Pages

Setahun Yang Berlalu

"Fizah...!"

Aku mendengar suara seseorang lelaki yang aku kenal menjerit memanggil namaku di khalayak ramai. Aku berpaling ke kiri dan ke kanan. Tidak jauh dari tempat aku berdiri, aku nampak kelibat seorang lelaki. Berbaju puth, berseluar jeans.

" Kak Fizah....!!"

Dua orang kanak2 pula berlari ke arahku sambil menjerit namaku. Menarik2 bajuku dengan wajah kegirangan.

Ashraf.

Izah.

Abah.

Setahun tidak bersua akhirnya petang semalam akhirnya aku dapat menatap wajah abah, ashraf, dan izah. Abah tak banyak berubah. Izah masih seperti dulu. Tubuhnya kurus melidi. Barangkali masih kurang gemar makan. Ashraf pula aku dapati saiznya bertambah dua kali ganda. Aku peluk adik2 yang menyambutku. Aku kucup tangan abah. Alhamdulillah. InsyaAllah aku akan menghabiskan cutiku selama sebulan di Malaysia.

Perjalanan dari Kansai Airport ke KLIA selama 6 jam 45 minit agak memenatkan. Cuaca yang kurang baik semasa penerbangan, ditambah pula posisiku berdekatan dengan sayap pesawat, menghalang aku dari menikmati pandangan. Terasa ingin berkomunikasi dengan seseorang. Tapi apakan daya, 'mat saleh' sebelahku ini terlalu ramah orangnya. Aku perlu berhati2 lebih2 lagi selepas kejadian tadi. Budaya, tidak faham dengan batas pergaulan muslim menyebabkan dia berkelakuan begitu.

Perjalanan berbaki 10 minit. Pesawat sudah hampir ke destinasi. Aku melemparkan pandangan ke luar. Subhanallah, indahnya bumi bertuah Malaysia. Aku betul2 merindui kehangatannya, hijau hutan tropika. Lama aku renung ke luar tingkap. Tiba2 aku ternampak suatu bangunan yang benar2 aku rindu.

Keta'juban pertama.
Masjid.

Subhanallah, dalam kabus awan , pandangan ini yang paling jelas. Aku tidak pasti di mana letaknya masjid yang ku lihat itu. Kubah kuning keemasan, dikelilingi beberapa buah menara di sekitarnya.

Sejurus aku menuruni pesawat dan aku masuk ke KLIA, perkara pertama yang membuatkan aku terdiam lama apabila memandang begitu ramai wanita bertudung, berada di cafe2. Lebih mengejutkan aku apabila aku di kelilingi oleh orang ramai yang berbahasa melayu. Alahai, baru setahun aku di perantauan, pulang ke kampung halaman bagai rusa masuk kampung lagaknya.


Aku agak hairan bila emak tidak bersama menyambutku.


" Emak tengah solat. Kejap lagi turun la kot"


Abah bagaikan tahu apa yang bermain di kepalaku.


" Oh, kalau gitu kita tunggu je la..".

Masih terngiang-ngiang pengumuman dalam pesawat tadi.


" Pesawat kita akan mendarat sebentar lagi. Untuk keselamatan, sila pastikan tali pinggang di pasang. Diramalkan, suhu di luar 32 darjah celsius.


32 darjah?


Aku menempuh angin sejuk bersuhu kurang 10 darjah celsius awal pagi tadi di Osaka, dan kini tidak sabar rasanya untuk merasai hangatnya mentari di Malaysia. Rasa teruja menguasai diri. Subhanallah, menempuh dua keadaan yang berbeza dalam tempoh beberapa jam. Bukankah itu ni'mat yang mengujakan?


Aku tiba di rumah sejam selepas itu. Tidak banyak perubahan dalam tempoh setahun ini. Sekadar pertambahan kawasan perumahan, pasar raya. Itu sahaja. Cuma agak kehairanan melihat orang menunggang dan membonceng motosikal tanpa bertopi keledar. Aku hanya tersenyum.


Tidak sabar rasanya untuk menziarahi Wak Embek. Wak Embek merupakan abang kepada abah. Rumanhya bersebelahan sahaja dengan rumahku.


" Assalamualaikum... !wak, Kak Fizah datang sekali.."

Tanpa mempedulikan selipar yang masih di kaki, Asyraf menjerit di muka pintu rumah wak. Aku, Ashraf, Izah, dan Nurul masuk. Aku cium tangan wak. Wak tak banyak berubah. Selepas bersembang seketika, aku terus ke dapur. Mendapatkan Wak Mimi yang sedang memanaskan lauk. Wak jemput medang2( minum2 ). Air sirap, biskut kering, buah oren, kuih bangkit, roti dan kaya wak keluarkan satu2 dari gerobok ( kabinet ). Kami bersembang lama. Pertama kali rasanya aku dan Wak Mimi bersembang bayak tentang makanan. Secara tak langsung wak turunkan ilmu bagaimana membuat nasi beriyani, nasi daging, nasi tomato, kerutuk, sambal telur dan banyak lagi. Huhu...Penuh rasanya poket resepi dalam kepalaku malam itu.


Lama aku dirumah wak. Wak menjamu aku dengan nasi dan sambal telur. Perutku penuh tapi apakan daya tidak dapat menolak masakan wak yang meliurkan. Seusai aku makan, Ashraf datang dari ruang tamu.

" Kak, abah ajak balik.."

Hujan turun sangat lewat ketika itu. Abah jemput kami adik beradik pulang ke rumah.

Aku benar2 rasa penat malam itu. Perjalanan menaiki bas 10 jam dari Ube, Yamaguchi malam semalam dan tiba ke Shin Osaka pagi tadi. Selepas itu menaiki keretapi selama sejam untuk ke Kansai Airport. Di sambung pula penerbangan selama 6 jam 45 minit ke KLIA.

Jam 12.00 tengah malam waktu Malaysia. Rasa mengantuk menguasai diri tetapi aku masih tidal mahu melelapkan mata. Aku buka komputer, melayari internet, berchating seketika dengan kouhai2 yang bakal terbang ke Jepun. Jam 1.00 pagi aku masuk tidur.

" Kokokoooo..."

Aku terkejut pada paginya. Bunyi kokok si jantan bersahutan tanpa henti. Risau aku mendengar bunyi ayam berkokokan sebegitu. Aku kejutkan Nurul yang masih lena di sebelahku.

" Nurul, subuh masuk pukul berapa?."

Aku bimbang sekiranya aku terlepas subuh pagi itu. Manalah tahu bunyi kokok ayam bersahutan menandakan waktu fajar yang makin menyinsing.

" Subuh masuk pukul 6.10 la kak.."

Nurul membalas dengan suara yang tenggelam timbul. Aku pandang ke arah jam.

" La, baru pukul 5.45.."

Keta'juban kedua.
Bunyi kokok ayam.

Baru aku menyedari yang ayam akan berkokok bukan sahaja untuk mengejutkan kita bersolat subuh. Tapi kerana sayangnya Allah pada kita, ayam berkokok untuk mengejutkan kita untuk berqiamullail. Hebat kan?




gitar hero

Alahai gitar hero.

" Fizah nak main gitar hero ?"

Malam tadi temanku Nas mempelawa aku bermain gitar hero. Sebelum ini aku belum pernah bermain gitar hero yang saban kali disebut2 Nas dan Dena. Oh, inilah rupanya gitar hero yang di maksudkan. Bagi Nas, Dena ataupun senpai2 lain di Ube ini, permainan gitar hero mungkin sudah lapuk bagi mereka. Tetapi ini baru pertama kali aku mencuba.

Kekok rasanya jari-jemariku ketika menggerakkan butang2 yang ada pada gitar mengikut rentak yang di paparkan di skrin TV. Lagu yang menjadi pilihan pertamaku adalah Rock You Like The Hurricane dendangan Scorpians. Barangkali hanya lagu itu sahajalah yang aku tahu. Lagu kegemaran abah sejak zaman 1980an lagi. Dan lagu2 dendangan Scorpians jugalah yang dimainkan abah setiap hari sejak aku berusia 4 tahun lagi. Sudah sebati dengan telingaku.

Teruja.

Itulah perasaanku malam tadi ketika mula bermain gitar hero. Rasa geram pula berselang seli dengan rasa teuja. Geram bila aku gagal menekan butang mengikut rentak lagu yang di mainkan.

" Pap ! "

Terasa bagai ada yang 'menampar'ku sewaktu aku terlampau asyik bermain.

'Tamparan' tadi tidak membuatkan aku terus berhenti. Aku teruskan juga bermain gitar hero. Tapi bukan permainan itu yang menarik perhatianku. Tapi ada sesuatu disebalik permainan ini yang betul2 membuatkan aku tidak mampu melepaskan pandangan dari skrin.

Aku perhatikan watak2 karikatur yang dipaparkan. Seorang perempuan dengan pakaian yang mencolok mata sambil bermain gitar. Maka ini adalah bukti yang mengiakan berita yang pernah aku dengar sebelum ini. Kanak2 seawal usia 12 tahun sudah berjinak2 dengan seks. Puncanya disebabkan terpengaruh dengan mainan video. Aku tidak tahu jika ramai yang tidak perasan. Kerana menganggap berseronok dengan game2 yang ditawarkan tanpa memikirkan racun2 yang di suntik ke dalamnya.



Aku perhatikan watak2 lain di skrin. Watak 'syaitan' duduk sebagai pengadil. Apakah ini semua? Perlukah sehingga melibatkan watak 'perempuan seksi', 'syaitan' dalam permainan yang asalnya hanyalah menawarkan permainan gitar?

Tamparlah pipi sendiri. Jangan hanya menerima dan mengangguk tanpa kepala berfikir. Kita sekarang berada dalam dunia yang mana didalamnya penuh dengan unsur2 jahat yang ingin menyerang kita secara halus. Dunia yang kanan kirinya di penuhi dengan unsur2 yang mampu memalingkan kita dari berfikir kejahatan dan kesalahan yang mereka2 lakukan. Lihat sahajalah Amerika Syarikat. Rakyatnya tidak berkata apa2 walaupun Bush Laknatullah dan Zionis melakukan kesalahan yang jelas di depan mata. Sedangkan bangkai gajah tidak mampu ditutup dengan daun pisang, inikan lagi kesalahan2 yang di lakukan mereka. Pernah atau tidak kau merasa hairan kenapa unsur2 barat seakan tidak meresap dalam diri masyarakat di Jepun ini? Kerana mereka ini sudah sedar dan faham bahawa suatu hari Jepun ini akan jatuh di tangan rakyatnya sendiri. Hidup yang tidak punya tauhid pada Allah, ditambah pula dengan terlampau asyik dengan keseronokan dunia. Pachinko, teknologi2 baru yang entah apa2. Mengkaji sesuatu yang 'sia2'. Mahukah kau atau aku jadi seperti mereka? Menjadi hamba dunia. Tertipu dengan si penipu2 itu. Kita sibuk berlari berkejaran ke sana sini. Sedangkan mereka bergelak ketawa melihat tingkah kita.

Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu dan htakutlah pada hari yang seorang bapa tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat pula menolong bapanya sedikitpun. Sungguh, janji Allah pasti benar maka janganlah kamu sekali2 terpedaya oleh kehidupan dunia, dan jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam mentaati Allah. ( Surah Luqman 31: 33)



Aku semakin mahir bermain gitar hero. Maka jika aku sudah mahir bermain gitar hero ini, di mana penghujung yang akan aku temui? Terus bermain..?

Apa yang akan aku peroleh jika aku mahir gitar hero?

ingin ke sana

" Fiza, aku dah bagitau belum yang aku gi Syria ngan Lubnan baru2 ni...?"



Sab memulakan bicara di YM. Lama aku dan dia tidak berhubungan. Maklum sahajalah aku dan dia agak sibuk semenjak dua ini. Masing2 ada urusan2 yang perlu diselesaikan.



" Em, takde lah pulak ko bagitau aku. Kenapa Sab? "



Aku tidaklah menganggap pemergian Sab ke Syria dan Lubnan tanpa pengetahuanku sebagai suatu kesalahan. Barangkali Sab rasa kurang enak jika aku tidak tahu aktivitinya di sana. Jarak zahir antara aku dan dia memang jauh sejauh beribu2 batu. Tapi insyaAllah dalam hati dia sentiasa di sini.



Sab kini belajar di Jordan. Aku akui, dia antara temanku yang paling rapat ketika di alam persekolahan dahulu. Teringat kembali aku dan dia bagai belangkas. Berjalan dan berkeliaran bersama-sama ke sekitar sekolah pada waktu rehat antara dua waktu kelas, bersama-sama menguruskan program2 di sekolah, sama2 berkongsi suka dan duka. Jarak jauh antara kami sekarang bukanlah medium yang menghalang. Bahkan semakin mendekatkan.



Berbalik kepada cerita ziarahnya ke Syria dan Jordan, dia menceritakan serba sedikit perjalananya ke sana. Perjalanan yang tidaklah dirancang sebenarnya, membawa diri Sab dan teman2 sekuliah melawat sekitar Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, dan banyak lagi tempat yang dikunjungi yang tidak aku ingat nama2nya.



Pada mulanya aku hanyalah menanggap ziarahnya sebagai suatu lumrah yang biasa bagi seseorang pelajar mengunjungi bumi2 anbiya' jika dia belajar di Timur Tengah.



" Fiza nak tengok gambar2 aku tak..?"



Sab mempelawa mahu 'share photo' denganku.



" Eh, nak2. Cepatlah Sab.."



Rasa teruja pula menguasai diriku. Di samping ingin menatap gambar2 di bumi anbiya itu, ingin sekali aku tatap wajah temanku Sab yang sudah lama tidak ku temui.



Gambar2 Sab bersama teman2nya di sana berlatar belakangkan bangunan2 bersejarah jelas memukau mataku. Satu2 aku tatap. Terasa adrenaline aku deras mengalir. Seakan2 ada sesuatu bagai menarik tanganku untuk ke sana. Inilah tempat yang terlalu inginku kunjungi.



" Berpergianlah di bumi lalu lihatlah bagaimana kesudahan orang2 dahulu. Kebanyakan dari mereka adalah orang2yang mempersekutukan Allah." ( Surah Ar-Rum30:42)



" Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di bumi, lalu memerhatikan bagaimana kesudahan orang2 yang sebelum mereka ? Orang2 itu lebih hebat kekuatannya daripada mereka dan lebih banyak peninggalan2 ( peradaban )nya di muka bumi., tetapi Allah mengazab mereka kerana dosa2-dosanya. Dan tidak akan ada sesuatu pun yang melindungi mereka dari azab Allah"
( Surah Al-Ghafir 40: 21 )

Terlalu ingin rasanya hati ini mengunjungi tempat2 yang menjadi " latar sebenar" dalam wahyu Tuhan yang di baca sehari2. Kepingin sekali menjejak bumi Mesir tinggalan Firaun. Mengunjungi bumi anbiya' di Palestin, Jordan, Syria, Maghribi. Pastinya aku akan rasa teruja jika dapat menjejakkan kaki ke bumi Turki, Sepanyol dan Cordova. Dan air mataku pasti tak tertah jika tiba di bumi suci Makkah dan Madinah. Yang menjadi medan kekasih yang di cintai, Muhammad SAW.

" Sab, terasa macam summer tahun ni aku malas la nak balik. Aku macam nak gi round Middle East ngan ko la.."

Sejurus aku menyatakan hasratku pada Sab, aku terus membuka laman2 web untuk mengetahui harga tiket dan penerbangan2 ke sana. Akan tetapi, bila harga tiket terpampang di skrin, aku menghembus nafas berbaur kecewa. Harga tiket yang agak mahal bagai membina satu tembok besar yang menghalang keinginanku itu. Aku terdiam agak lama selepas itu.

" Sa, aku memang nak sangat pergi sana. Doakan ye Sab aku dapat ke sana.."

Aku menghabiskan perbualanku dengan permintaanku agar turut mendoakan moga suatu hari aku dapat ke sana. Menjejak bumi Allah yang bagiku cukup istimewa. Tak terbayang rasanya perasaanku andai dapat menjejakkan kaki di bumi Allah yang menjadi latar pentas lakonan karakter umat2 terdahulu yang di dalamnya ada insan2 mulia seperti para anbiya' dan sahabat2.

" Nantikan aku di sana ya, wahai bumi Allah .."





manipulasi

Aku pernah terbaca satu entri dari blog seorang teman ini. Menyatakan mengapa kenangan yang lalu sering berputar kembali dalam layar ingatan. Walaupun seandainya di ikutkan hati ingin sahaja melupakan. Lebih2 lagi pabila kenangan yang muncul itu adalah antara kenangan2 pahit. Yang sudah lusuh dalam buku sejarah hidup.

Aku beri contoh dengan bahasa paling mudah. Anggap sahaja kenangan pahit yang lalu itu adalah kenangan kau pernah 'bercinta' dan putus di pertengahan jalan.

Ada yang menderita bila kenangan lalu itu menjelma. Semakin ingin di lupakan semakin ia datang.

Aku juga insan biasa. Pernah sahaja terpalit kenangan buruk yang ingin aku lupakan. Tapi seperti kataku sebelum ini, makin di elak makin galak ia menguis ingatan. Lalu ku biarkan. Menanti sampai bila kenangan itu mahu " tarik tali " denganku. Lama2 kelamaan aku perasan yang kenangan itu bagai "bosan" dengan tindakbalasku yang pasif. Kadangkala menjelma juga tatkala emosiku tidak tenteram.

Siapa lagi yang menyemarakkan kenangan buruk itu kalau bukan angkatan syaitan dan nafsu amarah yang bersarang dalam dada. Lebih2 lagi jika kenangan itu adalah kebodohan demi kebodohan yang di lalui sewaktu zaman jahiliyyah.

Menjadi keinginan besar seseorang yang sudah bertemu dengan "turning point"nya untuk tidak kembali semula ke lubuk kelam yang dulu. Kadangkala, kenangan2 ini bisa melemahkan hati dan tekad. Diri ingin merubah melangkah ke alam yang baru, tapi kenangan lalu masih tetap menghantui. Lantas langit yang dijunjung terasa rendah bagi dirinya.

Pernah sekali aku bertemu dengan seseorang yang punyai hasrat untuk berubah. Maklum sahajalah jiwa fitrah manusia yang ingin kembali ke jalan sebenar. Dek kerana kenangan2 lalu dan ketidak yakinan dengan kasih sayang Tuhan, lantas kata2 pujukanku di balas dengan

" bagi hatiku yang hitam ini sudah tidak punyai ruang yang merah lagi.."

Bagiku,

setiap orang punyai kenangan lalu yang tersendiri. Menangisi, menyesali dan perasaan ingin kembali adalah langkah pertama untuk bertemu bahagia. Tetapi berterusan menangisi yang lalu tanpa bangun melangkah ke daerah baru bukanlah penyelesaian.

Aku percaya, setiap yang Allah takdirkan, pasti ada hikmah yang tersembunyi walaupun kau pernah melalui kenangan lalu yang kau anggap buruk itu. Bagi yang pernah bergelumang dengannya dulu, akan lebih menghargai sayangnya Allah pada kita. Perasaan menghargaiNya meningkat bilamana mengenang yang kita pernah diambilNya dari lubuk hitam, di bersihkan dan dipakaikan dengan pakaian iman. Zaman jahiliyyah yang pernah dilalui dulu menjadi titik tolak dan menambah yakin bahawa jalan yang di lalui kini adalah jalan yang sebenar. Tidak lagi mudah untuk berpaling. Kerana jiwa sendiri sudah merasakan betapa jijknya zaman itu.

Bagi menambah nilai,

manipulasikan kenangan yang dulu. Jadikan ianya bermakna untuk jalan yang kini kau lalui.

Ceriakan hari2mu sentiasa. Moga senyummu menghiasi hari2 yang bakal kau lalui

再試



" Fizah, ko kene saishi kizai la..."

Nas memberitahuku melalui SMS. Kebetulan dia ada urusan di sekolah, dia ku minta untuk memberitahuku sekiranya terdapat apa2 maklumat terbaru terutamanya maklumat berkenaan peperiksaan. Manalah tahu seandainya aku dikehendaki menduduki semula ujian. Minta2 dijauhkanlah~

Tapi seusai mendapat SMS dari Nas, nampaknya keinginan dan doaku tak kesampaian aku terpaksa menduduki semula shiken kizai.

Kizai ataupun nama penuhnya kikai zairyou. Suatu subjek yang ku fikirkan hanyalah menguji kecekapan menghafal fakta2 dalam buku teks, ataupun subjek yang hanya menguji kecekapan menggunakan data2 yang diperoleh dalam graf. Ternyata kali ini selera Goda Sensei bukan begitu. Soalannya betul2 menguji keupayaan, pemahaman. Bagaikan menggabungkan daya upaya fizik dan kimia dalam satu acuan.

Asalnya aku tidaklah terlalu kecewa bila dikehendaki menduduki semula kizai. Sebolehnya aku cuba mengawal diri. Cuba bertenang, cuba menerimanya sebagai suatu yang normal. Lebih2 lagi aku masih mentah lagi di Jepun ini.

Tapi pada malamnya, aku mula sedar yang sedikit sebanyak perasaan kecewa, perasaan marah, perasaan benci, muak mula berkumpul dalam diri. Tambah marak perasaan2 itu bila nafsu kiri membisik suara2 jahat pada diri. Semakin aku biarkan, nafsu kiriku bagai menuang minyak tanah ke atas api. Tiba2 terasa aku tiada selera untuk makan. Apa2 rancangan yang ku tonton di televisyen tiada satupun yang menarik perhatianku. Internet juga tidak menarik perhatianku. Inginku lelapkan mata, tetapi rasa mengantuk masih belum tiba.

Baruku tahu yang aku ini juga manusia biasa. Sebelum ini aku semakin hairan melihat mereka2 yang begitu kecewa jika di timpa dengan kesusahan seperti terpaksa mengulang semula kertas peperiksaan. Pada waktu itu aku yang sebagai watak pemerhati bagaikan penilai yang menilai tindak tanduk mereka yang diselubungi kekecewaan. Perlukah sehingga memasamkan muka? Perlukah menangis tersedu sedan? Perlukah begitu..? Perlukah begini..?

Terlupa pada waktu itu meletakkan diri jika kita berada di tempat mereka. Allah itu kan Maha Adil sifatnya. Di waktu aku meletakkan diriku sebagai pemerhati, terasa bagai mereka2 yang kecewa ini seakan tidak dapat menerima ketentuan Ilahi. Sejujurnya sedikit sebanyak aku tidak sengaja telah menilai mereka mengikut penilaianku sendiri. Lupa bahawa suatu hari jika aku di timpa ujian sebegitu.

Dan kini tibalah giliranku merasainya!

Rasa bagaikan semuanya terkena batang hidungku sendiri. Tersedar dari khilafku sebelum ini, ku pinta pada Dia yang Maha Pengasih untuk mengampunkan kesalahanku, moga segalanya ku terima sebagai tarbiyyah dariNya.

Seusai solat, aku membuka al-Quran. Tatkala berhenti pada ayat

" Dan apabila Kami berikan suatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan ( rahmat ) itu. Tetapi apabila mereka di timpa suatu musibah( bahaya ) kerna kesalahan mereka sendiri, seketika itu mereka berputus asa....

....Dan tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan Dia membatasi bagi siapa yang Dia kehendaki. Sungguh, peda yang demikian itu benar2 terdapat tanda bagi kaum yang beriman "

( Surah Ar-Rum : 36~37 )

Ya Allah, ampunkan aku atas sangka burukku padaMu. Maafkan aku atas kelemahanku. Maafkan aku atas ketidak redhaanku. Maafkan aku kerna lupa yang aku ini insan biasa.

Aku cuba merenung kenapa agaknya semua ini berlaku. InsyaAllah pasti ada hikmahnya. Semalam, ketika aku sedang mempersiapkan diri mengulangkaji, tiba2 baru ku tahu apa hikmahnya semua ini berlaku. Betapa sayangnya Allah padaku. Betapa Dia tidak mahu aku cepat lupa, hilang pergantungan dan sandaran padaNya.

Allah mahu aku berada pada lapangan jihad. Bayangkan jika aku tidak perlu mengulang peperiksaan, kemungkinan besar aku akan menghabiskan hujung mingguku untuk perkara2 yang tidak berfaedah. Tidak memberi sumbangan untuk Islam. Sekurang2nya jika aku menyiapkan diri dengan mengulangkaji, ganjarannya mungkin lebih baik bukan? Jika aku tidak di minta mengulang peperiksaan, takut2 aku lupa pergantungan pada tuhan.

Tersedar aku dari lamunan. Betapa halus, betapa cantik, betapa 'sweet' tarbiyyah Allah.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar!

カキフライと味噌汁( fried oyster with miso soup )

Lama rasanya tidak berkunjung ke Restoran Joyfull. Mungkin lebih dari sepurnama aku tidak ke sana. Keinginan untuk menjamu カキフライdan味噌汁 sudah tidak tertanggung lagi. Lalu aku ambil keputusan untuk memasak sendiri sahaja 2 hidangan tersebut.



Lebih menjimatkan.





Lebih memuaskan.



カキフライ ( fried oyster )

Beberapa ketul oyster ( kaki, tiram ),

Garam

Serbuk roti

Tepung gandum

1 biji telur.

Cara membuat:

1) Campurkan garam pada oyster. Biarkan seketika.

2) Lumurkan pada tepung gandum. Pastikan keseluruhan oyster bersalut tepung.

3) Celupkan dalam telur yang sudah dipukul, kemudian, sadurkan dengan serbuk roti. Goreng secara 'deep fry'.

4) Enak di makan dengan タルタルソース ( macam bentou Hotto Motto, warna putih, macam mayonis)

味噌汁( miso shiru )

500 ml air

1 sudu besar かつおうだし

1 sudu 昆布だし

ドライわかめ

1 sudu besar みそ

Cara membuat:

1) Didihkan air. Selepas itu, masukkan katsuod dashi, konbu dashi, dan miso. Kacaukan sebati. Masukkan wakame. Siap!!!

# Miso shiru ni, kita boleh masukkan apa sahaja yang kita suka. Nak masukkan bawang, kentang, kobis, lobak... apa2 je pon ok.


Meremang

Sudahlah wahai diri, sedarlah yang kau tidak mampu untuk berdiam diri lagi!

Meremang bulu romaku mendengar kata2 yang di ucapkan seorang rakyat Palestin...

"....kami tidak meminta orang arab datang ke sini, berjuang menentang secara berhadapan. Kerana kamilah yang akan menampilkan diri di barisan hadapan. Cuma kami pohonkan sumbangan untuk senjata dan sebagainya. Bagi pemimpin2 arab yang bersekongkol dengan musuh kami, kami serahkan sahaja kepada Allah. Kelak akan kami tuntut di hadapan Allah..."

Menonton video yang di sertakan dalam laman Palestinkini.info terbukti bagaimana anjing2 Yahudi ini mengkhianati umat Islam. Lihatlah bagaimana Palestin itu diinjak sedemikian rupa bukan hanya kerana Yahudi laknatullah itu semata2, malah yang lebih teruk lagi, syaitan2 yang bertopengkan Islam ini!

Lebih meremang bulu romaku bila melihat penentangan2 yang dilakukan di negara2 lain. Beribu, malah jutaan rakyat keluar berdemonstrasi. Lebih memalukan negara Islam, negara Amerika Latin seperti Venezuela antara negara pertama yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.

MasyaAllah, rasa malu sangat2.

Rasa takut sangat2.

Seandainya dihadapan Allah nanti mereka menuntut, apa alasan yang akan aku dan kau berikan...?

syahid si mat rempit

Sepanjang petang tadi perkara ini berlegar di kepalaku. Andai di pilih siapa yang paling berani untuk mati, aku fikirkan hanya satu golongan yang memang benar2 berani mati.

Mat Rempit.

Jika dilihat lagak si mat rempit di jalanan, memang sah mereka adalah 'wira'. Entah semangat apa yang membara dalam jiwa mereka. Memperjudikan diri untuk menunjukkan bahawa mereka punyai bakat dan keberanian yang luar biasa berbanding manusia biasa.

Memang itu tidak betul. Itu membunuh diri namanya!

Dan sejak petang tadilah 'Hadith Logam' yang telah ku pelajari dalam siri Ini Sejarah Kita, kembali menerpa dalam ingatan.

" Manusia itu seperti LOGAM. Yang terbaik ketika jahiliyyah dan mereka juga terbaik semasa mereka ISLAM, seandainya mereka faham..." ( Riwayat Bukhari & Muslim )

Lalu aku kaitkannya dengan 'semangat syahid' si mat rempit ini. Ya Allah, alangkan bagusnya jika mat rempit2 yang punyai 'semangat syahid', dan berani mati ini di limpahkan niat untuk berjuang pada jalanMu. Lebih2 lagi untuk membantu saudara2 kita di Palestin.

Setiap daripada kita adalah LOGAM2 yang punyai sifat2 yang seandainya di gilap untuk kepentingan Islam, masyaAllah, Allah sahaja yang Maha Tahu betapa gemilangnya umat Islam. Kerna setiap daripada kita, manusia punyai karakter masing2. Ada yang baik hati. Ada yang garang. Ada yang pintar teknologi. Ada yang handal bertumbuk.

Wa~

Jika karakter ini digunakan untuk Islam. Sepertimana Umar Al-Khattab yang tidak pernah berubah sifat garangnya ketika sudah memeluk Islam. Sama seperti garangnya ketika masih dibelenggu jahiliyyah. Malah garangnya Umar sehinggakan syaitan laknatullah pun takut untuk melalui jalan yang di lalui Umar.

MasyaAllah...

Seandainya 'wira2 jalanan' si mat rempit ini faham Islam. Tertanam dalam jiwa mereka untuk mati syahid. Subhanallah...

pinggan putih

Aku agak sibuk sebenarnya. Tapi masih mahu menulis di sini. Rasa sunyi pula jika Think Tanker dibiarkan kosong. Jika Think Tanker ini tercoretlah tandanya mindaku sedang berfungsi.

#

Seperti biasa, coretanku kini sekadar diari harian.

#

Sabtu lepas, semasa mahu menghidang makanan tengahari, baruku sedar yang aku lebih suka makan denagn pinggan berwarna putih berbanding pinggan hitam, atau pinggan yang mempunyai corak.

Kenapa ya?

Bagiku, dengan pingan putih, makanan itu akan nampak lebih sedap. Walaupun makanan yang dimakan itu hanyalah seringkas nasi putih, telur goreng mata kerbau, dan kicap. Wow~ Nampak enak dimataku jika dihidang di pinggan putih. Cuba fikirkan jika makanan itu dihidang dalam pinggan hitam atau pinggan bercorak. Ish, mesti nampak tidak menyelerakan bukan???

Apalah yang ada pada pinggan putih ini. Aku tahu itu. Tapi aku dapat sesuatu yang berharga di sini.

Apakah itu....???

Maknanya, begitulah hati kita sebenarnya. Perlu bersih, perlu "putih". Barulah segalanya nampak cantik. Mudah menyerap ilmu. Mudah terima hidayah dari Allah. Mudah faham al-Quran. Mudah rasa tersentuh. Mudah terima nasihat. Hati ini jugalah yang kaya dengan kasih sayang. Kaya dengan cinta.

Betul kan?

Douce Mere - My mother -

Pertama kali mendengar lagu di sebelah ini kan, aku terus 'hanyut' dengannya. Memandangkan aku tidak pernah belajar Bahasa Perancis, maka aku 'hanyut' dengan lagu ini dengan sebab melodinya. Aduh~

Aku cuba mencari di internet, apa maksud lagu di sebelah ini. La.. rupa2nya lagu ini memuji ibu! Patutlah aku terus jatuh cinta mendengarnya.

Kau mahu nyanyikan lagu ini? Ini aku sertakan liriknya..Jom layan~

Douce Mere - My mother -

Comment jamais oublier ton regard
Et ne plus t’avoir en mémoire
Oublier la chaleur de tes bras
Toi qui a tant veillé sur moi
Ta voix qui chante avec tes mots
Que l’amour a aussi son drapeau
Flotte sur le plus haut des sommetsIl a les couleurs du respect

J’ai fait un songeUn beau voyage sur une terre
Là ou n’existe nul mensonge
Tout près de toi ô douce mèreLoin de troubles qui rongent
J’ai lu dans tes yeux tant de douceurIls m’ont conté comment aimer
Moi j’ai puisé tant de valeurs chez toi
Tu m’as appris à partager
Mes biens et mes joies.

Combien de larmes, pour moi, tu as versé ?
Combien de nuits, pour moi, tu as prié ?
Un simple geste, cadeau du Seigneur Se manifeste alors le bonheur
Toi qui cachait dans tes mystères
Que l’innocence a aussi sa bannière
Berce mes plus nobles espérances
Elle a les couleurs de la patience

J’ai fait un songe
Un beau voyage sur une terre
Là ou n’existe nul mensonge
Tout près de toi ô douce mère
Loin de troubles qui rongent
J’ai lu dans tes yeux tant de douceurIls m’ont conté comment aimer
Moi j’ai puisé tant de valeurs chez toi
Tu m’as appris à partager
Mes biens et mes joies.

Maman tu m'as donné sans me reprendre
Ce que je ne pourrais jamais te rendre
L'amour, toute la tendresse que les enfants attendent
Je prie pour toi maman que Dieu m'entende
Je prie pour toi maman que Dieu m'entende

Jika ada pengunjung Think Tanker yang bisa memahami Bahasa Perancis ini, aku mohon jasa baikmu untuk memberitahuku tentang apa yang di sampaikan dalam ini ya!