sabtu 27 ramadhan 1429h
dedaunan di pohon ramadhan hanya tinggal 3. Yang lain sudah gugur di telan masa. Permulaan untuk ketibaan musim yang baru. Musim luruh. Semakin sejuk. Semakin suntuk. Daun2 berguguran. Begitu juga perasaan aku dalam hati. Menahan rasa sebak dalam diri. Bila hari perpisahan ini makin dekat, aku semacam baru tersedar apa yang telah aku lakukan untuk mengisi bulan barakah, bulan maghfirah, dan bulan yang penuh kerahmatan...
"salam kengkawan yang tgh on mlm ni.. irfan ni..tadi aku yasin smpai tertidur 5,6kali.. smayang smpai terlelap smbil berdiri pnye letih.. tak tau nape.. then kol my dad.. die kate die mimpi pelik tadi.. dan masjid tmpat die penuh tgh sibuk qiamullail..so aku harap.. slama ada bbrapa masa yg ada.. buat sesuatu sblum fajar menjelang tiba.. ada sikittt je lagi ni. buat sumthing..(ada hadis kuat kata mlm 27 Ramadan di blog UZAR walau bukan jumhur, tapi harap2 kte dpt bbuat ssuatu..)Salam sisa2 Ramadan.."
aku terkedu bila mendapat pesanan dari sahabatku, Irfan pagi tadi. Adakah malam tadi malam yang di nanti? Jika sahabatku irfan itu terasa begitu kantuk, aku pun sama. Entah kenapa aku bisa tertidur semasa berdoa usai solat maghrib semalam.. Pesanan itu ku baca selepas aku terjaga dari lena, kira2 sekitar jam 3.47 pagi. Subuh hari ini pada jam 4.43 pagi. Ah! begitu singkat masa yang berbaki...

Ada lagi 3 hari lagi sebelum menjelang hari2 perpisahan... jika bukan hari ini, adakah masih sempat lagi untuk ku temui?
masyaallah.. kalau di anugerah Allah malam al-qadar.. ALHAMDULILLAH.
ReplyDeletekalau belum menjadi pilihan, sama-sama kita usaha lagi.
semoga Allah kekalkan hati ini untuk terus ghairah sujud dan patuh pada perintah Allah. insyaallah. ameen ^_^