Pages

Steps to grad 2: They inspired me.

Bismillahirrahmanirrahiim,

Alhamdulillah hari ini hari jumaat, hari raya bagi seluruh umat islam. Hari yang dimana dalamnya penuh barakah. Jangan lupa untuk baca surah al-kahfi, mandi sunat, dan sebagainya. Hari jumaat di Malaysia sememangnya ditunggu-tunggu. Hari yang bila mana rehat tengahari lebih panjang dari biasa, ada pasar jumaat, boleh outing masa muslimin solat jumaat.. erm, kalau kita masih mengharapkan perkara-perkara itu yang menghiasi hari jumaat kita disini, bakal kecewalah kita nampaknya!

***

Masa kini menghampiri jam 2.00 petang. Lega rasanya sudah tamat praktis presentasi di hadapan senpai saya. Satu lawan satu. Banyak yang perlu dibaiki. Namun begitu, lega rasanya bila sudah lepas praktis hari ini. Tinggal lagi untuk saya menulis resume dan melakukan presentasi pada Zentai Zemi isnin hadapan.

Perut berkeroncong minta diisi. Sibuk melayan persiapan menyiapkan slide, langsung saya lewatkan untuk mengambil makan tengahari.

Dalam perjalanan ke Seikyo, ternampak kelibat seorang perempuan bertudung jauh nun di hadapan.
Teman saya, Rahil dari Iran. Saya mengangkat tangan melambai dari jauh. Dan dia membalas lambaian saya.
Langkah saya percepatkan dan segera dia pula mendapatkan saya.

" Hafiza, it was long time i didn't see you!"

" Yes Rahil, me too. Where do you want to go?"

Percayalah, dialog saya pada saat itu bukan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Lebih banyak Bahasa Jepun yang keluar berbanding Bahasa Inggeris. Rahil, yang sudah masuk tahun ketiga di sini nampaknya faham dengan ekspresi saya dan bahasa yang saya tuturkan. Saya sendiri pening bila mana seringkali bahasa pertuturan saya bercampur aduk, ataupun saya sendiri keliru untuk menyusun ayat. Haih.

Jujur, sudah lama saya tidak berjumpa Rahil. Tup-tup dia memberitahu bahawa dia akan berpindah ke Tokyo kerna mengikut suaminya yang mendapat kerja sebagai Researcher di Keio University. Dia pula akan berpindah lab ke universiti yang lain.

Dia merenung saya, dan memegang tangan saya. Nadanya sedih bila ingin meninggalkan saya dan teman-teman.  Jika campur teman-teman dari Indonesia yang bakal pulang selepas bergraduasi, nampaknya..main sunyilah Yamaguchi ini.

Saya berbasa basi dengannya hingga berapa ketika.. Sehinggalah kami berpaling ke satu arah, terlihat kelibat beberapa sosok tubuh yang kemas memakai sut berjalan ke arah kami. Di kalangan mereka, ada 2 orang wanita yang berkerudung. Buk Lilis dan Buk Widyia. Kedua-duanya baru tamat bergraduasi selepas 3 tahun disini berjuang untuk phD.

Pak Mega, suami kepada Buk Widyia terus mengangkat kamera besarnya dan mengambil gambar kenangan saya, Rahil, Buk Lilis dan Buk Widyia bersama. Terasa amat kerdil berada dikalangan mereka ini. Kerdil bukan kerna saiz, tapi kerna terasa kerdilnya diri yang hanya berada di tahun 4 . Dan saya dikelilingi oleh aura-aura mereka yang hebat, yang sudah bergraduasi.

Saya menyelami mereka... bukan senang mereka disini.
Rata-rata mereka tidak mahir berbahasa Jepun kerana mereka menulis thesis dalam Bahasa Inggeris.
Di kalangan mereka, ada yang meninggalkan suami dan anak-anak selama bertahun-tahun.
Ada yang isteri mereka berjuang melahirkan anak sendirian tanpa suami disisi.

Dan saya kira, banyak lagi kesusahan mereka hadapi untuk menjejak kejayaan hingga ke hari ini.

Kami bersalaman dan berpelukan. Saya hanya mampu mengucapkan tahniah, sebaliknya mereka memberikan saya kata-kata semangat yang berharga.

" Ganbatte kudasai "
" Usaha ya untuk nyambung lagi "

dan banyaaaaaaaaaak lagi.

Percayalah, saya seperti menerima injection bertubi-tubi petang tadi.
Rasa mahu pengsan dan mahu bangkit semula sebagai seorang yang optimis dan terus maju ke hadapan.



Doakan yang terbaik insyaAllah...

1 comment: