Pages

gitar hero

Alahai gitar hero.

" Fizah nak main gitar hero ?"

Malam tadi temanku Nas mempelawa aku bermain gitar hero. Sebelum ini aku belum pernah bermain gitar hero yang saban kali disebut2 Nas dan Dena. Oh, inilah rupanya gitar hero yang di maksudkan. Bagi Nas, Dena ataupun senpai2 lain di Ube ini, permainan gitar hero mungkin sudah lapuk bagi mereka. Tetapi ini baru pertama kali aku mencuba.

Kekok rasanya jari-jemariku ketika menggerakkan butang2 yang ada pada gitar mengikut rentak yang di paparkan di skrin TV. Lagu yang menjadi pilihan pertamaku adalah Rock You Like The Hurricane dendangan Scorpians. Barangkali hanya lagu itu sahajalah yang aku tahu. Lagu kegemaran abah sejak zaman 1980an lagi. Dan lagu2 dendangan Scorpians jugalah yang dimainkan abah setiap hari sejak aku berusia 4 tahun lagi. Sudah sebati dengan telingaku.

Teruja.

Itulah perasaanku malam tadi ketika mula bermain gitar hero. Rasa geram pula berselang seli dengan rasa teuja. Geram bila aku gagal menekan butang mengikut rentak lagu yang di mainkan.

" Pap ! "

Terasa bagai ada yang 'menampar'ku sewaktu aku terlampau asyik bermain.

'Tamparan' tadi tidak membuatkan aku terus berhenti. Aku teruskan juga bermain gitar hero. Tapi bukan permainan itu yang menarik perhatianku. Tapi ada sesuatu disebalik permainan ini yang betul2 membuatkan aku tidak mampu melepaskan pandangan dari skrin.

Aku perhatikan watak2 karikatur yang dipaparkan. Seorang perempuan dengan pakaian yang mencolok mata sambil bermain gitar. Maka ini adalah bukti yang mengiakan berita yang pernah aku dengar sebelum ini. Kanak2 seawal usia 12 tahun sudah berjinak2 dengan seks. Puncanya disebabkan terpengaruh dengan mainan video. Aku tidak tahu jika ramai yang tidak perasan. Kerana menganggap berseronok dengan game2 yang ditawarkan tanpa memikirkan racun2 yang di suntik ke dalamnya.



Aku perhatikan watak2 lain di skrin. Watak 'syaitan' duduk sebagai pengadil. Apakah ini semua? Perlukah sehingga melibatkan watak 'perempuan seksi', 'syaitan' dalam permainan yang asalnya hanyalah menawarkan permainan gitar?

Tamparlah pipi sendiri. Jangan hanya menerima dan mengangguk tanpa kepala berfikir. Kita sekarang berada dalam dunia yang mana didalamnya penuh dengan unsur2 jahat yang ingin menyerang kita secara halus. Dunia yang kanan kirinya di penuhi dengan unsur2 yang mampu memalingkan kita dari berfikir kejahatan dan kesalahan yang mereka2 lakukan. Lihat sahajalah Amerika Syarikat. Rakyatnya tidak berkata apa2 walaupun Bush Laknatullah dan Zionis melakukan kesalahan yang jelas di depan mata. Sedangkan bangkai gajah tidak mampu ditutup dengan daun pisang, inikan lagi kesalahan2 yang di lakukan mereka. Pernah atau tidak kau merasa hairan kenapa unsur2 barat seakan tidak meresap dalam diri masyarakat di Jepun ini? Kerana mereka ini sudah sedar dan faham bahawa suatu hari Jepun ini akan jatuh di tangan rakyatnya sendiri. Hidup yang tidak punya tauhid pada Allah, ditambah pula dengan terlampau asyik dengan keseronokan dunia. Pachinko, teknologi2 baru yang entah apa2. Mengkaji sesuatu yang 'sia2'. Mahukah kau atau aku jadi seperti mereka? Menjadi hamba dunia. Tertipu dengan si penipu2 itu. Kita sibuk berlari berkejaran ke sana sini. Sedangkan mereka bergelak ketawa melihat tingkah kita.

Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu dan htakutlah pada hari yang seorang bapa tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat pula menolong bapanya sedikitpun. Sungguh, janji Allah pasti benar maka janganlah kamu sekali2 terpedaya oleh kehidupan dunia, dan jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam mentaati Allah. ( Surah Luqman 31: 33)



Aku semakin mahir bermain gitar hero. Maka jika aku sudah mahir bermain gitar hero ini, di mana penghujung yang akan aku temui? Terus bermain..?

Apa yang akan aku peroleh jika aku mahir gitar hero?

9 comments:

  1. Bagi aku guitar hero takde kene mengena dgn seks. Kanak2 berumur 12 thn mustahil boleh terpengaruh utk berjinak dgn seks kerana guitar hero kerana langsung tidak wujud unsur seks dlm game tersebut. adengan pegang tangan antara bukan muhrim pun tiada. seksi? tgk tv3 lagi banyak seksi.

    ada gak rakyat amerika yg bantah tindakan bush.

    main guitar hero atau mana2 game bukan utk menjadi mahir. tp utk keseronokan atau merangsang otak dan saraf motor, mengisi masa lapang, juga sebagai medium utk bermesra dgn rakan2.

    ReplyDelete
  2. selain main gitar hero byk je lg bnda lain yg boleh merangsang otak dan saraf motor, mengisi masa lapang, dan bermesra dgn rakan2.

    same2 kite fikirkan..

    FEAR ALLAH!!!

    ReplyDelete
  3. Huhu.. pengalaman bermain gitar herolah kikkake aku mula berfikir semua ni.

    Tak dinafikan seronok tapi ada sesuatu aku dapat melaluinya~ (^^,)V

    ReplyDelete
  4. Betul tu anon. Maka mainlah Winning Eleven!

    ReplyDelete
  5. salam.

    setiap sesuatu ada sisi pandang hikmatnya.pandanglah dengan kaca mata hati.semoga berterusan berkongsi ibrah yang tersirat.

    syukran dari bendang nagaoka.

    ReplyDelete
  6. Main jgn main dgn nafsu. Tapi main lah dengan hati.

    Contohnya? Macam yang anda buat tu lah. Main, main juga. Tapi fikir di mana letaknya hikmah di sebalik permainan tersebut. Di mana pengajaran yg boleh diambil. Apa pros n kontras yg ada. etc.

    Buat apa pun, main apa pun, tengok apa pun, sepatutnya macam ni lah! =)

    ReplyDelete
  7. Moga2 kita semua dikurniakan memandang dengan mata hati. Moga2 tidak buta dalam setiap tindakan.

    ReplyDelete
  8. >BrngBnct:
    Terima kasih kerna menawarkan aku permainan Winning Eleven. Bolehlah kita sama2 kongsi "pandangan mata hati" menerusi winning eleven itu ya..!

    >WarkahRaudhah:
    Waalaikumussalam wbt. Hidayah memandang menerusi mata hati itu kurniaan Allah Maha Pengasih. Moga hati kita suci dari karat2 mazmumah dan jahiliyyah.

    >Leokid:
    Terima kasih ya sudi singgah ke Think Tanker ini. Sentiasa menanti perkongsian ilmu dan pengalaman dari bumi Russia.

    ReplyDelete
  9. Shhh.. cuba fiza dengar fatwa hati fiza. Selalunya jawapannya ada di situ :)

    Akak suka men gitar hero tu gak.

    ReplyDelete