Pages

perumpamaan


Bismillahirrahmanirrahim...

Sebelum menamatkan kelas Ryuatai Rikigaku 2 ( Fluids Dynamics 2 ) tadi, Mochizuki Sensei menitipkan pesanan pada kami

" Benda ni kalau kamu tidak faham sekarang, susah untuk kamu faham pelajaran yang akan datang. Lagi susah kalau kamu nak aplikasikan.."

Benda ni merujuk kepada tajuk vektor yang saya akui susah untuk memahaminya. Gusar juga lantaran vektor ini akan digunakan secara meluas dalam subjek kali ini.

Tapi ketika itu yang bermain-main dalam fikiran saya hanyalah pesan sensei tu, lantas ayat sensei itu ditukarkan kepada ini

" Erm, kalau tidak faham islam..bagaimana mahu untuk di aplikasikan, bagaimana mahu untuk amalkan...?"

Jika dalam subjek Ryutai Rikigaku 1 sebelum ini, mungkin lebih mudah kerana hanya bermain dengan hukum-hukum dan kebanyakkannya hanya memerlukan kami mengingatinya. Apatah lagi sensei membenarkan untuk membawa nota semasa peperiksaan semester lepas. Paling kurang pun, jika tidak dapat menjawab..boleh juga mendapat idea dari nota.

Berbalik kepada ayat yang di tukar tadi, sejauh mana kita dan saya khususnya mampu menjadi muslim yang baik tanpa faham apa islam yang sebenarnya? Yang ada bekalan dalam tangan hanyalah ilmu agama yang dipelajari semasa sekolah rendah dahulu, ikut-ikutan dari emak dan abah. Itu belum lagi berkait soal iman. Cuba tanya pada diri apakah kita benar-benar beriman jika yang ada hanyalah hafalan rukun iman?

Kerna ini soal faham dan menghayati dengan hati. Alhamdulillah, dengan rahmat Allah juga kita masih bernafas sebagai muslim. Tetapi mampukah kita bertahan dengan keadaan kita sekarang? Apakah kita sudah benar-benar memahami islam?

" ...Hanya kepadaMu sahajalah aku menyembah, dan padaMu sahajalah aku meminta tolong. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang telah Kau beri ni'mat. Dan bukan jalan mereka-mereka yang sesat.."

amin..

p/s: memupuk iman, bukan semudah menghafal rukun iman

No comments:

Post a Comment