, ataupun jalur-jalur hitam akan terpampang pada skrin. Menandakan yang cucu perlu melupakan sementara penggunaan komputer ketika itu. Sementara masih ada peluang ini, cucu sedaya upaya mahu menghabiskan ayat, agar tersampainya hasrat, dan tercapainya matlamat. Biar cucu tak menyesal, biarpun jika komputer ini tidak boleh dibuka semula.

Ah, seandainya cucu dan juga pembaca sedar yang kita ini seperti komputer cucu. Bila-bila masa nyawa akan di tarik, entahkan esok, entahkan sekejap lagi. Sempatkah menunaikan segala perintah, ataupun bakal menempah sesal yang tak berpenghujung.

Ahh...

p/s: alhamdulillah, rasa Allah sangat sayangkan cucu bila komputer ni rosak. =)

No comments:

Post a Comment