Pages

KERINDUAN YANG TERPENDAM


"kak , Nurul sedih sangat akak nak fly ke Jepun..."

"eh, kenapa pulak macam tu? Nurul tak suka ke akak dapat belajar ke Jepun? " balasku.

"Bukan macam tu kak. Cuba akak fikir, bila kaki akak melangkah keluar dari rumah ni untuk ke Jepun, tu tandanya mungkin setakat ni sahaja akak jadi 'penghuni' rumah ni", katanya dengan tersedu-sedan menahan kesedihan.

"Nanti bila akak dah habis belajar pun, akak akan kerja. Mungkin dah tak duduk dengan kitorang lagi. Pastu andaikata kakak kahwin pun, nanti mesti akak duduk asing kan? "

Tiba2 aku terkenang kembali dialog bersama adikku, Nurul kira2 seminggu sebelum aku ke Jepun. Pemergianku sepatutnya merupakan suatu kegembiraan. Tapi entah mengapa kesedihan lebih menyelubungi suasana. Adik2ku termenung, dan ada yang suatu ketika kesedihan teramat sehingga mengalir airmata. Pada pihak diriku mungkin aku sekadar bersedih kerana akan berpisah dan tidak dapat berjumpa sepanjang pemergianku ke Jepun nanti. Nyata adik2ku berfikir melampaui apa yang aku jangka.

TERINGAT MEREKA

Entah kenapa sejak dua tiga hari ini hatiku gusar sekali. Lambaian2 kenangan bersama ahli keluarga seakan menguis2 kotak ingatan. Emosi menjadi kurang terkawal. Kadang2 aku "hilang ayat" dan menjadi sedih amat sangat bila mendengar suara abah dan emak dari telefon.

"Hello, fizah.. fizah.. ada kat situ lagi tak? Hello...hello? ", emak mengandaikan gangguan pada talian.

"Fizah, cakap kuat sikit...", suara abah pula yang mengambil alih.

Bukan suara terputus. Tapi aku yang tak dapat menahan rasa sedih yang amat sangat. Ingin berkata-kata, tapi risau seandainya sedu-sedanku didengari emak dan abah. Selama ni aku bisa bercakap di talian dengan nada gembira, girang dan terasa begitu teruja untuk menceritakan pengalaman2 baruku di sini. Tapi entah kenapa kali ini perasaan sedih pula yang menyelubungi.

KEMBALILAH, DUHAI MASA LALU!

Bila terkenang kembali waktu yang sudah berlalu, baru aku terasa betapa aku telah sia2kan waktu dulu. Waktu aku menjadi pelajar sekolah menengah dahulu, hampir 6 tahun aku kira, jarang sekali aku menghabiskan masa dengan keluarga. Walaupun aku bukanlah pelajar yang menetap di asrama, namun tiada beza aku dengan mereka. Keluar rumah seawal jam 6.20 pagi dan pulang pada waktu maghrib. Keadaan berulang setiap hari. Hari sabtu dan ahad aku habiskan dengan menghadiri kelas tuisyen. Pendek kata masaku dengan keluarga sangat terbatas. Tak tersempat rasanya untuk mengungkapkan rasa sayang pada mak, abah, dan adik2.

KUATNYA NALURI SEORANG IBU

Teringat aku saat di AAJ dulu...

" Hello, fizah.. Fizah sihat tak?" suatu hari emak bertanya di telefon.

" Eh, sihat je mak. Macam biasa je. Kenapa mak? ", aku membalas dalam nada kehairanan.

" Takdelah, mak risau dengan Fizah. Mak dapat dapat rasa Fizah tak sihat." balas emak.

" Fizah sihat. Mak jangan risau ye.."

Namun, selang beberapa jam selepas itu, aku mula rasa sejuk dan badanku menjadi lemah tak berdaya. Aku demam! Subhanallah.. kuatnya naluri emak. Emak dapat rasa aku demam sebelum aku demam. Ya Allah, naluri apakah itu? Yang Kau kurniakan pada seorang ibu?

" Fizah, mak rasa tak sedap hati.. asyik ternampak bayang Fizah je", kata emak dalam telefon.

Ku rasakan ada titis jernih mengalir dari mata. Ya Allah, betapa hanya Kau yang Maha Tahu betapa aku rindu dengan emak..

" Ye mak. Fizah asyik teringat mak sejak dua tiga hari ni.." balasku dengan nada yang sedih.

KINI SENDIRI...

Saat aku di dalam kesusahan, hatiku berasa gusar, pasti aku teringat mak, abah dan adik2. Menghadapi dugaan hidup bersendirian membuatkan aku rindu untuk berada di samping mereka. Teringat dahulu saat bersama mereka, hidupku hanya gelak dan ketawa, menangis dan merajuk bila di marahi emak dan abah, berkomplot dengan adikku untuk mengenakan adikku yang lain. Pernah suatu ketika aku menghadapi satu ujian yang betul2 menguji, emak dan adik2 yang jadi sasaranku meluahkan kesedihan. Menyandarkan harapan.

Tapi kini segalanya sendiri. Alhamdulillah masih ada Kau di sampingku.
Dan dugaan2 yang mendatang kini mengajarku erti hidup. Mendidikku menjadi insan yang lebih dewasa. Kalau dulu masalahku mungkin bergaduh dengan adik disebabkan adik merampas "jajan" ku. Kalau dulu masalah ku mungkin aku di marahi kerana sering endah tak endah nasihat emak dan abah. Kalau dulu masalahku mungkin kerana aku suka pergi ke rumah kawan hingga ke lewat petang.

Tapi sekarang masalahku.. Bukan masalah aku kira. Aku gantikan sebagai DUGAAN.
Kalau sekarang dugaanku lebih kepada hubunganku dengan insan lain. Kawan2 contohnya. Bukan masalahku sendiri. Masalah mereka secara tidak langsung tempiasnya akan terkena padaku. Dan aku berperang dengan diri sendiri untuk menghadapi nafsu dan noda duniawi.

Sudah masanya untuk aku jadi lebih matang. Segalanya di luahkan pada Yang Esa, tapi bukan segalanya pada emak dan abah. Bukan untuk membelakangkan. Cuma tidak mahu menambah beban. Cukuplah beban yang pernah aku timpakan dulu.Cuma doa dan restu dari emak dan abah yang aku dambakan.

" dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu..

..... Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang Engkau tidak punyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau mentaati kedua-duanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu. Kemudian hanya kepadaKu tempat kembalimu, maka akan Aku beritahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan" ( Surah Luqman :14~15 )

Kasih ibu hingga ke syurga. Kasih bapa membawa bahagia. Subhanallah betapa " berkuasanya" kasih sayang ibu bapa. Sehinggakan kasih sayang mereka sahaja yang bisa mencorakkan kepercayaan seorang anak itu. Sama ada muslim, majusi, nasrani dan mungkin juga menjadi seseorang yang sesat dari jalan Tuhan!

" Ya Allah ampunkanlah dosa2ku dan kedua ibu bapa kami dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sejak kecilku..." Ameen ya Rabbal 'alamin...













3 comments:

  1. gambare fizah..ngeh3..
    rilek2,haru kan balik..ngeh3..
    hilangkan kerunsingn tuh dengan menjawab shukudai zairiki n seitai suri yang mencabar minda nih~

    ReplyDelete
  2. Syukurlah msg2 masih punyai ayah ibu tmpat bermanja biarpun jarak mungkin memisahkan...kasihan pada mereka yang tidak berpunya ayah bonda...jazakillah for this post ukhti..

    Tangisanmu itu tidak bermakna kau lemah wahai wanita...
    Tangisan itu bakal menjadikan kau muslimah yang amat disayangi...
    Baik dari Tuhanmu,mahupun saudara2mu...
    InsyaAllah...

    tangisku...tangisku...

    ReplyDelete
  3. sering terfikir..
    apakah umpan yang paling berkesan dari ibu dan bapa sehingga mampu mempengaruhi anak2..
    tak lain tak bukan adalah KASIH SAYANG..
    jika ingin mendidik seorang manusia.. yang penting adalah kasih sayang. baru lebih mudah terkesan. begitu juga sifat Allah. kasih sayang dan keampunanNya melebihi kemurkaannya..

    #mungkin agak lari dari tajuk asal.
    tiba2 terasa ingin berkongsi rasa..

    ReplyDelete