Pages

Setahun Yang Berlalu

"Fizah...!"

Aku mendengar suara seseorang lelaki yang aku kenal menjerit memanggil namaku di khalayak ramai. Aku berpaling ke kiri dan ke kanan. Tidak jauh dari tempat aku berdiri, aku nampak kelibat seorang lelaki. Berbaju puth, berseluar jeans.

" Kak Fizah....!!"

Dua orang kanak2 pula berlari ke arahku sambil menjerit namaku. Menarik2 bajuku dengan wajah kegirangan.

Ashraf.

Izah.

Abah.

Setahun tidak bersua akhirnya petang semalam akhirnya aku dapat menatap wajah abah, ashraf, dan izah. Abah tak banyak berubah. Izah masih seperti dulu. Tubuhnya kurus melidi. Barangkali masih kurang gemar makan. Ashraf pula aku dapati saiznya bertambah dua kali ganda. Aku peluk adik2 yang menyambutku. Aku kucup tangan abah. Alhamdulillah. InsyaAllah aku akan menghabiskan cutiku selama sebulan di Malaysia.

Perjalanan dari Kansai Airport ke KLIA selama 6 jam 45 minit agak memenatkan. Cuaca yang kurang baik semasa penerbangan, ditambah pula posisiku berdekatan dengan sayap pesawat, menghalang aku dari menikmati pandangan. Terasa ingin berkomunikasi dengan seseorang. Tapi apakan daya, 'mat saleh' sebelahku ini terlalu ramah orangnya. Aku perlu berhati2 lebih2 lagi selepas kejadian tadi. Budaya, tidak faham dengan batas pergaulan muslim menyebabkan dia berkelakuan begitu.

Perjalanan berbaki 10 minit. Pesawat sudah hampir ke destinasi. Aku melemparkan pandangan ke luar. Subhanallah, indahnya bumi bertuah Malaysia. Aku betul2 merindui kehangatannya, hijau hutan tropika. Lama aku renung ke luar tingkap. Tiba2 aku ternampak suatu bangunan yang benar2 aku rindu.

Keta'juban pertama.
Masjid.

Subhanallah, dalam kabus awan , pandangan ini yang paling jelas. Aku tidak pasti di mana letaknya masjid yang ku lihat itu. Kubah kuning keemasan, dikelilingi beberapa buah menara di sekitarnya.

Sejurus aku menuruni pesawat dan aku masuk ke KLIA, perkara pertama yang membuatkan aku terdiam lama apabila memandang begitu ramai wanita bertudung, berada di cafe2. Lebih mengejutkan aku apabila aku di kelilingi oleh orang ramai yang berbahasa melayu. Alahai, baru setahun aku di perantauan, pulang ke kampung halaman bagai rusa masuk kampung lagaknya.


Aku agak hairan bila emak tidak bersama menyambutku.


" Emak tengah solat. Kejap lagi turun la kot"


Abah bagaikan tahu apa yang bermain di kepalaku.


" Oh, kalau gitu kita tunggu je la..".

Masih terngiang-ngiang pengumuman dalam pesawat tadi.


" Pesawat kita akan mendarat sebentar lagi. Untuk keselamatan, sila pastikan tali pinggang di pasang. Diramalkan, suhu di luar 32 darjah celsius.


32 darjah?


Aku menempuh angin sejuk bersuhu kurang 10 darjah celsius awal pagi tadi di Osaka, dan kini tidak sabar rasanya untuk merasai hangatnya mentari di Malaysia. Rasa teruja menguasai diri. Subhanallah, menempuh dua keadaan yang berbeza dalam tempoh beberapa jam. Bukankah itu ni'mat yang mengujakan?


Aku tiba di rumah sejam selepas itu. Tidak banyak perubahan dalam tempoh setahun ini. Sekadar pertambahan kawasan perumahan, pasar raya. Itu sahaja. Cuma agak kehairanan melihat orang menunggang dan membonceng motosikal tanpa bertopi keledar. Aku hanya tersenyum.


Tidak sabar rasanya untuk menziarahi Wak Embek. Wak Embek merupakan abang kepada abah. Rumanhya bersebelahan sahaja dengan rumahku.


" Assalamualaikum... !wak, Kak Fizah datang sekali.."

Tanpa mempedulikan selipar yang masih di kaki, Asyraf menjerit di muka pintu rumah wak. Aku, Ashraf, Izah, dan Nurul masuk. Aku cium tangan wak. Wak tak banyak berubah. Selepas bersembang seketika, aku terus ke dapur. Mendapatkan Wak Mimi yang sedang memanaskan lauk. Wak jemput medang2( minum2 ). Air sirap, biskut kering, buah oren, kuih bangkit, roti dan kaya wak keluarkan satu2 dari gerobok ( kabinet ). Kami bersembang lama. Pertama kali rasanya aku dan Wak Mimi bersembang bayak tentang makanan. Secara tak langsung wak turunkan ilmu bagaimana membuat nasi beriyani, nasi daging, nasi tomato, kerutuk, sambal telur dan banyak lagi. Huhu...Penuh rasanya poket resepi dalam kepalaku malam itu.


Lama aku dirumah wak. Wak menjamu aku dengan nasi dan sambal telur. Perutku penuh tapi apakan daya tidak dapat menolak masakan wak yang meliurkan. Seusai aku makan, Ashraf datang dari ruang tamu.

" Kak, abah ajak balik.."

Hujan turun sangat lewat ketika itu. Abah jemput kami adik beradik pulang ke rumah.

Aku benar2 rasa penat malam itu. Perjalanan menaiki bas 10 jam dari Ube, Yamaguchi malam semalam dan tiba ke Shin Osaka pagi tadi. Selepas itu menaiki keretapi selama sejam untuk ke Kansai Airport. Di sambung pula penerbangan selama 6 jam 45 minit ke KLIA.

Jam 12.00 tengah malam waktu Malaysia. Rasa mengantuk menguasai diri tetapi aku masih tidal mahu melelapkan mata. Aku buka komputer, melayari internet, berchating seketika dengan kouhai2 yang bakal terbang ke Jepun. Jam 1.00 pagi aku masuk tidur.

" Kokokoooo..."

Aku terkejut pada paginya. Bunyi kokok si jantan bersahutan tanpa henti. Risau aku mendengar bunyi ayam berkokokan sebegitu. Aku kejutkan Nurul yang masih lena di sebelahku.

" Nurul, subuh masuk pukul berapa?."

Aku bimbang sekiranya aku terlepas subuh pagi itu. Manalah tahu bunyi kokok ayam bersahutan menandakan waktu fajar yang makin menyinsing.

" Subuh masuk pukul 6.10 la kak.."

Nurul membalas dengan suara yang tenggelam timbul. Aku pandang ke arah jam.

" La, baru pukul 5.45.."

Keta'juban kedua.
Bunyi kokok ayam.

Baru aku menyedari yang ayam akan berkokok bukan sahaja untuk mengejutkan kita bersolat subuh. Tapi kerana sayangnya Allah pada kita, ayam berkokok untuk mengejutkan kita untuk berqiamullail. Hebat kan?




2 comments:

  1. salam ...
    lama x dgr kabar .... ogenki deska ..
    eh.. lupa plak ..ko dh kt malaysia ..
    waras?? ... sory x sempat menuntut ilmu jawe ngan ko dulu ...
    akhirnya ko blk kt m'sia ni ..
    ingt lg mase ak tny ko thn lepas ... ble blk ..
    ko ckp InsyaALLAH lg 4 thn ...
    2 namenyer rezki ... kita hanya merancng ...
    mcm mane dh dptkn sambel blacn tempe ...
    yg membuat ko trngt sgt kt m'sia ...
    dlm nukilan ko yg b4 ni, yg sab tu sabarina ke
    kem salam kt dia yer ..ak dh lost contact ngan dia ... wish her all da best ..
    k ..harp berbahgia yer ...

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat balik kampung....huhu saya kena tunggu lagi beberapa bulan baru boleh balik huhuhuh

    ReplyDelete