Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, hujan rintik-rintik diluar sekarang. Harum aroma kopi segera yang saya bancuh tadi memenuhi ruang bilik di makmal. Minuman yang panas disuasana sejuk seperti kini amat menyenangkan. Sekurang-kurangnya selesa sedikit untuk saya teruskan kerja memproses data eksperimen tadi.
Tidak ramai teman satu lab saya yang datang hari ini. Penangan pertukaran musim ke musim luruh menjadikan cuaca tidak menentu dan suhu jatuh mendadak disertai hujan renyai-renyai sepanjang hari. Ternyata kondisi yang enak untuk terus berhibernasi didalam kepompong mofu di rumah.
Alahai..
***
Dalam meniti beberapa bulan sebelum bergraduasi, semakin banyak kebimbangan persoalan yang bertalu-talu di kepala. Apakah jalan yang akan saya lalui setelah bergraduasi?
Untuk masa kini, alhamdulillah saya sudah mendapat tempat untuk menyambung master di universiti yang sama. Tinggal lagi sekarang yang membimbangkan untuk memohon biasiswa. Ia adalah kemungkinan yang sukar diramalkan. Namun, back for good (bfg) adalah kepastian selepas bergraduasi.
Untuk bfg, ia bukanlah sebuah keputusan yang mudah. Biasanya hal-hal seperti pekerjaan, perancangan keluarga dan sebagainya yang merisaukan untuk bakal-bakal bfg ini. Ya, itu memang benar.
Namun yang lebih merisaukan, bisakah meninggalkan tanah jepun dalam kondisi takungan mad'u yang semakin bertambah dan jumlah penggerak yang semakin berkurang..?
Ya, dakwah dan tarbiyyah akan tetap berjalan. Berjalan walaupun dengan orang yang berbeza, dan insyaAllah lebih baik dari sekarang. Namun, yang merisaukan adalah adakah benar-benar misi saya sudah selesai di sini? Dalam masa 5 bulan ini ... apakah formula yang paling berkesan untuk mentakwin mad'u untuk membolehkan mereka matang dan mandiri?
***
Dan untuk mengambil master dengan niat mengikut-ikut bukan satu pilihan yang bijak. Kerna dipertengahan jalan nanti bisa sahaja tersungkur dipertengahan jalan. Tiada keseronokan untuk belajar. Saya sendiri cemburu melihat senior saya yang kini M1 bersungguh-sungguh menjalankan eksperimen, pulang sehingga lewat malam, kerap tampil di konferens-konferens. Memang obsesnya pada research.
Saya?
Sebenarnya sangat-sangat perlu untuk saya miliki perasaan itu. Tapi dengan niat yang sebenarnya.
Hingga kini saya masih tercari-cari perasaan obses itu. Obses dengan landasannya untuk dekat kepada Allah.
***
Obses dan cinta kepada dakwah dan tarbiyyah kerana Allah.
Mensyumulkan hidup untuk Allah (tajarrud).
Saya kepingin ini.
Doakan moga Allah berikan yang terbaik. Jalan yang makin mendekatkan saya denganNya..
Mohon doanya ya.
moga dipermudahkan... ^^
ReplyDeletesayang kamu dari kejauhan~~