" Jya, dono kenkyushitsu ni hairunoka un ni makasemasu "
-Jadi, untuk tentukan research yang mana yang bakal kamu masuk untuk kuliyah ini, kita serahkan kepada nasib-
" Ya Allah..janganlah aku dapat kenkyuu yang itu...janganlah..zehi2..", saya berdoa dalam hati. Terlalu berharapnya saya agar tidak ditempatkan Allah ke dalam kenkyuu yang benar-benar membawa ekspresi buruk bagi saya. Sudah tentulah kenkyu yang berkaitan dengan programming dang seigyou! (programming and control). Di mana saya rasakan dua subjek inilah merupakan titik kelemahan saya. Walhal, saya amat berharap agar ditempatkan ke dalam kenkyuu yang menjadi idaman saya sejak saya di tahun 1 lagi. Kenkyuu enjin!
Jadi, mahu dipendekkan cerita...kami dikehendaki mencabut satu kertas dalam kotak. Di mana lipatan kertas itu mengandungi nombor yang menunjukkan jenis kenkyuu apa yang bakal kami masuki.
" Noruhafuiza binti ahamado sahimi-san! sahimi-san! ", saya mengangkat tangan sebelum sensei berhajat mahu menghabiskan menyebut namaku. Ah, terasa begitu seksa sekali sensei menyebut namaku!
" Juu-ban desu "- nombor 10-. saya memberitahu sensei nombor yang saya peroleh.
Saya kembali ke tempat duduk, sambil mata saya melilau dan mencuri dengar perbualan teman sekelas kalau-kalau ada yang peroleh nombor serupa saya.
......proses mencabut nombor tamat hingga pelajar terakhir. Anggaran lebih 100 orang semuanya. Sensei pun mencatitkan nombor-nombor beserta nama kenkyuu. Teryata hajat saya untuk masuk ke kenkyuu enjin tidak kesampaian lantaran kenkyu enjin terletak pada nombor 2!
" Janganlah..jangan seigyou..janganlah programming ", aduh..doa saya masih lagi begitu pada saat itu.
" ...10: ene-seigyo/seigyou-mechatronics.."
DUSH!
Aduh..perkara yang paling mahu saya elak terasa bagai batu yang menghempap! Malah subjek mechatronics yang saya elakkan untuk semester ini turut sama mengenai saya. Saya senyum kelat, dan berharap agar semuanya baik-baik sahaja selepas ini.
***
Hurm, mungkin di sebabkan saya terlalu membenci..ataupun terlalu tidak suka!
Teringat saya ketika saya berada di tahun 1 dan 2 yang lepas. Saya punyai perasaan yang kurang senang untuk berkumpulan dengan teman-teman sekelas saya yang lelaki. Ya, lelaki Jepun ! Pertama kali dahulu apabila saya berkumpulan dengan 3 orang lelaki jepun, dan saya seorang sahaja perempuan..saya begitu terasa bila merasakan diri saya tidak di endahkan, malah kewujudan saya bagai tiada peranan. Oh, mungkin cuma perasaan saya sahaja agaknya. Dan dalam 3 orang itu, ada seorang ini yang amat saya tidak suka. Entahlah, mungkin terasa yang dia ini berpandangan sinis pada saya. Jahatnya kata-kata hati saya pada waktu itu..
Itu yang pertama. Kali keduanya, bila saya berkumpulan dengan teman-teman sekelas yang lain untuk pelajaran lukisan kejuruteraan..aduh, terasa diri ini malang sekali bila berkumpulan sama dengan dia yang saya benci tadi. Tapi alhamdulillah, kumpulan ini tidak memerlukan saya untuk berinteraksi pun dengan mereka. Cuma ambil komponen masing-masing, dan sempurnakan lukisan. Itu sahaja. Sedikit lega berbanding sebelumnya...
Sehinggalah pada semester kedua di tahun 2 yang lalu. Apabila sensei membuat undian dan membahagikan kumpulan untuk kerja projek kami, saya mendapat kumpulan yang sama dengannya juga! Pertama kalinya saya hanya mendiamkan diri. Dan saya banyak ambil masa untuk menenangkan diri, sambil wajah terasa panas dan mungkin merah padam. Tak sanggup memandang orang yang bnar-benar saya ingin elak. Akhirnya satu kumpulan.. Ini tidak boleh jadi, saya perlu buat sesuatu. Jadi, tatkala saya gusar ketika itu..Allah beri saya ilham, beri saya pengajaran. Yang Allah mahu sempurnakan saya. Dimana titik kelemahan saya, di situ Allah uji. Selagi perkara yang itu saya belum selesai, Allah akan temukan sayan dengannya berulang kali. Sehingga saya faham, dan redha akan ibrahnya. Akhirnya saya membuat keputusan untuk menerima dan berfikiran terbuka. Alhamdulillah, teman satu kumpulan yang saya benci selama ini itu rupa-rupanya seorang yang sangat kelakar. Hampir saya ketawa tiap kali mendengar dia membuat lawak dengan teman sekumpulan yang lain. Alhamdulillah, selesai...
***
Mungkinkah uuntuk kenkyuu ini juga sama seperti di atas ya? Entahlah, moga Allah tetapkan hati saya untuk bersangka baik, dan saya redha untuk Allah membaiki diri saya. Pelajaran seigyou dan programming yang saya tidak minat, yang saya rasa tidak suka, dan yang saya rasakan sentiasa mahu elakkan darinya..saya bakal bergelumang dengannya dalam tempoh satu semester.
" ...... "
sweetnya Allah, agaknya Allah mahu membaiki diri saya! :)
p/s: albaqarah:216...