Pages

resepi roti john

khamis, 4 ramadhan 1429h
memang muri kat nihon ni nak dapat juadah berbuka puasa macam kat Malaysia. Kalau dulu nak makan apa, tinggal pilih dan hulurkan duit je. Tapi sekarang, kalau teringin nak makan, memang kena masak sendiri!
Erm, bagi yang teringinkan roti john, kali ni aku nak kongsi resepi .
bahan-bahan
*bahan A
2 biji telur
1 sk serbuk kurma
1 sk serbuk kari
bawang besar dipotong dadu
daun sup
garam
daging/ayam cincang yang dah dimasak dahulu (takde pon takpe)
*bahan B
mayonis, sos cili, koshou (lada sulah), bawang besar & kubis (disagat)
roti (shokupang pon ok)
cara membuat
1) bancuh sekali bahan A hingga sebati.
2) panaskan kuali leper dengan majerin atau butter. bila dah cukup panas, tuangkan bancuhan telur tadi dalam anggaran untuk sekeping roti. biarkan sekejap dan letakkan roti atas lapisan telur tu.
3) tunggu sehingga lapisan telur di bawah betul2 masak ( acam telur dadar) dan terbalikkan roti supaya bahagian atas roti sedikit garing.
4) pastu angkat, dan hiaskan ikut suka dengan cili sos, mayonis, bawang, kubis dan sebgainya..

1 comment: