Pages

vespa natsu 1

khamis 11 ramadhan 1429h

mungkin ada yang ternganga apa kehe (versi wahid dalam senario XX) aku gunakan istilah VESPA nih? lantaklah! selagi ader bunyi2 macam moto sikit, aku nak analogikan semuanya sebagai motor. VESPA ni bagi aku ibarat futsu densya yang kalau di tempat aku, Kampung Yamaguchi yang indah lagi permai ni yang biasanya hanya dua gerabak. Dengan dua gerabak itu jugalah ia tetap bangga menyusur dan kadangkala berhenti di eki2 yang macam "BUS STOP". Jenis eki yang takde orang,takde mesin tiket. Alahai~ Sekampung2 aku kat Yamaguchi ni pon aku bahagia kat sini. Hujan emas di Tokyo, lagi best kat yamaguchi!

DARI YAMAGUCHI KE GIFU
Hari Pertama
Lebih kurang jam 7.00 pagi aku keluar untuk menunggu bas di hadapan rumah ke Shin Yamaguchi Eki. Semangat sangat nak mulakan perjalanan. Maklumlah, 1st time aku berjalan sendiri dan sejauh ini menggunakan tiket 18kippu yang aku beli sebelum tu. Dari Malaysia lagi sensei dok cerita betapa mantap betul kalau dapat travel guna tiket ni. Tapi memang saving sangat2 kalau guna tiket nih. Aku tengok jadual perjalanan yang aku print dari gakkou berulang kali. Takut salah waktu, tak tentu pasal melepas densha. Destinasi aku bukannya dekat. GIFU tuh! Dari shin Yamaguchi eki aku ambik densya ke 米原 (maibara). Dan kalau ikut jadual ni aku bakal sampai ke sana dalam pukul 1 tengahari. Densya tu laju, dalamnya design macam shinkansen..Pelik aku. Densya ni cuma berhenti kat eki tertentu je. Ayashiina.. Lebih kurang sejam lebih perjalanan, densya ni berhenti dan ada pengumuman perjalanan tertangguh sejam. Ooo tertangguh ka.. Aku diamkan je. Tak lama selepas tu, ada pakcik densya datang periksa tiket. Bila aku tunjukkan tiket 18kipppu aku, dia geleng2. "awatla pakcik ni..." getusku dalam hati. Pastu pakcik tu tanya lagi, "どこへ行きますか?". Aku ingatkan pakcik tu maksudkan aku nak pergi kemana dengan densya ni. Aku pun dengan confident 120% pun jawablah " 米原に行きます。。”Pak cik tu berlalu tanpa ucapkan apa2. Selepas sejam tertangguh, densya pun mula menyambung perjalanan. Masa tu dah nak dekat pukul 1 petang. Aku dah mula tak sedap hati. Sepatutnya aku harus tiba ke Okayama jam 3 petang. Tapi sampai sekarang pun densya belum lagi sampai ke 米原 (maibara). Aku nekad untuk turun di stesen berikutnya. Aku tak ingat aku di stesen mana ketika itu. Bila aku tanyakan pakcik ekiin di situ bila densya ke Okayama, dia pun ,menjawab sebentar lagi. Lebih kurang dalam setengah jam aku menunggu, densya yang di maksudkan pun tiba. Aku pun naik ke dalam densya dengan harapan akan selamat tiba ke Okayama seperti yang dirancang. Densya ni pun sama macam densya yang aku naik sebelum ni. Lawa, laju, tak berhenti2. Selepas aku kira sejam perjalanan, seorang pakcik densya pun datang untuk memeriksa tiket. Bila tiba giliran aku, aku pun tunjukkan tiket 18 kippu aku. Pakcik itu sambil tersenyum berkata padaku , "すいません、この電車は、18切符が使えません。この後の駅に降りてください。” MasyaAllah! Aku dah mula rasa cuak masa tu. Handset pun dah kehabisan bateri. Seingat aku eki tu 生山駅. Bila aku tanyakan pada seorang makcik jurujual di Kiosk bagaimana hendak ke Gifu. Makcik tu dengan muka terkejut yang amat sangat, hanya mampu berkata Gifu tu sangat jauh. Aku cuma berlalu mengucapkan terima kasih dan meminta izin untuk mengecas bateri handset. Pada saat tu, aku pun ambil keputusan untuk bertanya terus ke kaunter pertanyaan di eki. Bila aku tanyakan pada pekerja di kaunter bagaimana untuk ke Gifu, pekerja tu cuma cakap harus ke eki yang seterusnya. Bila aku tanyakan padanya lagi dapatkah aku sampai ke Gifu pada hari ini? Dia cuma menjawab TIDAK MUNGKIN selepas melihat jadual perjalanan di komputer. Jujur aku katakan aku nak menangis saat tu. Tangan aku sejuk dan berpeluh2. Dahlah aku seorang diri masa tu dan aku memang tak tahu langsung aku di mana . Yang aku tahu aku di 生山. Aku minta pada pekerja tu untuk cetakkan jadual perjalanan tu. Alhamdulillah pekerja yang baik hati tu pun bersetuju. Bila aku lihat jadual tu..masyaAllah! Bukan malam ni aku akan tiba di Gifu, tapi awal pagi esok! Dan malam ni aku terpaksa tomaru di Osaka . Sendirian!!! Masa tu aku dah mula keliru untuk buat keputusan sama ada untuk ambil shinkansen di Okayama atau survival untuk teruskan perjalanan dengan futsuu densya. Aku ambil keputusan untuk menelefon salah seorang senpaiku di Yamaguchi. Aku namakan saja dia dengan EN. L. 
Bila aku berita
hu keadaanku di situ, dia gelak sepenuh hati. Aku diamkan jer time tu. Geram aku! "Camner ko bole salah densya ni? Ko naik densya apa? Aku ingat ko dah plan betul2". Bila dia sebutkan perkataan densya apa? Aku mula meneliti syarat2 yang tertulis pada 18 kippu. "Tiket ini hanya sah di mana2 JR Lines di seluruh Jepun". Adus!!! Baru aku tahu ketika itu aku sudah salah faham. Dan dua densya yang laju dan tak berhenti2 tu adalah tokkyuu! Patutlah aku dikehendaki turun. Bila aku minta fatwanya untuk pilihan aku tadi, dia hanya menyuruh aku untuk teruskan perjalanan dengan futsu densya. Aku yang rasa agak was2 dengan fatwa tu, aku hubungi senpai lain di Nagoya. Kak IndaHayati namanya. Dengan setulus doa darinya aku pun mengambil keputusan untuk teruskan perjalanan. Alhamdulillah..lega rasanya. Memandangkan masa untuk densya seterusnya tiba asih lambat lagi, aku pun bertegur sapa dengan seorang remaja perempuan di situ. Bila aku tanyakan padanya aku kini di ken mana. Dia cuma menjawab di Tottori! Aku agak terkejut bila dia sebutkan Tottori. Secara tak langsung ingatanku menjurus pada sahabatku si comel Ayuni. Perjalanan pun diteruskan pada jam 5.30 petang. Pada masa tu hanya zikrullah, dan selawat yang menemani. Aku berusaha untuk mencari hikmah agar takkan timbul sedetik pun rasa sesal dalam hati. Mujur aku membawa beberapa buah buku sebagai ubat kebosanan. Bila bosan aku membaca, tidur seketika, dan melihat permandangan yang mempersona di luar jendela. Memang sangat mahal perjalanan ini. Sepanjang perjalanan, hujan gerimis turun. Seakan tahu hati aku yang gundah seorang diri. Tapi bila melihat pemandangan diluar, perlahan2 gundah itu hilang. Hati jadi sejuk seperti air hujan. Air terjun, sungai, gunung-ganang..subhanallah! Sampai tiba di suatu eki, aku kembali tidak tahu aku dimana. Yang aku tahu aku perlu untuk menunggu di situ untuk teruskan perjalanan ke Okayama pada jam 7 malam. Bayangkan plan asal tertulis aku akan tiba ke Okayama pada jam 3 petang. Tapi setelah salah faham ini berlaku, tertulis di jadual yang baru aku akan tiba ke situ pada jam 9 malam! Dari Okayama..aku ke Osaka dan tiba di situ dengan densya terakhir (syuten) pada jam 1 pagi. Aku hajatkan untuk bermalam sahaja di eki. Namun malangnya aku di minta keluar dari situ memandangkan eki di tutup dan hanya akan di buka keesokan hari. Malam semakin larut..ke mana harus aku melelapkan mata? Aku keseorangan ketika itu. Cuma Allah teman aku malam itu. Akhirnya aku memilih untuk bermalam di bawah tiang bendera, terperosok di belakang pokok bunga, berbumbungkan langit malam dan bintang. Mujur ketika itu natsu. Jika haru, aku rasa aku akan menggigil kesejukan.

Hari Kedua
Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Tak sedar aku dapat juga melelapkan mata walaupun tidur merempat di luar eki. Baru aku tahu perasaan Mat2 Bangla dengan Indon2 yang pernah aku pandang sinis semasa di tanah air dulu. Kini aku di tempat mereka. Aduh! Inilah pengalaman yang aku takkan dapat lupa. InsyaAllah sampai bila2. Selepas solat subuh, aku kembali ke eki untuk naik densya ke Kyouto tepat jam 4.58 pagi. Densya pertama tiba pada jam tepat 4.58 pagi. Perjalanan dari Osaka ke Kyouto dan aku di jangka akan tiba di Gifu Eki tepat jam 7.42 pagi.

DI GIFU
Hanset aku berdering2 menunjukkan ada mesej dari Ajak. Mesej bersilih ganti dari Kak Fatt. Pagi ini suami isteri yang belum pernah aku jumpa tetapi seakan sudah bertahun lama ku kenal berjanji untuk mengambil aku sebaik sahaja aku tiba di Gifu. Alhamdulillah, bukan Ajak dan Kak Fatt sahaja yang menyambutku malah si comel Fateh pun turut sama menyambutku. Penat semasa perjalanan hilang sebaik sahaja aku melihat kelibat mereka. Memang itu niat aku ke Gifu. Ingin bertemu dengan insan2 yang selama ini hanya aku berhubung dengan mereka di alam maya. Terutamanya Fateh. Sebelum lahir lagi sudah ku kenal namanya.
Ajak dan Kak Fatt menghantar aku ke rumah Nad. Mungkin aku tiba agak lambat pagi itu. Nad, Liana dan Neeto sudahpun bergegas untuk baito. Tinggallah aku keseorangan di rumah itu. Selepas menyiapkan diri, aku pun terlena akibat penat dalam perjalanan yang masih belum hilang.

Hari Ketiga dan seterusnya
Alang2 sudah di Gifu, rugi jika tak berkunjung ke Masjidnya. Faham dengan situasi kawan2 di situ yang agak sibuk bekerja, aku gagahkan diri untuk berbasikal ke Masjid Gifu, Gifu Dai dan Gifu Hospital. Pada malamnya, aku dijemput Ajak dan keluarga ke rumahnya dan makan bersama di Saizeriya. Di sini lah mula kami bersembang2 dan bertukar2 pandangan. Alhamdulillah aku rasakan mereka seperti keluargaku sendiri.
Selepas beberapa hari, nad pun berjaya menamatkan baitounya dengan penuh jayanya. Aku dan Nad pun akhirnya menghabiskan masa bersama di Jusco. Nad kepingin Baskin Robins. Aku pula kepingin makan sushi. Malam ini aku dan Nad akan bertolak ke Summer Camp IPIJ di Ibaraki bersama rombongan dari Nagoya. Janji temu dengan Kak Cha dan Kak Inda di Nagoya Eki jam 10 malam nanti.

Alhamdulillah,berakhir sudah jaulah aku ke Gifu. . Hajat aku untuk bertemu Ajak, Kak Fatt,Fateh,Kak Fatin , dan Nad tercapai. Syukran Jazeelan untuk kalian semua. Moga2 ukhuwwah yang terbina akan terus kekal insyaAllah. InsyaAllah jika ada kesempatan, aku akan ke sana lagi dalam masa terdekat ini.

p/s: biler teringatkan balik aku salah densya, wat aku ketawa sendiri..erm, pengajaran untuk aku dan semua, sebelum nak kemana2 tu tanya dan kompemkan paling tak dengan senpai. seeloknya berteman tau..


No comments:

Post a Comment