rabu 10 ramadhan 1429 h
berjalan...berjalan..dan terus berjalan. .kalau di ikutkan hati yang merindui kampung halaman, sudah lama akan ku sentak kakiku berlari meninggalkan tempat ini. kalau di ikutkan penat, dah lama aku berhenti. tapi, kenapa aku terus berjalan..berjalan..dan terus berjalan?
mengutip pengalaman kata orang..apa guna dengan pengalaman?
teringat aku akan serangkap ayat yang pernah aku dapat satu masa dulu.." tak berguna pengalaman yang panjang tanpa berfikir, biarpun cetek pengalaman asalkan fikirannya dalam..itu lebih beerti"
alhamdulillah..perjalananku ini bukan atas rancangan aku sebetulnya. semuanya atas perancangan Dia yang Maha Kuasa..memetik kata2 dari Tunggu Teduh Dulu " kerja Tuhan..siapa yang tahu.
Dari nun jauh di honsyuu aku melangkah, hingga tiba aku ke kota sesak dengan manusia hamba dunia di sini. Buka mata, buka minda. Melihat gerak langkah dan tingkah laku manusia2 di sini, membanding dan membeza budaya sesama. Kekadang aku yang malu sendiri..ada kala aku bangga dengan apa yang aku ada. Iman dan Islam. Mereka tak punya semua itu. Teringat aku kata2 Haji Google ketika dulu. Apa nilai yang dapat kita tawarkan pada si hamba2 dunia di bumu sakura ini? Jika kita tawarkan keindahan beragama pada mereka, aku rasa itu ibarat menconteng arang pada wajahmu! Cuba tawarkan "tujuan dan matlamat hidup" pada mereka. Bahasa yang lebih mudah untuk kehidupan bertuhan. Oops! "tujuan dan matlamat hidup?" . Cuba kau dan aku timbang tara semula pada diri..cukup benarkah aku dan kau tahu matlamat dan tujuan hidup kita di sini?
"dan ingatlah, tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah padaKU" (Az-Zaariyaat : 56)
kembali semula pada kisah pejalananku..
tujuan asal hanyalah untuk mengisi masa, mencari secebis ilmu dan menyambung rantai ukhuwwah. Itu yang ku rancang dan ku pinta, tapi Dia beri lebih dari itu! Bukan secebis ilmu yang Dia beri malah banyak sekali! dan aku bukan setakat menyambung rantai ukhuwwah, tapi aku dapat menambah manik dan menguatkan ukhuwah itu. Terima Kasih Allah.. Sehingga kini ku rasakan amat terhutang budi dengan saudara2ku yang aku temui di sepanjang perjalananku ini. Syukran Jazeelan, jazakumullah khairan kathiran.
Lebih bermakna..
Perjalananku ini serentak dengan ketibaan semulia2 bulan. Ramadhan Mubarak..Ramadhan kareem. MasyaAllah..saat ini yang begitu luar biasa indahnya amat di nanti. Kemurahan hati saudara2 ku di sini, kegagahan mereka ke rumah Allah walaupun perjalanan mengambil masa yang lama, berjemaah dengan saudara seagama walaupun rumpun bangsa kita berbeda. Ah! indahnya itu semua. Pasti aku akan merindui saat itu nanti.
Ini baru permulaan. Permulaan langkahku. Juga permulaan entry Kembara Nihon kali ini. Teringat aku akan kata2 andrea hirata dalam "edensor". Mozek2 hidupku melata..Sebahagiannya disini dan sebahagiannya mungkin di hujung dunia.
No comments:
Post a Comment