Pages

Sudah bulan penghujung

Bismillahirrahmanirrahim,

alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk berada dalam bulan Dzulhijjah ini.
Sebenarnya jujur, ini kali pertama saya merasa "hidup" dan rasa ingin menghidupkan bulan suci ini.
Sebelum ini bulan Dzulhijjah ini tidak saya rasakan punya keistimewaan selain adanya raya haji, korban, dan sebagainya.

Tapi kan, saya terngiur bila dibacakan hadith ini;
Tidaklah ada amal yang lebih utama daripada amal-amal yang dikerjakan pada sepuluh hari Dzulhijjah ini.” Lalu para sahabat bertanya, “Tidak juga Jihad?” Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam menjawab,”Tidak juga Jihad, kecuali seseorang yang keluar (untuk berjihad) sambil mempertaruhkan diri (jiwa) dan hartanya,lalu kembali tanpa membawa sesuatupun.” (HR. Bukhari).


Mahu ternganga rasanya bila jihad (melainkan jihad dengan harta dan jiwa, kemudian syahid)  itu juga tidak mampu menandingi keutamaan beramal di bulan Dzulhijjah ini. 

Since, saya rasa best bila dapat tahu tentang perkara ini, dan tak adil kan kalau saya rasa best sorang-sorang, saya pun nak awak rasa best jugak la!

Jom kita cuba melaksanakan kewajipan-kewajipan ini ;)

1. Memelihara solat berjamaah dalam waktunya terutama berkesempatan dengan takbiratul ihram di samping memelihara solat sunat sebelum dan selepas solat fardu (12 rakaat).

2. Memelihara solat-solat sunat harian terutama dhuha, witir dan sekurang-kurangnya 2 rakaat qiamullail.

3. Berusaha bersungguh-sungguh mengkhatamkan al-Quran pada hari-hari baik ini (3 juzuk sehari).

4. Berpuasa pada hari Arafah ( 9 Dzulhijjah )kerana fadilatnya yang besar.

5. Berusaha berpuasa sebanyak mungkin daripada 9 hari dari bulan Zulhijjah. Siapa berpuasa kesemua hari tersebut maka pahalanya di sisi Allah.

6. Melazimi zikir-zikir pagi dan petang, zikir-zikir berdasar situasi/keadaan, zikir mutlak di antara istighfar, tahmid, takbir, tasbih, tahlil dan selawat ke atas Nabi saw (1000 kali).

7. Setiap akh dan ukhti (selain jemaah haji) berusaha menghadirkan hatinya bersama syiar ibadat haji, cuba menghayati perasaan para jemaah haji dalam pelbagai ibadat mereka seolah-olah kita bersama mereka di sana.

8. Memelihara wirid doa seperti yang terdapat di akhir Risalah al-Ma’thurat, berdoa untuk kebaikan dakwah serta qiadah tempatan dan alami.

9. Berusaha menggesa isteri dan anak-anaknya menyambut hari-hari yang baik ini, saling membantu ke arah kebaikan dan ketaatan.

10. Berusaha menyebarkan panduan-panduan ini di tempat kerja masing-masing; menggesa sahabat-sahabatnya untuk memanfaatkan peluang-peluang tersebut. Juga menguar-uarkannya kepada jiran tetangga dan masyarakat

Apa tunggu lagi, jom niat dan kita usaha sebaik mungkin.

Dan dengan sebab awak cinta orang lain jugak, share-share kan lah dengan mereka juga ya !

p/s: abaikan format bahasa.Bahasa hati saya kadang-kadang tak boleh nak formal-formal sangat .. hoho

Nota untuk adik 1: Mandat Cinta

Mendapat mandat kasih dan cinta kamu memang indah.
Ku jadi tempat kau berkongsi cerita, berkongsi duka.
Ya, memang aku perlu berusaha agar aku memahat tempat dalam hatimu. 
Sehingga mungkin kini menjadi tiada ragu.


Mendapat mandat cinta dan kasihmu itu memang indah.
Tetapi dalam senyum yang aku ukir diwajah,
Sebenarnya aku memendam rungsing yang paling dalam.


Mandat cinta dan kasihmu itu,
Menjadi luka bagiku. 
Jika aku,
tak mampu menyinarimu dengan apa yang menyuluhku.


iaitu, "hidayah Tuhanku".







Steps to grad 6: Sains Sosial dan Sains Fizikal

Bismillahirrahmanirrahiim,

untuk semester ini,  ada satu kuliyah yang saya ambil. Kuliah 伝熱工学 -Heat Transfer Engineering Subject-

Kuliyah ini diajar oleh professor lab saya, Katou Sensei. Tahun lepas saya sudah mengambil subjek ini dan kali ini teringin benar saya mendalami ilmu yang berkaitan research yang sedang saya jalankan. Ternyata, perasaan belajar untuk faham itu memang berbeza berbanding belajar untuk mendapatkan kredit atau belajar untuk exam.

Best Woo!

***

Pagi tadi, dalam kuliyah subjek ini, ada butir kata sensei yang mengesankan saya.
Katanya, dalam engineering (matematik, fizik, dan sebagainya), perkara yang paling penting adalah formula. Dengan mellihat kepada formula sahaja kita dapat tahu pemboleh ubah yang terlibat, keadaan yang berlaku, dan bukti hasil dapatan sesuatu keadaan.

Setiap simbol dan unit dalam sesebuah formula memainkan peranan yang penting.
Simbol untuk pembezaan (differentiation) sahaja ada berbilang-bilang kan? Berbeza pada satu dimensi, bila dihubungkan dengan masa.. dan sebagainya.

Kesimpulan yang saya dapat setelah mendengar kata-kata sensei pagi tadi adalah;

Orang Sains Fizikal menyampaikan mesej mereka dalam bentuk selain perkataan. Termasuklah formula, rajah, graf, dan sebagainya.

Manakala orang Sains Sosial menyampaikan mesej mereka melalui susunan perkataan (yang agak panjang saya kira), dengan menerapkan elemen sastera, tatabahasa dan sebagainya.

***

Ok, dari sini saya dapat faham sesuatu mengapa orang lebih tersentuh(terkesan) ataupun sains sosial ini boleh mengubah manusia.

Kerana cara pemikiran sains sosial itu lebih dekat dengan manusia. Sesiapa sahaja boleh memahami kerana semua orang "menggunakan bahasa(perkataan)" untuk mengekspresikan mesej mereka. Dan bahasa (juga tulisan) semestinya menyentuh terus ke dalam hati.

Sedangkan, untuk memahami sains fizikal, hanya mereka yang belajar sains fizikal sahaja yang mengerti. Namun, ianya tidak menyentuh hati dan memerlukan fungsi otak untuk berfikir.




Ohho,
maafkan saya, saya rasakan tulisan kali ini sangat kaku.

Kalau tidak faham, tak mengapa.
Biar tulisan ini jadi catatan kepada diri sendiri untuk apa saya perolehi hari ini.


***

Selamat menambahkan ilmu pengetahuan yang makin mendekatkan kita dengan Allah !
;)

Dosa yang menyelamatkan


Ibnul Qayyim (wafat 751 H) berkata :

“Berkata sebagian salaf : ‘Adakalanya seorang hamba berbuat dosa, namun masuk surga. Dan adakalanya seseorang mengerjakan ketaatan, namun masuk neraka’.

Bagaimana hal tersebut dapat terjadi ?

Hal ini karena orang yang berbuat dosa, maka seolah-olah dosa itu selalu di hadapan matanya. Ketika ia berdiri, duduk, maupun berjalan, ia selalu ingat akan dosa tersebut sehingga membuat hatinya luluh, bertaubat, memohon ampunan kepada Allah, dan menyesali perbuatannya. Hal inilah yang menjadi sebab keselamatannya.

Adapun orang yang berbuat kebaikan, seakan-akan kebaikan itu selalu tampak di hadapan matanya. Ketika ia berdiri, duduk, maupun berjalan, ia selalu ingat akan kebaikannya tersebut sehingga membuatnya takabur, ujub, dan merasa telah mendapatkan karunia. Hal itulah yang menjadi sebab kebinasaannya.

Dengan demikian, dosa dapat mendatangkan berbagai ketaatan dan kebaikan. Menimbulkan ibadah hati seperti perasaan takut terhadap azab Allah yang pedih, malu dan merasa hina di hadapan-Nya sambil menundukkan kepala, membuatnya menangis karena menyesali dosa yang pernah dilakukannya, serta mengharap ampunan dari Rabb-nya.

Pengaruh tersebut lebih bermanfaat bagi seorang hamba daripada ketaatan yang menjadikannya angkuh, sombong, menghinakan orang lain, dan melihat manusia dengan pandangan merendahkan.”

(Madarijus Salikin : 1/307, Ibnul Qayyim al-Jauziyah).

Sumber asal: http://faidah-ilmu.blogspot.com/2010/08/dosa-yang-disesali-lebih-baik-daripada.html

"UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN"
"IKRAM WADAH PERJUANGAN"

diambil dari sini

Steps to Grad 5: Mandul

Bismillahirrahmanirrahiim,

alhamdulillah hari ini dapat pulun 2 eksperimen. Hari ini hujan turun agak lebat sejak awal pagi tadi dan pada jam 5.00 petang sekarang, masih ada titis-titis hujan renyai yang tumpah ke bumi.

Dua hari saya merajuk apabila data logger yang digunakan semasa eksperimen rosak bila saya ingin menyalinnya ke dalam USB tempoh hari. Seharian saya mendiamkan diri, dan sebelum pulang sempat saya menitipkan kata sedih kepada senpai..

" Kyou, kuyashikattanaa. Jikken wo yarou to omottanoni "
( Regretnya..saya rasa hari ni sangat2 bersemangat untuk buat eksperimen,. Tapi.... )

Dan saya berlalu pulang begitu sahaja.

Perasaan rajuk saya terbawa-bawa hingga ke hari esoknya.

Apalah saya ni... >.<

Tarbiyyah diri untuk sabar, dan segala yang dirancangkan itu bukan kita penentunya.
Ujian dalam hidup, jika tidak dinilai dari sudut pandangan bersangka baik pada Allah...akan menekan jiwa tahu?

Cukuplah sampai sini rajuk saya. Hari ini boleh siapkan dua eksperimen...alhamdulillah ;)

***

Bila dengar semula mp3 ISK hari ini...rasa diri seperti punch bag yang ditumbuk-tumbuk.

" Usrah yang awak hadiri ni salah satu cara je untuk dakwah. Kalau usrah awak ni tak mampu untuk menghasilkan orang yang mampu buat dakwah, maknanya usrah awak mandul "

Tetttt..

Zass.


***


*Orang yang tidak memiliki, tidak mampu memberi.*

*Ustaz Hassan Hudaibi; tegakkan islam dalam dirimu, nescaya kan tertegak islam di negerimu*

Cerpen: Aku ingin mencintai Mu



Mungkin kali ini merupakan ikhtiar terakhir usaha pihak Quraisy untuk menghentikan dakwah Rasullullah SAW. Pelbagai usaha telah mereka cuba, namun umat Islam tetap bertahan. Walau didesak, dan diejek sedahsyat mana sekalipun, mereka masih tetap mempertahankan iman. Maka, pada hari itu, dengan perantaraan bapa saudara Rasullullah SAW, pembesar terhormat dari suku kaum bani hasyim, mereka berunding.


“Muhammad, tinggalkanlah apa yang kau bawa. Sekiranya kau mahukan kekayaan, kami akan beri dengan sebanyaknya. Jika kau ingin kuasa, kami akan tabalkan kau jadi ketua kami..”
Abu Jahal menawarkan tawaran kepada Rasullullah SAW, menyangka bahawa tawaran sebegitu bisa memalingkan hati Rasulullah SAW dari terus berdakwah.

“ Baiklah, wahai Abu Jahal mahukah kau jika aku ajarkan padamu suatu kalimah yang dengannya kamu bakal menguasai seluruh tanah arab seluruh pelusuk dunia?.”

Mata utusan Quraisy mula bersinar-sinar bila mendengar kata balas dari Rasulullah SAW. Memang lumrah seorang pembesar, yang ada di mata hanyalah kuasa, pangkat dan harta!

“ Ucapkanlah…La ilaha Ilallah. Muhammad urrasulullah. “

Tenang rasullullah SAW menuturkan kalimah haq itu.

Air muka Abu Jahal dan pembesar-pembesar Quraisy di situ berubah terus menjadi merah padam. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia membunuh Muhammad ketika itu juga.

“ Muhammad! Jika kalimah inilah yang engkau maksudkan, kau bukan sahaja menempah padah dari suku arab, malah dari seluruh pelusuk dunia!”

Ada apa dengan dua kalimah itu sehingga Abu Jahal rasa tergugat sebegitu rupa?

***


Masih terngiang-ngiang saat Kak Asma' menyelitkan kisah yang sudah berlaku lebih 1400 tahun yang lalu di Autumn Gathering minggu lepas. Segalanya bagai masih basah dalam ingatan. Kehairanan tatkala membayangkan Abu Jahal yang kafir itu begitu takut dengan kalimah dua syahadah yang bagi kita selama ini hanyalah kalimah yang terkandung perkataan Allah sebagai Tuhan. Dan Muhammad sebagai rasul. 


Cukup.

“ Kerana Abu Jahal itu sudah terlalu fahamlah dia menolak sekeras-kerasnya kalimah syahadah itu…” , ujar Kak Asma' lagi.

Entahlah,sebelum ini, selama lebih 20 tahun menghirup nafas, hidup dipayungi atmosfera Allah, tidak aku persoalkan, tidak aku cuba fahami kenapa syahadah itu membawa pengertian yang amat besar sekali. Pentingnya kalimah ini sehingga menjadi rukun pertama dalam rukun Islam. Melebihi tuntutan solat dan dan syariat yang lain. Rupa-rupanya syahadah itu tidak aku fahami, tidak aku rasai, dan tidak berbekas dalam hati.

“ Lailahaillah…maksudnya penafian atas segala sembahan selain Allah..”.

Ya, mungkin yang terbayang di kepala untuk menjadi ‘islam’, hanya perlu mengucapkan dua kalimah syahadah dan tidak menyembah atau dalam erti kata lain tidak sujud dan tunduk kepada ‘berhala’. Wah, mungkin berhala itu ‘valid’ sebagai sembahan untuk orang kafir pada zaman itu sahaja.


“ Jangan lupa, orang Arab tu sebenarnya sudah tahu yang Allah itu Tuhan. Tetapi ada satu perkara yang mereka tidak buat, kerana, jika mereka percaya dan meyakini perkara itu,mereka takut terputus mata pencarian “, Kak Asma' menyambung pengisian. Aku terus berkedip-kedip mata. Ku lihat ketika itu, teman-teman yang lain seperti Ros dan Deena juga sama sepertiku. Tidak sabar mahu mendengar butir bicara seterusnya dari Kak Asma'. Walaupun hanya dua baris syahadah yang sudah lama kita ucapkan, namun bagai sekarang baru mengenalinya.

“ Sembahan itu besar maknanya. Menurut Abul A’ala Al-Maududi, sembahan itu membawa pengertian sebagai benda yang bila dengannya kita menjadi tenang. Dengannya kita menyandarkan perlindungan, selalu rindu dan terkenang-kenangkannya dan selalu bangat terkenangkannya ..”

Alahai, bagai merindu seorang kekasih pula. Maka dengan makna sembahan yang inilah membuatkan Abu Jahal dan pembesar lain juga menolak dengan sekeras-kerasnya syahadah. Walaupun mereka sangat-sangat faham, lebih faham dari kita!

Tanpa sedar, kenanganku yang telah luput dari hidupku, bagai berputar-putar kembali dalam ingatan. Bermain bagai layar di panggung wayang.

***
Umur aku ketika itu masih muda, muda remaja. 18 tahun ketika itu. Saat dimana darah muda hangat mengalir dalam tubuh. Saat kawan adalah segalanya, bukan keluarga. Saat di mana diri mengharap di kasihi seorang insan bukan sejenis bernama lelaki. Mengikat hubungan yang dinamakan cinta bersamanya.

Cinta yang aku faham ketika itu tiada lain hanya cinta untuk sang kumbang. Belajar cinta dari televisyen, dari novel-novel, dari masyarakat sekeliling. Maka ketika itu aku menterjemahkan cinta mengikut tafsiranku sendiri. Hari-hari bergelumang dengan kata indah, hati yang selalu berbunga-bunga, bak kata nenek moyang, ‘makan tak kenyang, mandi tak basah’.

Hari-hari yang aku lalui bagai suatu keasyikan. Yang ada di mata, dalam pandangan setiap masa hanyalah dia, insane yang aku cinta.

Tetapi Allah itu Maha Penyayang. Allah tarik aku yang ketika itu menjadikan sang kumbang itu Ilah dalam hidup aku ketika itu.

Dua tahun berlalu, dua tahun juga aku mengikat cinta dengannya. Takdir Allah mendahului, dia pergi meninggalkan aku dan dunia buat selamanya akibat penyakit barah hati. Sedihnya tidak tergambar dek perasaan masa itu. Kolam air mata sudah kering, tidak mampu kutumpahkan air mata lagi.

Allah lah sebaik-baik perancang, aku mendapat tawaran belajar ke Negara Matahari Terbit. Sepatutnya aku pergi dengan gembira, dengan rasa bersyukur kerna terpilih dari sejumlah orang lain yang mendambakan peluang belajar sebegitu. Entah mengapa, sejak kehilangan dia..aku rasakan hidup aku bagai tidak bermakna.
***
Tanpa sedar, ada butir halus mengalir. Lama sungguh aku melayar lamunan. Teman-teman lain masih khusyuk mendengar pengisian di hadapan. Aku kesa air mata yang tumpah itu dengan hujung tudung. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu ada yang perasan.

Air mata yang gugur, bukan lagi sedih dengan kehilangannya. Tapi aku menyesal dan sedih bila aku kenang saat itu. Sejak Kak Asma menerangkan makna Illah dalam kalimah syahadah itu, baru aku faham maksud yang sebenarnya.

“ Astaghfirullah, rupa-rupanya selama ini aku menjadikan dia sebagai Ilah menggantikanMu, ya Rab. Di mana ketika itu aku lupa padaMu. Yang memberi aku nafas, yang memberi aku segala macam nikmat. Tapi aku buta, aku tenggelam dalam nafsu. Menjadikan cintaku pada manusia melebihi cintaku padaMu. Malah zalimnya aku tanpa sedar menjadikan dia sebagai Ilahku”, aku bermonolog sendiri.

Bibirku tidak henti-henti mengucapkan tasbih dan tahmid kepada Allah yang menyelamatkan aku dari menjadi hamba cinta manusia. Yang sepatutnya aku salurkan seluruh cinta, seluruh pengharapan, seluruh pengabdianku kepada Allah.

“ Macam-macam Ilah tu boleh di tafsirkan dalam kehidupan kita. Contohnya jika ada yang terlalu asyik belajar sehingga menombor duakan Allah, maka belajar itu menjadi sembahannya. Bagi yang sibuk bekerja, menepikan hak kepada Allah, maka jaga-jaga, kerja itu juga adalah sembahannya. Dan bagi adik2 dan kawan2, begitu juga cinta kita pada makhluk. Jika melebihi, dan menghalang kita dari mencintai Allah, itulah yang menjadi Illah kita. Nauzubillah..”

Tidak semena-mena, hatiku terasa di jentik. Titisan jernih mengalir. Aku tertunduk, mendiamkan diri.
***
“ Akak nampak, awak menangis masa Kak Asma' beri pengisian tadi. Kenapa, ada apa-apa yang tidak kena ke?”, Kak Nawfal merapati aku dan nada suaranya rendah bagai berbisik padaku. Aku membalasnya dengan senyuman, tanpa sebarang kata. Pantas tanganku mencapai seketul shirome fry dengan sepit dan menghidangkannya dalam piring kecil atas dulang. Salad, hirisan timun, beberapa tomato kecil bersama dengan goma-dressing nampak begitu menyelerakan. Aku memberi isyarat pada Kak Nawfal untuk duduk semeja denganku. Ada sesuatu ingin ku sampaikan.

“ Kak, pertama sekali, terima kasih sangat-sangat. Akak ajak saya ke program Autumn Gathering di Nigata ini. Saya dapat jumpa kawan-kawan yang dah lama saya tak jumpa. Saya dapat berkenalan dengan kakak-kakak dan teman-teman lain. Saya rasa tenang sangat bila ada dalam suasana sebegini..”

Kak Nawfal memandang dengan pandangan yang menyejukkan hati. MasyaAllah.
“ Berterima kasihlah pada Allah yang mengerakkan hati, yang membawa langkah awak ke sini. Bayangkan, dalam berapa ratus ribu orang yang sebaya awak di Malaysia, awak yang terpilih untuk belajar ke Negara Matahari Terbit ini. Dan dalam ribuan mereka disini, awak yang Allah pilih untuk ke Autumn Gathering. Alhamdulillah.. “, Kak Nawfal mengalihkan rasa terima kasihku kepada Allah. Dia merendahkan hati , mengingatkanku bahawa yang datang itu semua dari Allah.

“ Baru saya tersedar, kak. Ilah saya selama ini bukan Allah. Mungkin secara pandangan luar saya belum pernah tinggalkan solat, saya baca al-Quran. Tetapi dahulu dalam hati saya penuh dengan ingatan dan kasih saya pada makhluk. Bila saya dengar maksud sembahan yang sebenarnya tadi, saya rasa amat takut. “, ada sedikit getar dalam nada suaraku. Kak Nawfal sebenarnya sudah aku beritahu tentang kisah silamku.

“ Tak mengapa, Allah itu sangat sayangkan awak. Sebab itu Allah takdirkan untuk awak kehilangan dia. Sebab Allah cemburu lihat awak terlalu cintakan makhluk. Sedang Allah itu setiap saat sangat menantikan hambaNya untuk mengingatinya. .“, kata-kata Kak Nawfal bagai air sejuk yang menyejukkan tekak yang kehausan. Aku tersenyum lebar.

“ Kak, pimpin saya kak. Pimpin saya pada jalan Allah. Saya berazam nak menyembah Allah. Tak nak dah Ilah lain dalam jiwa saya. Saya nak perbaiki diri”, usai aku menyatakan hasratku, Kak Nawfal menggenggam erat tanganku.
“ InsyaAllah, sama-sama kita baiki diri kita. Kalau awak tak keberatan, akak ajak awak untuk turut serta dalam liqa’. Kawan-kawan sebaya awak pun ada. InsyaAllah, dari situ kita sama-sama didik diri untuk menjadi individu muslim yang lebih baik”. Aku tersenyum, senyumku menguntumkan harapan.

***

Hari ini merupakan hari terakhir setelah 3 hari berprogram di Niigata. Terasa terlalu berat hati ini untuk melangkah pergi untuk berpisah. Bagaimana hati yang baru berjumpa, boleh terus menyulam cinta. Belumpun berpisah, rindu sudah datang menerpa. Inilah keindahan ukhuwwah.

Kami membentuk sebuah bulatan, tangan teman-teman di kiri dan kanan aku rangkul erat-erat, tidak mahu lepas. Sama-sama mengalunkan lagu ‘Aku ingin MencintaiMu’ nyanyian Edcoustic. Irama lagu kami nyanyikan dengan sangat harmoni.

Dan air mataku, tumpah untuk kesekian kali..
Tuhan betapa aku malu
atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
sementara Engkau beri aku kesempatan

Berulang kali
agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghamba pada-MU
betapa tak ada apa-apanya
aku dihadapan-MU

Aku ingin mencintai-MU

setulusnya
sebenar-benar aku cinta
dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku
aku ingin mendekatimu-MU
selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap
untuk bertemu dengan-MU
ya Rabbi......

Keterikatan hati, yang dipateri dengan sedar bahawa penyaksian dalam dua kalimah itu harus di tunaikan. Dalam kesedaran, mahu memimpin ummah kembali kepada Ilah sebenar, cinta dan ukhuwwah adalah penguat. Mana lagi kalau bukan menagih cinta dari teman seperjuangan, yang bakal menemani , yang akan menopang jika hampir tersungkur di tengah jalan.

Teman-teman, tidak sabar rasanya mahu kembali bertemu. Aku sudah membenih cinta dan rindu, moga ketemunya kita di Fuyu Gathering Nagano nanti, Allah sudah sebati menjadi Ilah dalam jiwa kita .

***
Yang mengaku beriman itu, bila lagi mahu menyungkur sujud menyerah diri dengan sepenuh hati. ?

Allah sebagai Ilah. Tapi berapa ramai yang menidakkannya. Jika aku pernah meng’ilah’kan seorang manusia atas dasar cinta nafsu yang rapuh, bagaimana pula yang lainnya. Betapa setiap saat adakah kita, yang mengucapkan dua kalimah suci dalam rakaat terakhir setiap solat, sudah menunaikannya?

Pergantungan hanya pada Allah,

Rindu..rindukan Allah.

Tenang jiwa, hanya dengan mengingati Allah.

Namun, entah berapa ramai, sedang aku sendiri yang mendustakan.

“ Nikmat Tuhanmu yang mana lagikah mahu engkau dustakan?” , berulang-ulang di sebut dalam surah Ar-Rahman.

Aku mahu hanya Allah sebagai Ilahku. 


Bukan sembahan harta, bukan sembahan manusia, bukan sembahan hiburan dunia.

Lailaha Ilallah. Muhammadur Rasulullah.

dan air mataku tumpah, dan tumpah lagi..


(tulisan ini berformat cerpen dan tidak diniatkan untuk individu tertentu)

Bila "sedikit"

Dengan nikmat yang "sedikit",
tak pernah kau ber"alhamdulillah",

Dengan dosa yang "sedikit",
tak pernah kau ber"astagfirullah",

Habis tu?

Bila sudah bertemu segunung emas baru mahu bersyukur?

Bila sudah berbuat "dosa-dosa besar" baru mahu bertaubat?

Jangan pernah berharap syukur dan taubat pada "benda2 besar"
jika tidak pernah di "benda2 kecil".

Adakah bila mendapat emas setumpuk gunung baru tercungap membilang "alhamdulillah"?
Adakah bila terjelupuk dipintu neraka baru termengah2 menghela "astaghfirullah"?

Steps to grad 4: Oii, panasnya !


Bismillahirrahmanirrahiim,

alhamdulillah usai sudah satu eksperimen hari ini. Angan-angan tahi ayam dari semalam hendak ke lab awal hari ini. Alih-alih, setelah siap menguruskan hal rumah, jam 11.00 pagi baru tiba ke lab. Perkara pertama yang perlu saya buat hari ini adalah membuat dry-bulb sensor yang baru. Data untuk dua eksperimen sebelum ini habis punah lantaran wayar dry-bulb sensor saya yang putus dan pada saat itu saya tidak mampu untuk membaiki dan memateri semula wayar yang terputus itu. Demam seminggu yang berlarutan menyebabkan tangan terketar-ketar dan tidak mampu memegang objek seni dengan baik.

Alhamdulillah, hari ini girang gembira dapat membuat dry-bulb yang baru. Walaupun saya mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk menyambungkan 0.3mm cuprum-constantan thermocouple dan mengambil masa yang lama untuk memateri ke kabel yang lain, tapi alhamdulillah bila diuji dengan data logger, keadaannya baik dan saya boleh gunakannya untuk eksperimen saya kali ini.

***

Oii, panasnya!

Timah yang digunakan untuk mencantumkan wayar thermocouple menitik ke seluar saya. Awak boleh bayangkan tak timah yang mencair, rasa bagai mahu menjerit pada masa itu. Panas tahu?
Sangat panas !

Apa agaknya ibrah untuk ini. Seingat saya, ada dalam alQuran ayat yang menyentuh mengenai harta kita yang ada didunia ini, jika tidak diinfakkan/digunakan ke jalan Allah, ia akan menemui kita dalam bentuk cairan di akhirat nanti..

***

p/s: alhamdulillah, rasa semakin seronok dengan eksperimen ini. Rasa tertanya-tanya mampukah untuk mengumpul 50 data dalam masa 10 hari ini ? Senpai saya menyebut untuk mensasarkan 50 data sehingga akhir bulan ini semasa presentasi semalam. Saya yang tensi, OK !
Jangan banyak cakap, buat je lah.

Diari: Muwasafat yang sukar ditunaikan


Bismillahirrahmanirrahiim,

alhamdulillah, cuaca hari ini tidak terlalu sejuk, dan tidak terlalu panas. Choudo ii kata orang jepun.
Dan saya, bertopeng untuk kali ke dua ke sekolah setelah demam, batuk dan selesema yang masih belum surut sejak seminggu lepas. Bismillah tawakkaltu a'lAllah.

***

Tanpa kita sedar, dalam kita meniti kehidupan kita, hidup ini akan melalui pelbagai fasa. Secara tidak langsung kita akan mengulang-ulang kitaran kehidupan ibu bapa kita, dan orang-orang terdahulu.

Bayi--> kanak-kanak --> remaja --> dewasa --> kahwin --> tua --> mati.

Walaupun bukan semestinya kita akan melalui tiap satu fasa ini, namun bila kita berada disesuatu fasa tertentu, kita seharusnya memandang ke depan dan membayangkan kita akan melalui fasa akan datang.

Sejauh mana kita berfikir akan diri kita, dan disinilah yang menentukan persediaan kita.
Memang indah bila berfikir hidup akan sendiri(bujang) sentiasa. Yang berlegar dalam kepala hanyalah emak abah, pelajaran, dakwah, dan adik-adik.

Saya teringat kata-kata seorang akhi, dia berkata..
" Dalam banyak-banyak muwasafat tamhidi, muwasafat yang paling sukar untuk dilaksanakan adalah mencari pasangan yang sesuai ".

Sebagai seorang yang matang, sila padamkan perkataan poyo, eii gelilah, eh lambat lagi.... dan sebagainya.

Apatah lagi untuk kita yang mengimani 7 maratib amal dalam jalan ini.

Dan bila kita masih berada di tangga pertama, bermakna dakwah dan tarbiyyah kita masih di tangga pertama.

p/s: tulisan ini lebih kepada peringatan kepada diri sendiri untuk menambahkan ilmu, dan bersedia bahawa hidup ini bukan bujang selamanya. Noktah!

Diari: Mastering people here


Bismillahirrahmanirrahiim,

Alhamdulillah, hari ini terasa hidup bila saya dapat berjumpa dan bermuayyasyah dengan lokaliti di tempat saya. Terima kasih untuk tuan rumah yang mengadakan "house warming kaikan". Banyak tau pahala kamu semua. Mengundang kami berkumpul, solat zohor berjemaah beserta doa selamat. Selepas itu menjamu tetamu dengan nasi beriyani dan bermacaaaaam lagi makanan yang sedap.

"Two thumbs up!"


***

Saya sedang mencari formula, bagaimana untuk menjiwai orang-orang disekeliling saya. Keberadaan saya tidak mengundang "cuak" mereka, atau orang-orang yang berjumpa saya cepat-cepat mahu alih topik. Haish.

Percayalah, sangat mencabar bila berada dengan masyarakat. Dalamnya ada pelbagai watak, pelbagai latar belakang, pelbagai minat. Saya pandang variasi ini sebagai suatu keistimewaan. Dapat bergaul dengan mereka merupakan suatu saat yang kadangkala membuatkan adrelina saya tidak menentu. Dalam masa yang sama, saya amat terkesan bila melihat unsur-unsur logam baik yang sekiranya digilap, bermanfaat untuk ummah.

***

Dan menjadi kadai (tugasan) buat saya dan teman-teman seangkatan yang lain.

Bagaimana mahu keluar kepompong dan tidak memilih untuk bergaul dalam masyarakat.

Mereka tidak mengenali kita bila kita menyembunyikan diri.
Mereka tidak bersama-sama kita kerana mereka tidak kenal siapa mereka.

Kerana ayat kita pada mereka hanyalah;
" ......jom gi program....... "
" ......bila free ea? nak susun masa untuk usrah..... "

Astaghfirullah...


Baby, Birth, and Emak


Bismillahirrahmanirrahiim.

Allahumma Soyyiban Nafi'an.
(ya Allah, jadikan hujan ini hujan yang memberi manfaat).

Hujan masih lebat diluar. Tiada tanda-tanda hujan akan turun. Langit masih lagi mendung, suasana sugul bagai menangisi sesuatu dimuka bumi. Masakan tidak, dengan kebejatan hasil tangan-tangan manusia yang tidak kenal Tuhan. Bumi mengalirkan airmata. 

Saya datang awal ke kenkyu hari ini. Semangat hari ini saya semai sejak semalam. Membalas dendam akibat semalam seharian terbujur di rumah. Demam selesema. Usai makan ubat, terus terlena. Hari ini saya awal-awal pagi ke kenkyu, dalam misi mengumpul data sebanyak-banyaknya. Kerna jika ikut perbincangan saya dan senpai di zemi yang lepas, senpai saya mensasarkan untuk 50-100 data untuk kenkyu kami. 

50-100?? 
Ah, layankan saja senpai M2 ni. Saya pun bisa timba pengalaman nanti.


Sengaja mahu berkongsi cerita. 
Selasa lepas, saya ke hospital untuk menemani Pak Gatot dan Buk Hanis yang bakal melahirkan anaknya keesokan hari. Mungkin lebih kepada penterjemah Japanese-Malay(half malay,half indonesian..haha) . Walaupun bahasa jepun saya, tidaklah fasih, namun moga dapat membantu teman saya ini untuk memahami penerangan doktor sebelum Buk Hanis dibedah keesokan hari,

Untuk melahirkan anak ketiga ini, Buk Hanis memilih untuk bersalin secara pembedahan. 
Dua anaknya, Bobby dan Billy juga begitu. Nampaknya anak yang bakal lahir ini merupakan anak yang terakhir. 

Tatkala saya baru tiba bersama Pak Gatot ke kamar Buk Hanis, seorang jururawat masuk dan meminta kami berjumpa pakar bius. 
麻酔科: masuika.

Pada mulanya, kalut juga saya, kerna tidak memahami istilah-istilah ini. Mujurlah Pak Gatot sudah berpengalaman dan faham bila dinyatakan istilah di bahasa inggerisnya iaitu anesthetic.
Selepas tamat berjumpa pakar bius, kami kembali ke kamar dan tidak lama selepas itu, doktor yang mengetuai pembedahan esok hari memberi penerangan terpeinci.

Wow!

Benar, saya tidak pernah tahu terpeinchi mengenai kelahiran secara pembedahan ini. Doktor menerangkan satu ayat, dan saya menerangkan kembali mengikut pemahaman saya kepada Pak Gatot dan Buk Hanis. Bulat mata saya bila doktor menerangkan, lebih-lebih lagi apabila doktor menyentuh soal komplikasi buruk yang mungkin berlaku daripada pembedahan ini. 

Pembekuan darah, darah dijangkiti virus...dan sebagainya!

Ya Allah, permudahkanlah....

***

Kami seramai 5 beradik melalui kelahiran secara normal. 3 orang dirumah, 2 orang lagi dihospital. Dahulu, pernah saya tanyakan kepada emak. 

"Mak, bersalin sakit tak?"

Emak cuma tersenyum. Tapi emak tak jelaskan sakitnya bagaimana. Dan saya ingat bersalin itu senang dan mudah sebab emak senyum sahaja. Bila sudah semakin besar, fahamlah jika sakitnya itu tidak dapat diungkap dengan kata-kata!

***

Alhamdulillah, pada ketika ini, saya menerima berita gembira ramai dikalangan akhawat yang sedang hamil. Namun saya agak gelisah bila melihat mereka morningsickness. Muntah-muntah, tidak lalu makan, tidak boleh bergerak banyak, malah ada yang sedang berjuang agar kandungannya bertahan. 

Pada ketika emak mengandungkan adik-adik dahulu, suasana yang sama juga. Morning sickness emak pun sangat teruk. Tapi tatkala itu, mungkin saya masih belum memahami kerana masih kecil. Tidak dapat saya bayangkan jika melihat keadaan emak pada waktu itu sekarang. Sedihnya!

***

Antaraa benda yang dibawa pulang masuk bersama ke kubur, ada 3. Kita tahu itu.
Ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah, dan doa anak yang soleh/ah.

Selamanya budi emak tidak akan dapat saya balas. Emak saya seorang takkan ada tolok banding dan tiada ganti. 

Emak, doakan kami jadi anak soleh/ah. Supaya kami dapat menghantar doa padamu jika hanya inilah yang anak-anak emak mampu..



@lab,
menanti hujan berhenti,
sambil tercungap-cungap.

Steps to grad 3: Obsesi, Kerisauan dan Niat


Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, hujan rintik-rintik diluar sekarang. Harum aroma kopi segera yang saya bancuh tadi memenuhi ruang bilik di makmal. Minuman yang panas disuasana sejuk seperti kini amat menyenangkan. Sekurang-kurangnya selesa sedikit untuk saya teruskan kerja memproses data eksperimen tadi.

Tidak ramai teman satu lab saya yang datang hari ini. Penangan pertukaran musim ke musim luruh menjadikan cuaca tidak menentu dan suhu jatuh mendadak disertai hujan renyai-renyai sepanjang hari. Ternyata kondisi yang enak untuk terus berhibernasi didalam kepompong mofu di rumah.
Alahai..

***

Dalam meniti beberapa bulan sebelum bergraduasi, semakin banyak kebimbangan persoalan yang bertalu-talu di kepala. Apakah jalan yang akan saya lalui setelah bergraduasi?

Untuk masa kini, alhamdulillah saya sudah mendapat tempat untuk menyambung master di universiti yang sama. Tinggal lagi sekarang yang membimbangkan untuk memohon biasiswa.  Ia adalah kemungkinan yang sukar diramalkan. Namun, back for good (bfg) adalah kepastian selepas bergraduasi.

Untuk bfg, ia bukanlah sebuah keputusan yang mudah. Biasanya hal-hal seperti pekerjaan, perancangan keluarga dan sebagainya yang merisaukan untuk bakal-bakal bfg ini. Ya, itu memang benar.
Namun yang lebih merisaukan, bisakah meninggalkan tanah jepun dalam kondisi takungan mad'u yang semakin bertambah dan jumlah penggerak yang semakin berkurang..?

Ya, dakwah dan tarbiyyah akan tetap berjalan. Berjalan walaupun dengan orang yang berbeza, dan insyaAllah lebih baik dari sekarang. Namun, yang merisaukan adalah adakah benar-benar misi saya sudah selesai di sini? Dalam masa 5 bulan ini ... apakah formula yang paling berkesan untuk mentakwin mad'u untuk membolehkan mereka matang dan mandiri?

***

Dan untuk mengambil master dengan niat mengikut-ikut bukan satu pilihan yang bijak. Kerna dipertengahan jalan nanti bisa sahaja  tersungkur dipertengahan jalan. Tiada keseronokan untuk belajar. Saya sendiri cemburu melihat senior saya yang kini M1 bersungguh-sungguh menjalankan eksperimen, pulang sehingga lewat malam, kerap tampil di konferens-konferens. Memang obsesnya pada research.

Saya?

Sebenarnya sangat-sangat perlu untuk saya miliki perasaan itu. Tapi dengan niat yang sebenarnya.
Hingga kini saya masih tercari-cari perasaan obses itu. Obses dengan landasannya untuk dekat kepada Allah.

***

Obses dan cinta kepada dakwah dan tarbiyyah kerana Allah.
Mensyumulkan hidup untuk Allah (tajarrud).

Saya kepingin ini.

Doakan moga Allah berikan yang terbaik. Jalan yang makin mendekatkan saya denganNya..
Mohon doanya ya.



Steps to grad 2: They inspired me.

Bismillahirrahmanirrahiim,

Alhamdulillah hari ini hari jumaat, hari raya bagi seluruh umat islam. Hari yang dimana dalamnya penuh barakah. Jangan lupa untuk baca surah al-kahfi, mandi sunat, dan sebagainya. Hari jumaat di Malaysia sememangnya ditunggu-tunggu. Hari yang bila mana rehat tengahari lebih panjang dari biasa, ada pasar jumaat, boleh outing masa muslimin solat jumaat.. erm, kalau kita masih mengharapkan perkara-perkara itu yang menghiasi hari jumaat kita disini, bakal kecewalah kita nampaknya!

***

Masa kini menghampiri jam 2.00 petang. Lega rasanya sudah tamat praktis presentasi di hadapan senpai saya. Satu lawan satu. Banyak yang perlu dibaiki. Namun begitu, lega rasanya bila sudah lepas praktis hari ini. Tinggal lagi untuk saya menulis resume dan melakukan presentasi pada Zentai Zemi isnin hadapan.

Perut berkeroncong minta diisi. Sibuk melayan persiapan menyiapkan slide, langsung saya lewatkan untuk mengambil makan tengahari.

Dalam perjalanan ke Seikyo, ternampak kelibat seorang perempuan bertudung jauh nun di hadapan.
Teman saya, Rahil dari Iran. Saya mengangkat tangan melambai dari jauh. Dan dia membalas lambaian saya.
Langkah saya percepatkan dan segera dia pula mendapatkan saya.

" Hafiza, it was long time i didn't see you!"

" Yes Rahil, me too. Where do you want to go?"

Percayalah, dialog saya pada saat itu bukan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Lebih banyak Bahasa Jepun yang keluar berbanding Bahasa Inggeris. Rahil, yang sudah masuk tahun ketiga di sini nampaknya faham dengan ekspresi saya dan bahasa yang saya tuturkan. Saya sendiri pening bila mana seringkali bahasa pertuturan saya bercampur aduk, ataupun saya sendiri keliru untuk menyusun ayat. Haih.

Jujur, sudah lama saya tidak berjumpa Rahil. Tup-tup dia memberitahu bahawa dia akan berpindah ke Tokyo kerna mengikut suaminya yang mendapat kerja sebagai Researcher di Keio University. Dia pula akan berpindah lab ke universiti yang lain.

Dia merenung saya, dan memegang tangan saya. Nadanya sedih bila ingin meninggalkan saya dan teman-teman.  Jika campur teman-teman dari Indonesia yang bakal pulang selepas bergraduasi, nampaknya..main sunyilah Yamaguchi ini.

Saya berbasa basi dengannya hingga berapa ketika.. Sehinggalah kami berpaling ke satu arah, terlihat kelibat beberapa sosok tubuh yang kemas memakai sut berjalan ke arah kami. Di kalangan mereka, ada 2 orang wanita yang berkerudung. Buk Lilis dan Buk Widyia. Kedua-duanya baru tamat bergraduasi selepas 3 tahun disini berjuang untuk phD.

Pak Mega, suami kepada Buk Widyia terus mengangkat kamera besarnya dan mengambil gambar kenangan saya, Rahil, Buk Lilis dan Buk Widyia bersama. Terasa amat kerdil berada dikalangan mereka ini. Kerdil bukan kerna saiz, tapi kerna terasa kerdilnya diri yang hanya berada di tahun 4 . Dan saya dikelilingi oleh aura-aura mereka yang hebat, yang sudah bergraduasi.

Saya menyelami mereka... bukan senang mereka disini.
Rata-rata mereka tidak mahir berbahasa Jepun kerana mereka menulis thesis dalam Bahasa Inggeris.
Di kalangan mereka, ada yang meninggalkan suami dan anak-anak selama bertahun-tahun.
Ada yang isteri mereka berjuang melahirkan anak sendirian tanpa suami disisi.

Dan saya kira, banyak lagi kesusahan mereka hadapi untuk menjejak kejayaan hingga ke hari ini.

Kami bersalaman dan berpelukan. Saya hanya mampu mengucapkan tahniah, sebaliknya mereka memberikan saya kata-kata semangat yang berharga.

" Ganbatte kudasai "
" Usaha ya untuk nyambung lagi "

dan banyaaaaaaaaaak lagi.

Percayalah, saya seperti menerima injection bertubi-tubi petang tadi.
Rasa mahu pengsan dan mahu bangkit semula sebagai seorang yang optimis dan terus maju ke hadapan.



Doakan yang terbaik insyaAllah...