"Aduh!!! Laparnye... nak masak apa ni??? " monologku dalam hati.
Dahiku berkerut dan tanganku menerkap erat ke perut menahan lapar.
"Patutlah. Dah pukul 2.30. Padanlah ko lapar sangat wahai perut..", aku bermonolog lagi.
Mataku menjeling ke arah jam. Telingaku tidak sanggup lagi menahan. Terasa bingit dengan jeritan dan keroncongan si perut yang minta segera di isi.
Nasi semalam masih lagi berbaki. Alhamdulillah, masih elok. Masih bisa dimakan. Aku segera membuka peti sejuk dan meneliti di segenap ceruk rak. Mencari apa2 sahaja yang bisa di jadikan hidangan dalam masa sesingkat yang mungkin. Mataku tertumpu pada sebuah botol kuning di atas penjuru rak. Baru aku teringat cuka sushi yang aku beli lebih sebulan yang lalu. Tertutup rapat. Belum terusik lagi. Idea untuk hidangan tengahari segera menerpa. Ku teliti pula ke sudut lain. Alhamdulillah, miso shiru segera masih ada.
Urpp.. Alhamdulillah. Tak sangka sushi tamago dan semangkuk miso shiru aku santap penuh selera.
" Dah murtad melayu agaknya aku ni.." bisik hati kecilku.
BENCINYA PADA MAKANAN JEPUN!
Aku teringat ketika di Malaysia dahulu. Cukup pantang aku bila dengar makanan jepun. Macam2 yang terbayang di fikiran ketika itu. Nattou yang sangat busuk, sashimi yang menggelikan! Sampaikan aku sangat risau. Apelah agaknya yang aku akan makan di sana. Mesti kurus melidi badanku nanti.
Satu hari ketika mencuba set bentou Jepun di Malaysia buat kali pertama, memang makanan Jepun tak menepati selera. Langsung!
Menghabiskan nasi Jepun membuatkan aku terseksa. Minum miso shiru dengan mengepit hidung. Ala2 gaya P.Ramlee dalam Nujum Pak Belalang. Alahai makanan Jepun.. Sampai begitu sekali benci aku pada kau.
YANG SEBENARNYA
Yang sebenarnya hal ini membuatkan aku terfikir apa yang aku lalui sekarang. Dulu benci, tak suka. Sekarang suka, rasa nak buat dan tak kisah.
Itu yang dapat aku analogikan dari kisah makanan Jepun yang aku bencikan dulu.
Tapi sekarang makanan Jepun itulah yang aku gemari. Malah jujur untuk aku katakan bahawa beras jepun lebih sedap berbanding beras siam.
Begitu juga dengan kehidupan yang aku dan kau lalui sekarang. Khususnya bagi mereka yang menetap d luar negara. Kalau dulu perasaan benci dan meluat dsb menguasai diri bila melihat, terjumpa, terserempak atau terbuat. Contoh paling senang majalah pronografi, orang2 yang "seksa", orang yang menonggak minuman keras di sana sini. Sekarang dah lali dah. Dalam diri kadang2 dah boleh terasa hati berkata, " Ala, biaselah.. depa kan kafir.. Lantak pi hang lah".
Astaghfirullah.. begitu sekali nikmat itu di tarik untuk rasa sensatif pada dosa dan noda? Bukankah itu tandanya hati makin gelap?
Mungkin ada segelintir yang masih " tiada rasa bersalah" dan sensitif dengan semua ini. " Itu dorang yang buat.. Yang penting bukan aku..", katanya.
Memang.. memang kita tak minum arak, tak baca majalah tu, tak menyeksa orang dengan pakaian "seksa" tu, tapi cuba tengok pada diri kita. Ada apa2 perubahan?
Solat kita, tingkah laku kita, pergaulan kita, adab2 kita...
Solat.. masih sempurnakah 5 waktu sehari semalam yang wajib itu?
Pergaulan... lelaki dan perempuan...masih kita jaga batasan?
Hidup kita sehari2.. adakah Allah masih yang utama?
TUHAN DI MALAYSIA DAN JEPUN
Teringat aku pesan Dr. Roslinda semasa di AAJ dulu...
" Kita hidup di luar negara ni, mesti pegang satu perkara. Allah sentiasa melihat kita. Menitipi tiap gerak langkah kita. Setiap inchi perbuatan kita. InsyaAllah jika itu yang kita pegang.. kita takkan terkandas... "
Tuhan kita di Malaysia, Tuhan kita di Jepun tetap sama. Tetap SATU!
Sangat salah dan silap jika terlintas di fikiran mahupun sudah di terjemah sebagai perbuatan, bahawa perbuatan2 yang dihukumkan dosa di Malaysia dulu berubah hukumnya bila berpijak di tanah Allah yang lain.
Di waktu hening satu petiga malam... ku renung kembali. Hilang entah ke mana. Sekurang2nya jika terlena itu satu ibadah mengisi waktu itu, bagaimana pula jika ketika itu aku sedang meng" hibur " kan diri? Ketawa ria dan bersenda sesama? Di mana aku dan kau ketika itu? Di mana???
Aku ketandusan menghabiskan ayat2 akhir ini...
Moga menjadi peringatan buat diriku yang sering lupa dan alpa...
Hanya bekerja kuat untuk apa yang diimani. Maka saya perlu bekerja kuat untuk terlebih dahulu mengimani.
analogi washoku
bila?
10/16/2008 02:44:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment