Pages

alam sepadu



Assalamualaikum..
ku sampaikan salam buatmu,
duhai alam..

ingin sekali aku bersepadu denganmu,
yang tak pernah putus tasbih,
yang tak pernah mahu khianat,
yang terus-terusan sujud.

benar sekali aku manusia,
ahsani taqwiim!
ciptaan Tuhan yang terbaik...
tapi itu kalau aku taat,
kalau aku berjiwa hamba,
kalau seluruh diri dan jiwa aku tawajjuh.

tapi aku malu!
yang namanya sahaja istimewa,
ya, kan hanya manusia sahaja yang berakal?
bukankah kau sendiri melihat manusia ini bagai menafikannya ?

alam...
aku ingin bersepadu denganmu,
kita bertasbih,
kita bersyukur,
kita tundukkan jiwa dan sujud...

Allah..
pimpin aku ya Rahman..

2 comments: