Pages

Sudah bulan penghujung

Bismillahirrahmanirrahim,

alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk berada dalam bulan Dzulhijjah ini.
Sebenarnya jujur, ini kali pertama saya merasa "hidup" dan rasa ingin menghidupkan bulan suci ini.
Sebelum ini bulan Dzulhijjah ini tidak saya rasakan punya keistimewaan selain adanya raya haji, korban, dan sebagainya.

Tapi kan, saya terngiur bila dibacakan hadith ini;
Tidaklah ada amal yang lebih utama daripada amal-amal yang dikerjakan pada sepuluh hari Dzulhijjah ini.” Lalu para sahabat bertanya, “Tidak juga Jihad?” Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam menjawab,”Tidak juga Jihad, kecuali seseorang yang keluar (untuk berjihad) sambil mempertaruhkan diri (jiwa) dan hartanya,lalu kembali tanpa membawa sesuatupun.” (HR. Bukhari).


Mahu ternganga rasanya bila jihad (melainkan jihad dengan harta dan jiwa, kemudian syahid)  itu juga tidak mampu menandingi keutamaan beramal di bulan Dzulhijjah ini. 

Since, saya rasa best bila dapat tahu tentang perkara ini, dan tak adil kan kalau saya rasa best sorang-sorang, saya pun nak awak rasa best jugak la!

Jom kita cuba melaksanakan kewajipan-kewajipan ini ;)

1. Memelihara solat berjamaah dalam waktunya terutama berkesempatan dengan takbiratul ihram di samping memelihara solat sunat sebelum dan selepas solat fardu (12 rakaat).

2. Memelihara solat-solat sunat harian terutama dhuha, witir dan sekurang-kurangnya 2 rakaat qiamullail.

3. Berusaha bersungguh-sungguh mengkhatamkan al-Quran pada hari-hari baik ini (3 juzuk sehari).

4. Berpuasa pada hari Arafah ( 9 Dzulhijjah )kerana fadilatnya yang besar.

5. Berusaha berpuasa sebanyak mungkin daripada 9 hari dari bulan Zulhijjah. Siapa berpuasa kesemua hari tersebut maka pahalanya di sisi Allah.

6. Melazimi zikir-zikir pagi dan petang, zikir-zikir berdasar situasi/keadaan, zikir mutlak di antara istighfar, tahmid, takbir, tasbih, tahlil dan selawat ke atas Nabi saw (1000 kali).

7. Setiap akh dan ukhti (selain jemaah haji) berusaha menghadirkan hatinya bersama syiar ibadat haji, cuba menghayati perasaan para jemaah haji dalam pelbagai ibadat mereka seolah-olah kita bersama mereka di sana.

8. Memelihara wirid doa seperti yang terdapat di akhir Risalah al-Ma’thurat, berdoa untuk kebaikan dakwah serta qiadah tempatan dan alami.

9. Berusaha menggesa isteri dan anak-anaknya menyambut hari-hari yang baik ini, saling membantu ke arah kebaikan dan ketaatan.

10. Berusaha menyebarkan panduan-panduan ini di tempat kerja masing-masing; menggesa sahabat-sahabatnya untuk memanfaatkan peluang-peluang tersebut. Juga menguar-uarkannya kepada jiran tetangga dan masyarakat

Apa tunggu lagi, jom niat dan kita usaha sebaik mungkin.

Dan dengan sebab awak cinta orang lain jugak, share-share kan lah dengan mereka juga ya !

p/s: abaikan format bahasa.Bahasa hati saya kadang-kadang tak boleh nak formal-formal sangat .. hoho

No comments:

Post a Comment