Bismillahirrahmanirrahiim,
untuk semester ini, ada satu kuliyah yang saya ambil. Kuliah 伝熱工学 -Heat Transfer Engineering Subject-
Kuliyah ini diajar oleh professor lab saya, Katou Sensei. Tahun lepas saya sudah mengambil subjek ini dan kali ini teringin benar saya mendalami ilmu yang berkaitan research yang sedang saya jalankan. Ternyata, perasaan belajar untuk faham itu memang berbeza berbanding belajar untuk mendapatkan kredit atau belajar untuk exam.
Best Woo!
***
Pagi tadi, dalam kuliyah subjek ini, ada butir kata sensei yang mengesankan saya.
Katanya, dalam engineering (matematik, fizik, dan sebagainya), perkara yang paling penting adalah formula. Dengan mellihat kepada formula sahaja kita dapat tahu pemboleh ubah yang terlibat, keadaan yang berlaku, dan bukti hasil dapatan sesuatu keadaan.
Setiap simbol dan unit dalam sesebuah formula memainkan peranan yang penting.
Simbol untuk pembezaan (differentiation) sahaja ada berbilang-bilang kan? Berbeza pada satu dimensi, bila dihubungkan dengan masa.. dan sebagainya.
Kesimpulan yang saya dapat setelah mendengar kata-kata sensei pagi tadi adalah;
Orang Sains Fizikal menyampaikan mesej mereka dalam bentuk selain perkataan. Termasuklah formula, rajah, graf, dan sebagainya.
Manakala orang Sains Sosial menyampaikan mesej mereka melalui susunan perkataan (yang agak panjang saya kira), dengan menerapkan elemen sastera, tatabahasa dan sebagainya.
***
Ok, dari sini saya dapat faham sesuatu mengapa orang lebih tersentuh(terkesan) ataupun sains sosial ini boleh mengubah manusia.
Kerana cara pemikiran sains sosial itu lebih dekat dengan manusia. Sesiapa sahaja boleh memahami kerana semua orang "menggunakan bahasa(perkataan)" untuk mengekspresikan mesej mereka. Dan bahasa (juga tulisan) semestinya menyentuh terus ke dalam hati.
Sedangkan, untuk memahami sains fizikal, hanya mereka yang belajar sains fizikal sahaja yang mengerti. Namun, ianya tidak menyentuh hati dan memerlukan fungsi otak untuk berfikir.
Ohho,
maafkan saya, saya rasakan tulisan kali ini sangat kaku.
Kalau tidak faham, tak mengapa.
Biar tulisan ini jadi catatan kepada diri sendiri untuk apa saya perolehi hari ini.
***
Selamat menambahkan ilmu pengetahuan yang makin mendekatkan kita dengan Allah !
;)
No comments:
Post a Comment