Pages

" Japan is Strange Country "...


Bismillahirahmanirrahiim...

Seronok saya bergelumang dihadapan skrin monitor sejak tadi. Terasa begitu lama tidak meladeni satu-satu blog dan laman web pilihan saya.

Terasa segalanya sangat hisashiburi...tanpa sedar saya sangat kalih dan tangan saya tidak menghasilkan sesuatu pun untuk Think Tanker ini. Teringat kembali tatkala saya suatu masa dulu sakan berblog! Ambil masa mungkin berjam-jam untuk mencoret sesuatu, dan mungkin sebagai pembaca blog, saya juga gemar menulis komen, bahkan semacam menilai.

Saya akui juga, tanpa sedar..melalui pembacaan dalam blog juga sedikit sebanyak mempengaruhi hidup saya.

Oh, maafkan saya..cuma mungkin sedikit luahan hati, dan terkenang-kenang dua tahun yang lepas.

Saya kembali!

***

Oh, ya! Sabtu lepas, di tempat saya dianjurkan sebuah program yang dinamakan Welcome To Japan ( WTJ ), kendalian persatuan komuniti di Yamaguchi iaitu PAMY ( Persatuan Anak Malaysia Yamaguchi ). Secara ringkasnya, program ini diadakan sempena meyambut kedatangan kouhai-kouhai yang baru menjejakkan kaki ke bumi sakura!

Yokoso Nippon!!! :)

Dalam program WTJ itu, turut diselitkan slot " Reset Our Compass ", dan juga Fiqh Luar Negara. Maafkan saya, jika ada yang merasakan slot Reset Our Compas itu mungkin bosan, mungkin juga ada yang kurang faham butir perkataan saya..maafkan khilaf saya sebagai hambaNya yang lemah.

Barangkali ada yang akan melahirkan rasa hairan..kenapa perlu di'reset'kan kompas hidup?
Ikut suka hati diri sendiri lah mahu ke mana bukan?

Seperti kata-kata atas tadi...barangkali saya adalah orang yang paling tidak mahir untuk menyampaikan..tetapi begitu mendalam keinginan dalam hati ini untuk menggugah jiwa-jiwa yang selama ini lena dan lesu!

" Bangun, dik! Hidupmu ada tujuan..dan apa yang kita perbuat ini akan dipersoalkan kelak dik.."

Saya benar-benar tertarik dengan sebuah video yang saya perolehi ketika melayari sebuah blog kendalian teman di sini.




Oh, Jepun.

Inilah raja segala dunia. Ingin sekali diri ini menyatakan kepada adik-adik..tidak hairan jika yang ada dalam video inilah yang menjadi tujuan dan matlamat untuk kita datang ke Jepun. Yang mana kita bakal menghambakan diri untuk itu, dan takut-takut mempertuhankan dunia.

Bilang sahaja apa yang kau mahu di sini, dik. Kereta? Baito? Game? Gajet? Hiburan? InsyaAllah semua ada di sini. Itu pasti..!

Tetapi..

apakah itu yang akan menyelamatkan kita di kehidupan yang tidak berpenghujung nanti?
Dari itu, apa matlamat hidup kita sebenarnya..?

Mari kita tadabbur.. surah az-zariyaat:56~58, dan surah al-baqarah:30.
Inilah tujuan hidup kita..ini yang sepatutnya kita tuju..dan ke sini sepatutnya yang kita saling berkejaran.

Mari dik, kita mulakan niat baru. Dan saya pun..moga langkah-langkah yang tersasar itu bisa padam, dan moga saya kembali ke jalanNya yang lurus.

Pandu hidup kami ya Allah...



No comments:

Post a Comment