Pages

Selamat Tinggal Silamku


Bismillahirrahmanirrahiim.

Pernah sekali dulu,
pada masa lalu.

Teringat aku tatkala ku melakar indah pelangi,
Episod hidup kita esok hari.

Dalam jalur indah pelangi,
Kau bagai penulis ayat-ayat cinta,
Dan aku mengalunkan melodi.

Sehingga tiba suatu masa.

Aku lupa pelangi itu takkan dapat digapai.
Aku lupa pelangi itu cuma sekejap.
dan aku lupa yang pelangi itu tak pernah wujud sama sekali.

Yang ada hanya tiang-tiang dosa.
Sehingga bila Tuhan memberi cahaya;
kita tinggalkan ia menjadi puing-puing semalam.

Aku dengan jalanku,
Kau dengan jalanmu.

Meski Tuhan sahaja tahu.
Maha Berat untuk aku tinggalkan.
dan saat itulah aku terpana.

Maha Pencinta itu tak pernah meninggalkan
Malah terlalu cinta.
Meski berat untuk aku padam;
Pelangi semalam.

(Ya, pelangi yang tak pernah wujud secara nyata)

Tuhan,
terima kasih memberi peluang.
Yang aku pernah lewat suatu ketika;
semalam.

Meski ia kini,
tinggal menjadi puing-puing dosa.
Untuk aku.
Mungkin kau juga.

Tuhan,
pelihara aku dalam suluh petunjuk.
agar tidak kelam tenggelam.
untuk ku hela nafas saat ini.
hingga bila ku jumpaMu di negeri abadi.

Tuhan,
ampunkan dosa-dosa kami.
redhai hidup kami.

buat kau.
yang kini pergi takkan kembali.

16.7.2011
4 tahun selepas.
1 tahun selepas.


3 comments:

  1. Andai diriku pergi,
    Tinggalkan mu sendiri,
    Usah kau sedih,
    Usah tangisi duga dari Ilahi.

    Andai ku pergi dulu,
    Tiba tika dan waktu,
    Telah tertulis takdir untukku,
    Perjanjian yang Maha Agung.

    Doakanku sejahtera disisiNya.

    ReplyDelete
  2. salam wbt

    sape ea anonymous nih.. huhu
    if u have my phone number..please msg me ye..

    ReplyDelete