Bismillahirrahmanirrahiim.
Allahumma Soyyiban Nafi'an.
(ya Allah, jadikan hujan ini hujan yang memberi manfaat).
Hujan masih lebat diluar. Tiada tanda-tanda hujan akan turun. Langit masih lagi mendung, suasana sugul bagai menangisi sesuatu dimuka bumi. Masakan tidak, dengan kebejatan hasil tangan-tangan manusia yang tidak kenal Tuhan. Bumi mengalirkan airmata.
Saya datang awal ke kenkyu hari ini. Semangat hari ini saya semai sejak semalam. Membalas dendam akibat semalam seharian terbujur di rumah. Demam selesema. Usai makan ubat, terus terlena. Hari ini saya awal-awal pagi ke kenkyu, dalam misi mengumpul data sebanyak-banyaknya. Kerna jika ikut perbincangan saya dan senpai di zemi yang lepas, senpai saya mensasarkan untuk 50-100 data untuk kenkyu kami.
50-100??
Ah, layankan saja senpai M2 ni. Saya pun bisa timba pengalaman nanti.
Sengaja mahu berkongsi cerita.
Selasa lepas, saya ke hospital untuk menemani Pak Gatot dan Buk Hanis yang bakal melahirkan anaknya keesokan hari. Mungkin lebih kepada penterjemah Japanese-Malay(half malay,half indonesian..haha) . Walaupun bahasa jepun saya, tidaklah fasih, namun moga dapat membantu teman saya ini untuk memahami penerangan doktor sebelum Buk Hanis dibedah keesokan hari,
Untuk melahirkan anak ketiga ini, Buk Hanis memilih untuk bersalin secara pembedahan.
Dua anaknya, Bobby dan Billy juga begitu. Nampaknya anak yang bakal lahir ini merupakan anak yang terakhir.
Tatkala saya baru tiba bersama Pak Gatot ke kamar Buk Hanis, seorang jururawat masuk dan meminta kami berjumpa pakar bius.
麻酔科: masuika.
Pada mulanya, kalut juga saya, kerna tidak memahami istilah-istilah ini. Mujurlah Pak Gatot sudah berpengalaman dan faham bila dinyatakan istilah di bahasa inggerisnya iaitu anesthetic.
Selepas tamat berjumpa pakar bius, kami kembali ke kamar dan tidak lama selepas itu, doktor yang mengetuai pembedahan esok hari memberi penerangan terpeinci.
Wow!
Benar, saya tidak pernah tahu terpeinchi mengenai kelahiran secara pembedahan ini. Doktor menerangkan satu ayat, dan saya menerangkan kembali mengikut pemahaman saya kepada Pak Gatot dan Buk Hanis. Bulat mata saya bila doktor menerangkan, lebih-lebih lagi apabila doktor menyentuh soal komplikasi buruk yang mungkin berlaku daripada pembedahan ini.
Pembekuan darah, darah dijangkiti virus...dan sebagainya!
Ya Allah, permudahkanlah....
***
Kami seramai 5 beradik melalui kelahiran secara normal. 3 orang dirumah, 2 orang lagi dihospital. Dahulu, pernah saya tanyakan kepada emak.
"Mak, bersalin sakit tak?"
Emak cuma tersenyum. Tapi emak tak jelaskan sakitnya bagaimana. Dan saya ingat bersalin itu senang dan mudah sebab emak senyum sahaja. Bila sudah semakin besar, fahamlah jika sakitnya itu tidak dapat diungkap dengan kata-kata!
***
Alhamdulillah, pada ketika ini, saya menerima berita gembira ramai dikalangan akhawat yang sedang hamil. Namun saya agak gelisah bila melihat mereka morningsickness. Muntah-muntah, tidak lalu makan, tidak boleh bergerak banyak, malah ada yang sedang berjuang agar kandungannya bertahan.
Pada ketika emak mengandungkan adik-adik dahulu, suasana yang sama juga. Morning sickness emak pun sangat teruk. Tapi tatkala itu, mungkin saya masih belum memahami kerana masih kecil. Tidak dapat saya bayangkan jika melihat keadaan emak pada waktu itu sekarang. Sedihnya!
***
Antaraa benda yang dibawa pulang masuk bersama ke kubur, ada 3. Kita tahu itu.
Ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah, dan doa anak yang soleh/ah.
Selamanya budi emak tidak akan dapat saya balas. Emak saya seorang takkan ada tolok banding dan tiada ganti.
Emak, doakan kami jadi anak soleh/ah. Supaya kami dapat menghantar doa padamu jika hanya inilah yang anak-anak emak mampu..
@lab,
menanti hujan berhenti,
sambil tercungap-cungap.
No comments:
Post a Comment