" wa..!! tak kira. tak kira!! nak tulis jugak!!! " jeritku dalam hati" sabar2..sabar fizah, nak menulis kena tahu apa yang nak ditulis, untuk siapa dan kenapa kau menulis..", pujuk diriku yang sebelah lagi. Entah kenapa yang si sebelah ni (tak tahu ni belah kanan atau kiri ) bila datang semangat aku nak menulis, mesti di suruhnya untuk berfikir dua tiga kali. Akhirnya, bila aku ikutkan sangat si sebelah ni, hilang minat aku nak menulis. Malas, terputus idea.. Ah!! macam2 lagi halangan nak berkongsi rasa.
BALIK PADA PANGKAL
Maka pulanglah aku ke pangkal dan dasarnya. Balik semula berfikir, merenung dan muhasabah kembali kenapa aku menulis. Andai di banding tulisan aku dengan orang lain, aku rasa tiadalah manapun hebatnya. Bagai melukut di tepi gantang kata orang.
Balik pada prinsip..
Sabda Nabi Muhammad SAW
"Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat..."
Oh! Begitu.. Aku semakin hilang punca bila aku lupa tujuan aku menulis. Untuk menyampaikan. Walaupun aku kira aku bukanlah berbakat sangat dalam menulis ni. Tapi sekurang2nya ada sesuatu yang ingin ku sampaikan. Mungkin yang tulus dari hati itu akan menyentuh hati2 yang membaca. Siapa yang tahu kan?
Aku sentiasa ingat ini...
Kadang2 untuk sampai ke satu destinasi, tidak hanya bergantung kepada bas dan teksi. Ada masa, mungkin boleh berjalan kaki. Ada masa, mungkin shinkansen terpaksa digunakan. Begitu juga menulis ni. Untuk menyampaikan hasrat hati, yang terpendam barangkali, ilmu2.. dan yang utama sekali wahyu dari Allah ini, bukan semua mampu aku keluarkan melalui lisanku. Ada masa, minda, hati dan tanganku yang akan bergerak mencoretkan tulisan.
AKU BEBAS MENULIS ???
Memang.. memang andai di ikutkan hati yang tidak tahu berfikir dan bertimbang rasa ni, akan ku coretkan segala2 yang aku mahu. Memang bebas untuk aku coretkan apa sahaja. Ilmu, coretan, luahan rasa. Menggunakan gaya bahasa yang aku suka. Selepas itu berpuas hati kerana luahanku di baca, apa yang terpendam diluahkan dan lepas sudah apa yang membungkam dalam hati.
Tapi tunggu.. tunggu...
Lupakah aku pada apa yang aku baca setiap hari..?
.......sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya untukMu, Tuhan semesta alam.."
Maknanya, apa yang aku tulis, apa yang aku luahkan, dan apa yang aku coretkan, akan tetap tercatat dalam hitungan buku catatan amalanku. Hendak menulis... ada adab yang perlu di jaga. Kadang2 ada hati yang akan terasa dengan setakat membaca tulisanmu, fizah. Cukup sudah dosa dan silapmu yang lahir dari anggotamu yang lain, jangan kau libatkan sekali dalam karyamu ini.
ORANG KATA
Pernah satu ketika ada pesanan yang tertulis,
.... syahdunyer entry2 dalam blog ni.."
Betul juga kan? bila aku putarkan kembali apa yang aku sertakan dalam entryku, rata2 semua yang sedih2. Yang bisa menjuraikan air mata. Rasanya jarang atau tak pernah sekali aku sertakan entry yang bisa membuatkan kau ketawa. Huhu.. rasa2nya aku ini bagaimana orangnya ya?
Entahlah...
Apa yang aku tulis di laman ini hampir 90 % hatiku turut sama ku sertakan sekali. Mungkin itu salah satu sebab kenapa kebanyakan entry2 nya syahdu2 belaka. Cara aku membaca entry2 ini mungkin akan berbeza dengan cara kau membacanya.. Moga2 apa yang aku rasa dan cara aku membaca tulisanku ini turut selari dengan hati dan nada kau tatkala membaca entry2 di lamanku ini.
Moga aku terus tsabat dalam menulis. Tetap tujuan. Menyampaikan kerana Tuhan. Berkongsi apa yang Dia kurniakan. Aku hanya pendamba yang dambakan redhaMu.. wahai Tuhanku...
p/s : maafkan aku kerna entry kali ini cuma sekadar luahan hati. sekadar muhasabah diri. Moga2 selepas ini aku akan terus bersemangat untuk menulis, berkongsi rasa dan yang paling utama kalam wahyu dari Allah...
Hanya bekerja kuat untuk apa yang diimani. Maka saya perlu bekerja kuat untuk terlebih dahulu mengimani.
kenapa aku menulis..?
bila?
10/23/2008 12:05:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam
ReplyDeleteI have nothing to say.. ( with a big smile on my face )
I'm sure Fiza tau apa yang akak fikirkan...
Keep on writing~ :)
hehe..
ReplyDeletekalo akak tak bgtau, mcm2 yg akan terlintas dalam fikiran ni..
laksana apa yang terdaya, bukan kerana terpaksa.
ReplyDeletetulis untuk manusia atau tulis untuk siapa sekalipun, orang yg pertama yg akan baca, orang yg pertama yg akan sedar, faham, ambil pengajaran - diri kita sendiri. kan?
yg penting, tulis perkara yang baik, bukan suatu yg sia-sia. ^_^
**** sekian terima kasih **** ^_^