Bunyi cengkerik menemani pagi saya ketika ini. Matahari sudah lama meninggi ... meninggalkan mereka-mereka yang enak diulit tidur hujung minggu. Di corong speaker, kedengaran suara DJ berceloteh di One Legacy Radio, stesen kegemaran saya sejak setahun lepas.
Hujung minggu ini pastinya bukan seperti hujung minggu yang biasa-biasa bagi kebanyakan pelajar di Jepun ini. Musim peperiksaan akhir semester menjengah. Aktiviti berlibur hujung minggu diberhentikan . Jadual untuk dua hari ini dipenuhi untuk menelaah pelajaran. Hanya berhenti sekali sekala untuk solat, makan, dan tidur.
Sekadar gambaran tipikal di musim peperiksaan.
Kelainannya pada musim peperiksaan ini, ada sesetengah tempat yang peperiksaannya diadakan pada bulan ramadhan.
Ha?!
Habislah >.<
No, dear.
Mari dengar cerita yang bakal ku khabarkan ini. InsyaAllah kau bakal tidak sabar menghadapi peperiksaanmu di bulan ramadhan nanti. ;)
***********************************************************************************
Pada ketika itu, di bulan ramadhan tahun 2 hijrah, tahun yang tidak mungkin dilupa oleh umat islam pada waktu itu, malah pada saat ini juga.
Bulan Ramadhan, tahun 2 hijrah menjadi saksi bila mana ketika itu berlakunya peperangan agung, Perang Badar al-Kubra. Umat islam pada ketika itu bergerak dan menjangkakan akan bertemu pasukan pedagang dari Makkah yang diketuai oleh Abu Sufyan, yang membawa barang dagangan yang banyak. Umat islam ingin menahan mereka dan mengambil kembali harta yang mereka tinggalkan sewaktu berhijrah ke Madinah dahulu. Yang mana harta-harta mereka itu diambil sesuka hati oleh kafir Quraisy yang memusuhi umat islam.
Tetapi Allah Maha Tahu.
Pada waktu itu juga sebenarnya sekumpulan pasukan dari Makkah yang diketuai oleh Abu Jahal, sedang menuju ke Madinah. Umat Islam yang asalnya merancang untuk bertemu kumpulan pedagang, rupanya akan bertemu dengan kumpulan Abu Jahal yang lengkap dengan persiapan perang.
Kondisi umat islam pada ketika itu sangat minimal. 2 ekor kuda, 313 orang. Sedangkan di pihak lawan lengkap bersenjata dengan 1000 orang tentera.
Namun, melalui perang ini, ada ibrah besar yang kita peroleh.
Bila mana kita selalu menjangkakan, bahawa persiapan lahir dengan usaha sendiri itu penyebab kemenangan dan kejayaan. Sedangkan peratus pergantungan dan pengharapan kepada Allah itu sangat tipis.
Menerima kejutan perintah berperang, dalam kondisi sedang berpuasa. Dengan persediaan minimal. Apa lagi yang akan diharapkan pada saat ini?
Putus asa dan mahu terjun ke laut?!
Allah menguji keimanan dan pergantungan tinggi kepada Allah. Rasulullah SAW dan uat islam meminta bantuan sepenuh harap. Jika umat islam pada ketika itu kalah, maka tiada lagi umat yang kan menyembahMu nanti.
Pertolongan itu dekat buat hambaNya yang bertaqwa.
Allah membantu dengan menurunkan bantuan 1000 malaikat (al-Anfal 8: 9).
Umat islam memenangi Perang Badar. Seramai 70 orang dari pihak Quraisy kebanyakannya dari golongan pembesar-pembesar terkorban.
Takbir!
***********************************************************************************
Begitu juga dengan kita, tidak jauh dengan kisah Rasulullah SAW dan para sahabat sebenarnya.
Allah memilih kita untuk menghadapi peperikasaan di bulan yang dalamnya penuh kerahmatan, keampunan. Satu kebaikan akan diberi ganjaran berlipat-lipat ganda. Inikan pula mereka yang berjuang untuk peperiksaan kerana Allah. Yang terselit didalamnya pengharapan yang tinggi, dekatnya hubungan dengan Allah, merendahkan hati kepada Allah. Mengharapkan bantuan kepada Allah dengan sebenarnya.
Tidakkah kita terasa dipeluk dengan rahmat dan kasih sayang Allah?
Rasa special bila dalam kesekian bulan, dalam kesekian orang, kita dipilih untuk berjuang dalam bulan Ramadhan?
Waaaaa..terasa bagai berada dalam saf Badar pula.
Specialnya..!
Senyum sikit. ;)
Jangan risaulah, insyaAllah bantuan Allah itu dekat.
Tapi buat hambaNya yang bertaqwa tau..
No comments:
Post a Comment