Pages

再試



" Fizah, ko kene saishi kizai la..."

Nas memberitahuku melalui SMS. Kebetulan dia ada urusan di sekolah, dia ku minta untuk memberitahuku sekiranya terdapat apa2 maklumat terbaru terutamanya maklumat berkenaan peperiksaan. Manalah tahu seandainya aku dikehendaki menduduki semula ujian. Minta2 dijauhkanlah~

Tapi seusai mendapat SMS dari Nas, nampaknya keinginan dan doaku tak kesampaian aku terpaksa menduduki semula shiken kizai.

Kizai ataupun nama penuhnya kikai zairyou. Suatu subjek yang ku fikirkan hanyalah menguji kecekapan menghafal fakta2 dalam buku teks, ataupun subjek yang hanya menguji kecekapan menggunakan data2 yang diperoleh dalam graf. Ternyata kali ini selera Goda Sensei bukan begitu. Soalannya betul2 menguji keupayaan, pemahaman. Bagaikan menggabungkan daya upaya fizik dan kimia dalam satu acuan.

Asalnya aku tidaklah terlalu kecewa bila dikehendaki menduduki semula kizai. Sebolehnya aku cuba mengawal diri. Cuba bertenang, cuba menerimanya sebagai suatu yang normal. Lebih2 lagi aku masih mentah lagi di Jepun ini.

Tapi pada malamnya, aku mula sedar yang sedikit sebanyak perasaan kecewa, perasaan marah, perasaan benci, muak mula berkumpul dalam diri. Tambah marak perasaan2 itu bila nafsu kiri membisik suara2 jahat pada diri. Semakin aku biarkan, nafsu kiriku bagai menuang minyak tanah ke atas api. Tiba2 terasa aku tiada selera untuk makan. Apa2 rancangan yang ku tonton di televisyen tiada satupun yang menarik perhatianku. Internet juga tidak menarik perhatianku. Inginku lelapkan mata, tetapi rasa mengantuk masih belum tiba.

Baruku tahu yang aku ini juga manusia biasa. Sebelum ini aku semakin hairan melihat mereka2 yang begitu kecewa jika di timpa dengan kesusahan seperti terpaksa mengulang semula kertas peperiksaan. Pada waktu itu aku yang sebagai watak pemerhati bagaikan penilai yang menilai tindak tanduk mereka yang diselubungi kekecewaan. Perlukah sehingga memasamkan muka? Perlukah menangis tersedu sedan? Perlukah begitu..? Perlukah begini..?

Terlupa pada waktu itu meletakkan diri jika kita berada di tempat mereka. Allah itu kan Maha Adil sifatnya. Di waktu aku meletakkan diriku sebagai pemerhati, terasa bagai mereka2 yang kecewa ini seakan tidak dapat menerima ketentuan Ilahi. Sejujurnya sedikit sebanyak aku tidak sengaja telah menilai mereka mengikut penilaianku sendiri. Lupa bahawa suatu hari jika aku di timpa ujian sebegitu.

Dan kini tibalah giliranku merasainya!

Rasa bagaikan semuanya terkena batang hidungku sendiri. Tersedar dari khilafku sebelum ini, ku pinta pada Dia yang Maha Pengasih untuk mengampunkan kesalahanku, moga segalanya ku terima sebagai tarbiyyah dariNya.

Seusai solat, aku membuka al-Quran. Tatkala berhenti pada ayat

" Dan apabila Kami berikan suatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan ( rahmat ) itu. Tetapi apabila mereka di timpa suatu musibah( bahaya ) kerna kesalahan mereka sendiri, seketika itu mereka berputus asa....

....Dan tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan Dia membatasi bagi siapa yang Dia kehendaki. Sungguh, peda yang demikian itu benar2 terdapat tanda bagi kaum yang beriman "

( Surah Ar-Rum : 36~37 )

Ya Allah, ampunkan aku atas sangka burukku padaMu. Maafkan aku atas kelemahanku. Maafkan aku atas ketidak redhaanku. Maafkan aku kerna lupa yang aku ini insan biasa.

Aku cuba merenung kenapa agaknya semua ini berlaku. InsyaAllah pasti ada hikmahnya. Semalam, ketika aku sedang mempersiapkan diri mengulangkaji, tiba2 baru ku tahu apa hikmahnya semua ini berlaku. Betapa sayangnya Allah padaku. Betapa Dia tidak mahu aku cepat lupa, hilang pergantungan dan sandaran padaNya.

Allah mahu aku berada pada lapangan jihad. Bayangkan jika aku tidak perlu mengulang peperiksaan, kemungkinan besar aku akan menghabiskan hujung mingguku untuk perkara2 yang tidak berfaedah. Tidak memberi sumbangan untuk Islam. Sekurang2nya jika aku menyiapkan diri dengan mengulangkaji, ganjarannya mungkin lebih baik bukan? Jika aku tidak di minta mengulang peperiksaan, takut2 aku lupa pergantungan pada tuhan.

Tersedar aku dari lamunan. Betapa halus, betapa cantik, betapa 'sweet' tarbiyyah Allah.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar!

3 comments:

  1. sweet kan..

    Allah tarbiyyah kita dari sekecil2 ujian..
    Kalau yang sekecil begini kita sudah melatah..
    apatah lagi untk berdepan dg ujian yg lebih hebat..
    peringtan tuk akak juga..

    gambattene!

    ReplyDelete
  2. adeyh...xkuar rupenya yang aku tulis tadi...

    tulis semula..maa ne..
    teringat citer tyme sekolah dulu...
    ade satu tyme tu,tyme kawan2 aku kena kelas tahanan sebab xlepas mana2 subjek,aku sorang je xkena.tapi,tyme aku kena,dorang sume xkena kelas tahanan.memang lawakla bila pkkan semula.dorang kena,aku tak.tyme aku kena,dorg sume lepas...

    emm..
    aku sangat suka dengan tarbiyah yang datang terus dari Allah...itu menunjukkan yang Allah sayangkan kita.~~~
    walaupun kadang2 lpas aku da buat sth,baru aku pikirkan semula tntg bnd tu...
    hohooo...
    papepon..sangat suka la tarbiyah special terus dari Allah....ngenge....^_^/

    ReplyDelete