Hari ini, kami senpai-senpai keluar untuk bantu kouhai membeli barang keperluan rumah dan sekolah. Bertolak dari kediaman kami di Ube sekitar jam 10 pagi, terus ke kediaman kouhai-kouhai. Selepas memindah barang dari kereta, terus kami ke Pasaraya Mr. Max untuk membeli barang keperluan lain seperti basikal, katil..dan sebagainya.
Biasalah, bukan mudah untuk membuat pilihan sebelum membeli. Perlu tawaf hampir satu kedai, lihat semua jenis dan jenama, ambil masa untuk berfikir, kemudian baru mampu untuk memilih.
Selepas itu perlu ke Kedai Elektrik Yamada Denki untuk membeli alat-alat elektrik.
Oh, jam 4.00 petang ada temu janji dengan fudosan dan orang gas Ebisuya. Agak terkejar-kejar juga untuk menepati janji jam 4 petang itu.
Maaf, cerita di atas agak tiada kaitan dengan tajuk. Di bawah inilah 'point'nya!
Lewat tadi, ketika masing-masing sudah agak genkai..kouhaiku yang memandu kereta menyatakan rasa kurang sihat dan pening-pening. Terus dia meminta pada temanku agar menggantinya memandu pulang. Temanku yang dikenali sebagai seorang yang kecil, 'fragile', dengan tubuh yang menggigil dan berdebar menyahut cabaran. Awal-awal lagi temanku memberi amaran kepada kouhaiku itu;
" R, maaf ya. Akak ni kinchou, bawak kereta slow, takut-takut, tak yakin nak bawak kereta. Tapi akak cuba, k"
Aku yang duduk di belakang hanya jadi pendengar dan memerhati sahaja.
Itulah, sangat terasa yang betapa perlunya memandu. Rasa waku-waku pula mahu memegang stereng dan cuba memandu. Yalah, walaupun aku tidak pandai memandu kereta. Moga malam ini dapat bermimpi memegang stereng dan memandu penuh lancar di lebuhraya. Dan berharap agar esoknya dapat terus mahir memandu. JIka bukan esok, mungkin lusa. Jika bukan lusa mungkin tulat...dan mungkin juga suatu hari.
glosari:
-kouhai: junior
-genkai: sampai had
-waku-waku: teruja
p/s:
-maaf, bahasaku agak kaku dalam entri ini. hurm...
-daie seharusnya boleh dan mahir memandu
-rindu pada abah, dan motor
mengugah...
ReplyDelete