Pages

kosong dua minggu

Alhamdulillah.. akhirnya tiba juga cuti pengajianku dalam musim sejuk ini. Seperti sebelum2 ini, insyaAllah aku akan mengembara lagi. Maaf ku ucapkan kerna tidak bisa meninggalkan sesuatu untuk kalian sebelum aku melangkah pergi untuk kembaraku. Boleh jadi Think Tanker ini bakal kosong tidak terisi selama dua minggu. Jika ku punya peluang dan kesempatan sepanjang dua minggu ini, mungkin aku bisa mencoretkan sesuatu untuk tatapan kalian.

Esok cuti.

Aku gembira dan tidak sabar bertemu 'kekasih2ku'.

Kerinduanku kepada 'kekasih2ku' makin membara. Gersang rasanya hati ini lantaran sudah lama kita tidak bertemu dan sama berteduh di bawah payungan rahmat ilmu. Moga perjalanan kita untuk pertemuan nanti dirahmati dan diredhaiNya.

'kekasih2ku'=akhawwat

terima kasih dari emak dan abah

Aku baru usai menelefon emak dan kelarga yang kini jauh dari pandangan mata kasarku. Mendengar suara emak, abah, dan adik2 bagaikan mereka berada dekat di sisiku. Semacam perasaan lega dan selamat menyusup dalam hati.

Adik2ku berebut2 mahu bercakap denganku melalui telefon. Mula2 telefon di tangan emak, kemudian Izah, abah, Dikdah, dan Nurul. Tidak ketinggalan si montel, Ashraf.

" Terima kasih, kakak. Ashraf dah dapat mainan tu. Tadi kitorang dah buat lori..."

Ucapan penghargaan ku terima daripada adikku, Ashraf. Alhamdulillah, barang2 yang ku kirim buat keluargaku sudah selamat tiba ke sana. Aku mengirimkan mainan buat Ashraf. Harapanku moga mereka menyukai walaupun barang2 yang ku kirim itu tidaklah seberapa nilainya.

" Fizah, lain kali tak payah la susah2 kirim barang ke sini. Tak payah buang2 duit ye. Duit tu simpan untuk belajar.."

" Takpe mak, barang tu barang murah je. Tak mahal mana pun. Fizah cuma teringin nak kirim barang ke sana.."

Emak dan abah mengingatkan aku agar tidak menyusahkan diri dan 'membuang duit' untuk mengirimi mereka barang2 dari Jepun. Alhamdulillah, biasiswa ku cukup selama ini. Cuma tempoh hari ada ku simpan sedikit daripada wang biasiswa untuk ku kirimi sedikit barang2 dari sini.

SURAT CINTA UNTUK MEREKA

Dalam bungkusan yang aku kirimi buat mereka, ku lampirkan sekali 'surat cinta' buat keluargaku. Walaupun menelefon keluargaku dengan kekerapan seminggu sekali, rasanya belum cukup untuk aku ceritakan kondisiku di sini. Biasanya telefon hanya bertanya khabar dan menyampaikan salam. Kesempatan yang ada ini aku gunakan sekali untuk ku lampirkan sekali 'surat cinta'ku buat ahli keluargaku tersayang. Seingat aku, suratku itu tidaklah berbaur emosi sehingga bisa menitiskan air mata. Kebanyakan ayatku dihabiskan dengan ayat " hehe.." ataupun " haha.." sebagai simbol aku berada dalam keadaan gembira. Namun,

" Fizah, mak dah baca surat tu..."

Alhamdulillah surat cintaku sudah di baca 'kekasih2ku'. Lega rasanya.

" Kelakar tak mak Fizah cerita macam2 dalam tu.."

Aku ketawa kecil. Namun emak membalas

" Habis kitorang baca sambil terjurai2 air mata. Emak mintak abah baca pun abah tak nak. Tak sanggup kot.."

Rasa bersalah menguasai diriku. Aku ingatkan surat cintaku itu bakal mengundang tawa kekasih2ku. Namun suratku itu menitiskan air mata mereka pula.

" Terima kasih Fizah. Susah2 hantar ni semua .."

Emak pula berterima kasih padaku. Ya Allah, tidaklah layak hambamu ini menerima lafaz terima kasih daripada orang yang melahirkan, membesarkan dan berkorban segalanya demi aku.

TERIMA KASIH DARI EMAK

Terima kasih emak itu membawa aku teringat kembali peristiwa 9 tahun yang lepas. Ketika itu emak baru melahirkan adikku, Izah pada 15 Ramadhan, 3 Januari 1999. Ketika itu aku aku masih di bangku sekolah rendah darjah 5. Memandangkan aku anak sulung, abah pula bekerja di luar,secara tidak langsung tugas2 emak selama ini berpindah kepadaku.

Ketika itu akulah emak, akulah suri rumah. Mujur ketika itu musim cuti sekolah. Dapatlah aku tumpukan pada tugas2 di rumah. Aku lakukan tugas sepertimana emak lakukan sebelum bersalin dahulu. Menyediakan sarapan, mencuci pakaian, dan sebagainya. Alhamdulillah ketika itu arwah nenek masih ada lagi. Dapatlah meringankan tugasku.

Tidak berapa lama selepas itu, sekolah dibuka. Aku pun bersekolah kembali bersama adik2ku yang lain. Kalau dahulu pergi dihantar dan balik dijemput emak dengan motosikal, tapi kini pergi dan balik berbasikal. Tugasku dirumah juga sama seperti sebelum ini. Memasak, mencuci pakaian dan sebagainya. Cuma tugas2ku bertambah dua kali ganda. Kerja sekolah dan rumah.

Kadang2 jiwaku yang masih mentah dan muda itu mudah merungut penat. Walaupun aku tidak pernah mengungkapkan penat itu dimulut, namun tingkah lakuku bisa membuktikannya. Misalnya air mukaku yang masam mencuka, aku mudah meninggikan suara pada adikku jika ada yang tidak kena dan berjalan dengan gaya menghentak2kan kaki. Walaupun aku tidak adukan pada emak, tapi emak tahu apa yang terbuku dalam hatiku.

Selepas sebulan lebih bersekolah, ujian bulanan pula menjelang. Apabila di umumkan keputusan peperiksaan, keputusan peperiksaanku merosot mendadak. Aku tunjukkan rekod keputusan peperiksaanku pada emak dan abah. Ketika itu aku bersedia untuk mendengar nasihat ( baca : bebelan ) abah atas eputusan ujian yang tidak memberangsangkan. Namun hairannya, abah terus menandatangani rekod tersebut tanpa banyak soal. Emak pun diam sahaja.

Apabila aku duduk2 dan mengusap2 rambut adik baruku di sebelah emak, emak bersuara.

" Fizah, mak minta maaf ye. Mak tak berniat nak susahkan Fizah. Cuma sekarang ni mak belum mampu nak buat kerja rumah. Mak minta maaf sangat2. Pelajaran Fizah merosot pun mak tahu tu sebab Fizah penat. Mak dengan abah tak kisah dengan keputusan tu.."

Emak tersedu sedn menangis di hadapanku. Aku berasa sungguh serba salah. Terpapar segala rungut penatku, tinggi suaraku dan tingkah lakuku yang teruk sepanjang aku mengambil alih tugas emak semasa emak berpantang. Aku pun turut menangis sambil meminta maaf pada emak. Rasa menyesal menguasai diriku ketika itu. Serik untukku ku ulangi perangai burukku itu.

" Terima kasih ye Fizah tolong mak..."

Ucapan maaf dan terima kasih yang tidak sepatutnya aku terima dari emak membuatkan aku menitiskan air mata ketika itu. Bahkan bukan ketika itu sahaja, tiap kali aku teringat peristiwa itu dan apabila rindu menguasai diri, terasa bagai air mata ini begitu murah sekali.

Moga Allah ampunka dosa kedua insan yang aku sayangi ini. Rahmati, redhai mereka berdua, Ya Allah.



Poketmu poketku jua ?


Peperangan Yarmuk berakhir dengan kemenangan besar tentera Islam. Di celah2 mayat yang bergelimpangan, kelihatan 3 orang mujahid yang masih bernyawa namun amat lemah dan tidak berdaya lantaran kecederaan parah yang mereka alami.

Al-Harith bin Hisyam, 'Ayyasy bin Abi Rabi'ah dan Ikrimah bin Abi Jahal.

Al-Harith yang kehausan, melaung minta diberikan air. Apabila air diberikan padanya, dia terpandang Ikrimah yang sedang memerhatikannya. Lantas di arahkan air itu diberi kepada Ikrimah.

Apabila air sampai kepada Ikrimah, 'Ayyash pula menoleh padanya. Ikrimah juga turut meminta supaya air itu diberikan kepada 'Ayyash. Akan tetapi, bila air itu dibawa kepada 'Ayyash, dia menghembuskan nafas terakhir. Bila air itu ingin dibawa kepada Ikrimah dan Al-Harith, mereka berdua juga sudah syahid.



CUMA 6 ULAS OREN

" Ditangan Fizah ni cuma ada 6 ulas oren je..."

Aku memulakan bicara sambil memegang 6 ulas oren ditangan. 8 orang teman yang sama duduk dalam satu bulatan bersamaku mula berkerut dahi selepas mendengar kata2ku.

" Malam ni nak makan oren ke Fizah ? "

Nampaknya masing2 sudah tidak sabar ingin mendengar jawab balas dariku. Aku diam seketika. Tingkahku itu bagai menghangatkan suasana.

" Haah. Malam ni kita akan makan oren. Tapi oren ni tak cukup tau. Kita ada 9 orang kat sini tapi oren ni cuma ada 6 ulas je ..."

" Ok.. malam ni kita akan main game. Senang je main ni. Fizah akan suap oren ni pada orang sebelah kanan. Lepas tu, orang sebelah kanan tu akan suap oren ni pulak kat orang sebelah kanannya. Kena pandai2 bajet oren tu. Suka hati nak makan banyak mana. Tapi yang penting, orang sebelah kiri Fizah akan suapkan oren kat Fizah. Senang kata, semua orang dalam bulatan ni akan dapat rasa oren tu.."

Aku memberi sedikit panduan untuk permainan malam itu. Aku memulakan permainan dengan menyuap seulas oren ke mulut teman sebelah kananku. Dia cuma makan setengah sahaja. Tidak sampai seulas pun. Barangkali bimbang jika teman2 lain tidak dapat merasa oren yang 6 ulas itu. Permainan berjalan lancar. Kedengaran juga gelak ketawa teman2 sewaktu permainan berjalan. Aku turut tidak ketinggalan. Tidak kering gusi melihat teman2 yang masih disuap teman yang lain walaupun sudah 'besar-panjang' .

Sampai pada giliran teman sebelah kiriku menyuap oren ke mulutku, oren ditangannya masih berbaki seulas setengah lagi.

" Ish, ni semua dah rasa oren ni ke ? "

Masing2 mengangguk tanda sudah merasa oren tadi.

" Ooo ni sebab sayang Fizah la ni. Sebab tu bagi lebih kat Fizah ye ? "

Sengaja aku memaniskan ayat mengumpan teman2ku. Masing2 sengaja menggelengkan kepala dan ada yang menjuihkan bibir. Aku tersenyum sahaja melihat tingkah mereka. Rasa lucu pun terselit sama.

Permainan bersama teman2ku ini ada kaitannya dengan secebis kisah yang aku tuliskan pada awal entri ini. Melebihkan orang lain setinggi2 tahap ukhuwwah seseorang dengan temannya itu. Rasa kagum dengan ketiga2 pejuang Allah yang syahid yang mana mereka tetap melebihkan insan lain melebihi kepentingan diri sendiri walaupun mereka lebih memerlukan dan kondisi mereka ketika itu bagai telur di hujung tanduk!

Subhanallah. Hebatnya Allah Maha Pengasih menciptakan perasaan ini dalam diri hambanya.

Ku lihat teman2ku yang berada dalam satu bulatan tadi terkena tempias sifat mulia ini.

" Hebat kan sahabat2 tu. Agaknya lah kan, kalau kita berada di tempat mereka, kita akan punyai sifat itu tak...? "

Senyap. Masing2 berdiam diri dan ada di antara temanku yang sudah jauh termenung. Bermuhasabah dan membandingkan diri dengan ketiga2 sahabat Rasullullah itu.

" Tadi Fizah tengok, waktu kita main game ni, ada yang bila di suap seulas, tapi dia gigit sikit je. Sebab takut kawan2 lain tak dapat rasa kan? Biar kita rasa sikit tapi kita lega suka kalau kawan kita yang lain dapat rasa lebih banyak dari kita.."

Teman2ku menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan kata2ku. Alhamdulillah, jika masing2 sudah terkesan dengan sifat melebihkan orang lain. Teringat aku akan peristiwa hijrah Rasullullah SAW ke Madinah bersama sahabat2 yang lain. Hijrah ke Madinah cuma sehelai sepinggang. Keluarga, harta, kekayaan dan perniagaan semua ditinggalkan di Makkah. Yang dahulunya kaya raya tidak ada beza dengan si miskin semasa berhijrah. Akan tetapi, orang2 ansar yang mendiami Madinah mengasihi Muhajirin dari Makkah melebihi diri mereka sendiri. Muhajirin yang sehelai sepinggang ditawarkan tempat tinggal, perniagaan, pakaian, makanan, malah ada juga yang menawarkan isteri! MasyaAllah.

Sudah lama rasanya aku dengan teman2 tidak bertemu dalam majlis ilmu seperti ini. Dan hari ini dengan izin Allah, Alhamdulillah kami dapat berkumpul. Dua minggu lepas, aku masih ingat lagi peristiwa ini.

X : Fizah, minggu ni takde usrah ke ? Kenapa Kak Y tak bagi sms macam biasa pun ?
Aku : Minggu ni Kak Y kan ikut kengaku gi Kyouto ngan kitorang. Sebab tu takde usrah.
X : La.. ye ke. Ala...

Aku tersenyum bila teringat kata2 temanku itu. Temanku sudah lama tidak berpeluang menghadiri usrah lantaran dia punyai urusan tertentu. Bilamana dia punyai kesempatan untuk menghadiri usrah, naqibah kami pula yang punyai urusan.Ternyata jiwa fitrah manusia itu rindu untuk di basahkan dengan siraman2 ajaran wahyu tuhan. Ternyata betapa berharganya siraman itu. Lebih2 lagi jika siraman itu tidak datang pada waktu yang kita inginkan. Makin bertambah mahal siraman itu. Moga2 kami akan lebih menghargai dan tidak melepaskan siraman itu.

POKETMU POKETKU JUA

Aku teringat pada kata2 Kak Aleen tidak lama dahulu. Kak Aleen menceritakan peristiwa yang berlaku pada seorang sahhabat, Abu Hurairah. Suatu hari ada seorang lelaki datang kepada Abu Hurairah. Dia dengan tanpa segan silu mengucapkan

" Wahai Abu Hurairah, aku mencintaimu kerana Allah.."

Abu Hurairah tidak sewenang2nya membalas kata2 cinta itu. Abu Hurairah membalas

" Adakah poketmu adalah poketku ? "

Ketika aku dan teman2 yang lain mendengar cerita ini dari Kak Aleen, masing2 tersenyum dan ada juga yang ketawa. Lucu rasanya bila kata2 cinta dibalas dengan kata2 kepastian yang menguji. Bukan senang2 mengungkap cinta jika diri sendiri belum bersedia berkorban dan melebihkan kepentingan orang lain lebih dari diri sendiri.

" Inni uhibbuki lillahi ta'ala.."
( Aku menyayangimu kerana Allah)

" Adakah poketmu poketku jua..?"









perasaan yang semulajadi

Berpeluang melanjutkan pengajian ke Jepun merupakan antara ni'mat yang istimewa dariNya. Aku tidak memaksudkan mereka yang tidak berpeluang menjejakkan kaki di Bumi Sakura ini tidak bertuah, tetapi aku percaya tujuan dan matlamat kita masih sama. Cuma masing2 berjuang di jihat yang berbeza.

Sudah lama aku pendamkan, sudah lama aku perhatikan. Padaku, biar masa yang menentukan. Sejak berada di persediaan dahulu, sudah lama persoalan ini berlegar di kepalaku.

Kelmarin, dalam kuliyyah Bahasa Jepun, Akagi Sensei memulakan kelas dengan menceritakan perayaan2 yang disambut di Jepun dalam masa yang sama menunjukkan gambar2 yang berkaitan pada kami. Jou San, teman sekelasku dari China begitu ligat bertanya mengenai budaya2 dan perkara2 yang menarik perhatiannya. Bertubi2 butir2 soalan keluar dari mulutnya. Setiap kali usai melontarkan soalan, aku dapati perasaan tidak saba mahukan penjelasan daripada sensei mewarnai wajahnya.

Tika itu aku kurang menumpukan sepenuhnya tumpuan. Perhatianku terbawa2 ke luar. Memerhatikan, merenung, berfikir tentang soalan apa yang sepatutnya aku pilih dari karung persoalanku dalam kepala. Bila tiba sensei menunjukkan gambar kouyo ( pemandangan daun keperangan semasa musim luruh ), persoalan ini tiba2 terlintas di kepalaku.

" Sensei, nihonjin wa sakura toka, momiji wo miruto, donna kimochi wo shite iru desyouka ? "
( Sensei, apa perasaan orang Jepun bila mana melihat sakura dan kouyo ? )

Seringkali aku tertanya2 kenapa orang Jepun ini begitu menghargai sakura dan kouyo. Setiap kali tiba musim bunga ( haru ) dan musim luruh ( aki ), pasti adanya acara hanami dan koyoumi. Bila ku tanyakan soalan ini pada sensei, dengan senyuman sensei menjawab,

" Jiwa orang2 Jepun dan alam semuladi punyai hubungan yang sungguh rapat, sangat erat. Bila mata kami memandang keindahan alam, sakura dan kouyo contohnya, secara tidak langsung suara hati kami akan melagukan puisi memuja keindahan alam semulajadi...."

Wah! Sampai begitu sekali jiwa mereka menghargai alam semulajadi. Sehingga lagu2 puisi berbaur kesyukuran lahir secara fitrah dari hati tulus mereka.

" Kaki kueba kane ga naru nari..."
( Menikmati buah khaki, bagai mengundang loceng berbunyi..)

Maksudnya, betapa lazatnya rasa buah khaki yang ranum itu. Buahnya sedikit rangup dan bila dimakan, akan mengeluarkan bunyi seakan2 dengan bunyi loceng ( loceng suci yang biasanya terdapat di tokong ).

" Orang Jepun menghargai alam ini bukan sahaja kerana keindahannya, malah kerana kerana alam ini begitu kompleks.."

" Sebagai bukti yang menunjukkan mereka benar2 menghargai alam ini, lihat dalam surat2 yang ditulis oleh orang Jepun. Perkara pertama yang akan di tulis adalah mengenai cuaca. "

Aku mengangguk setuju. Patutlah menjadi budaya masyarakat Jepun ini bila bertemu sesama sendiri, perkara pertama yang keluar dari bibir mereka adalah kata2 yang mempunyai kaitan dengan alam semulajadi seperti cuaca.

" Kyou, tenki ga iidesune.."
( Hari ni cuaca baik kan )

Perkara itu bagai ' salam ' antara aku dan teman sekelasku bila bertemu. Misalnya suhu tertinggi untuk hari ini, jika hujan bawa payung atau tidak, perubahan suhu yang mendadak, dan seumpamanya.

Pelik bukan ?
Mereka yang tidak punyai kepercayaan pada Tuhan menghargai alam ini. Tidak pernahkah mereka lanjutkan persoalan ini kepada siapa Pencipta alam ini? Bagaikan kekaguman mereka terhadap alam ini hanya terhenti setakat kagum pada begitu kompleksnya struktur alam yang terbentang luas.

Tidak syak lagi. Walaupun secara zahirnya manusia boleh menidakkan adanya Tuhan yang layak di sembah, namun jiwa fitrah mereka tidak dapat menipu. Kagum dengan keindahan yang mustahil dapat dicipta oleh tangan manusia biasa. Lantas jiwa manusia tunduk akur akan kehebatan yang terpampang jelas depan mata. Tinggal hati mereka yang masih sombong dan terhijab dari mengakui bahawa alam ini ada pencipta. Dan hanya pencipta itu sahaja yang layak disembah dan di puja!


MAUT

Sekarang hampir jam 1 pagi.
Hairan. Mataku masih mahu terjaga, ku paksakan untuk memejamkannya, nyata nafsu tidurku masih belum menerpa.

Membelek2 buku puisi ' Menggeledah Nurani ' karangan Fahd Razy. Pintaku moga aku akan terkesan dengan puisi yang aku baca. Tiba di halaman 10, aku terkesima tatkala menghayati puisi ' Maut '

Maut

Meski terkunci rapat segala pintu dan tingkap
atau bergerubung di bawah selimut kejap,
namun pepisau sakarat
sentiasa bergerimincing
mendekat dan menyiat-nyiat
perca kelakian dalam senyap

Biar yang tuli dan buta
rencat dan gila,
atau berkuasa dan meraja
di riba Izrail tetap tergelupur menggagau nafas
dalam sembelihan takdir yang tak tertebus, betapa
antara nazak dan barzakh
adalah jawapan kefasadan;
" pulangkan rohku
kerana baru semalam aku merangkak melata
dan berilah esok
untuk aku kembalikan segugus sujud."

Antara nazak dan barzakh
tetap kitalah yang sentiasa mencicirkan

Takut, berdebar-debar.
Mengenangkan sakit dicabut nyawa umpama ditikam dengan 300 mata pedang.
Pintaku sentiasa moga esok masih ada.
Untuk ku perbaharui nafas kehambaanku.
Moga esok yang akan datang bukanlah menjauhkan aku dari Tuhanku.

Inginku lelapkan mata dan lena dalam maut yang sekejap ini. Moga dengan izin Kau, jika esok masih ada kesempatan buatku, bangunkan aku dengan nafas kehambaan.

32 dan 23


Aku palingkan mukaku ke belakang. Terus mataku tertarik pada sebuah buku yang ada di atas meja temanku, Zam.

" Alexander The Great "
Buku itu jadi pilihan temanku sebagai ' Graded Reader ' untuk kuliyyah kali ini. Menjadi tugas kami, pelajar kelas Sir Edward untuk memilih satu bahan bacan bahasa Inggeris dan menghabiskannya dalam masa satu minggu. Selepas itu, resensinya perlu di bentangkan dalam kumpulan.
Berbalik kepada buku Alexander The Great tadi. Aku begitu berminat dengan judul buku itu. Hanya kerana aku pernah mendengar yang Alexander ini adalah Iskandar Zulkarnain. Entahkan betul, entahkan tidak!
Aku cuba membelek2 buku tersebut. Satu dua muka juga sempat aku seluruhi.
ALEXANDER YANG 32
Alexander The Great.
Maut menjemputnya seawal usianya 32 tahun. Walaupun mati pada usia sebegitu muda, ketika itu dia sudah pun membina empayarnya sendiri hampir ke satu perempat taklukan dunia. Julius Caesar yang lahir 300 tahun selepasnya menitiskan air mata bila membandingkan umurnya ketika itu yang sudahpun mencecah 32 tahun tetapi tidak sebanding dengan Alexander.
SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH
Seusai aku membelek buku Alexander The Great itu, ingatanku membawa aku mengingat kembali pada ' sebaik-baik pemimpin ', Sultan Muhammad Al- Fatih yang menakluk kembali Konstantinople pada usia 23 tahun.
Aku terkesima.
Tertunduk malu.
Bagai mahu menerkupkan wajahku ke tanah.
Aku?
Aku cuma punya 3 tahun lagi untuk mencecah usia 23 tahun. Sempatkah aku menawan sebuah kerajaan dan negara yang hebat seperti Sultan Muhammad Al-Fatih?
Dan aku cuma punya 12 tahun lagi untuk menyamai usia Alexander The Great yang ketika itu sudahpun menakluk satu perempat dunia.
Yang lebih membuatkan aku tertunduk malu, Ibnu Sina menguasai ilmu perubatan seawal usia 15 tahun tanpa perlu ke sekolah khusus.
Aku?
Ketika ini aku sedang menjalani sebuah kehidupan dengan nikmat percuma. Yang seringkali alpa dan leka dengan pesona dunia. Bagaikan tiada tahu hidupnya untuk siapa, untuk apa. Tiada apa yang dapat dibanggakan dengan diriku. Makan, minumku bagai mengisi sebuah tangki yang kekosongan. Tiada sedar bahawa setiap turun naik nafas, perlu dalam jiwa kehambaan.
Jiwa hamba.
Sukarnya memilikimu wahai jiwa hamba !

serahkan sahaja pada yang pakar!

" Yabai ! Kat mana aku letak kunci ni. ? "

Aku bermonolog sendirian dalam hati. Bertungkus lumus aku mencari dimana aku letakkan kunci rumahku. Aku selongkar sehabis-habisnya beg sekolahku, menyeluk di dalam poket seluarku. Bukan sekali dua, malah berulang2 kali aku cuba mencari. Garis kerisauan mula terserlah pada dahiku. Sebentar lagi aku dan teman2 ku akan bertolak pulang ke rumah dari kediaman seniorku. Alangkah malangnya nasibku jika tidak ku temui kunci rumahku. Jika kunci rumahku tidak ku temui, bererti aku juga bakal berjalan kaki pulang kerumah kerana kunci basikalku juga ku sertakan bersama kunci rumah. Kini, kedua2nya hilang. Atau lebih tepat lagi aku lupa dimana aku letakkan kunci rumah dan kunci basikalku!

STRATERGI

" Takpe Fizah, jangan risau. Nanti kalau tak jumpa jugak kunci tu, malam ni ko tido rumah kitorang. Besok kalau nak pergi kelas, guna je basikal aku. Kan besok aku takde kelas. Em, tapi sebelum tu baik ko ambik futon kat rumah senpai. Takut malam ni ko kesejukan pulak kat rumah aku. Sebab futon ada satu je..."

Temanku, Nas mula merangka strategi buatku yang ketika itu buntu.

" Ok Fizah. Malam ni tidur rumah Dena pun boleh. Dena pasang danbou ( pemanas ) lagi. Esok, Fizah pergi jumpa fudousan. Minta kunci spare. "

Temanku, Dena pun menyatakan kesediaannya menolongku . MasyaAllah, Kau beriku teman sebaik ini buatku. Tiada ucapan lain selain Alhamdulillah buatmu untuk anugerah teman sebaik ini.

JUMPA

Terima kasih ku ucapkan buat seniorku yang sanggup melapangkan masa dan berkorban tenaga untuk menghantarku dan teman2 pulang ke rumah. Doaku tidak putus sepanjang jalan moga Allah beri petunjuk disebalik kehilangan ini. Mungkin ini kaffarah buatku yang kurang yakin dan kurang sandaranku padaNya.

" Tawakkal Fizah, tawakkal. Tenang2 sahaja. Bawak2 istighfar dan selawat.InsyaAllah Allah akan tunjukkan.."

Aku memujuk hatiku yang gusar. Jantungku yang sebelum itu berdegup kencang menjadi tenang. Serahkan sahaja padaNya.

Di pertengahan jalan, kira-kira 15 minit lagi untuk sampai ke kediaman,

" Adeb, nanti sebelum sampai rumah, minta tolong singgah kat Yabara Eki ye? Nak tengoklah mana tahu kunci tu tertinggal kat basikal ke.."

Tiba2 perkara itu terlintas dalam fikiranku. Langsung aku nyatakan pada seniorku, Adeb.

" Ok. ..."

Balasnya tanpa terusik pun tumpuannya yang ketika itu sedang memandu.

Maka apabila kami sampai di Yabara Eki, aku pun keluar sebentar ke parkir basikal untuk melihat sama ada basikal dan kunciku masih disana ataupun sudah tiada.

Ketika aku melihat basikalku masih terletak kemas di parkir dan kuncinya masih ada di tempatnya, aku hanya mampu tergamam dan tiada mampu berkata apa. Ku palingkan wajahku ke arah temanku, Dena.

" Dena, jumpa. Alhamdulillah...! "

Kataku dengan muka ceria dan penuh kegembiraan. Ku panjatkan syukur padamu Allah atas kejadian ini.

Walaupun hanya kerana kunci, bisa membuatkan aku tidak keruan seketika. Jika pada masa itu aku lupa atau tidak bergantung pada Allah, dan aku hanya yakin yang pencarianku sehabis daya menyelongkar beg berkali-kali, mencari di segenap penjuru rumah sahajalah yang akan membuatkan aku berjaya menemui kunciku itu, nampaknya aku adalah penipu dan aku tertipu sendiri. Sedangkan semua perkara termasuk gugurnya sehelai daun dari pepohon, mahupun perlanggaran butir2 pasir dalam lautan, semuanya dalam pengetahuanNya dan perancanganNya. Kita tidak punya apa. Jika kita fikirkan dengan usaha dan perancangan kita sahaja yang mampu membawa kita pada kejayaan, nampaknya kita sedang diperbodohkan.

Kebetulan esok aku akan menghadapi peperiksaan. Jika fikirkan logik, aku tidak mampu untuk menyediakan hujung mingguku sepenuhnya untuk peperiksaanku itu. Ada tugas dan tanggungjawab lain yang perlu aku penuhi. Dan hidupku bukan hanya terhenti di sebabkan adanya peperiksaan. Aku bencikan perasaan itu.

Ya Allah, aku serahkan padamu segalanya sesudahku berusaha sebaiknya. Maafkanlah, ampunkanlah, kasihanilah dan terimalah amalanku. Bantulah hambamu ini yang tiada mampu.

Terima kasih ya Allah untuk kuliyah hidupku hari ini.

mujur dia tidak menemui aku

Aku mungkin antara orang yang kelewatan menonton video ini. Di saat aku diserang rasa kekosongan dalam diri, aku cuba mencari sesuatu yang mampu mengubat sedikit sebanyak hati yang rawan. Alhamdulillah, selain al-Quran di sampingku, video ini juga membantu menyedarkan aku.

KENAPA ISLAM?

Ataupun dalam bahasa Inggerisnya Why Islam

Seperti yang kau tonton dalam video itu, dia sering menerima emel daripada penonton yang selalu bertanya mengapa dia memilih Islam sebagai agamanya?

MUJUR DIA TIDAK MENEMUI AKU

Subhanallah...

Hidayah itu hak milik mutlak Allah SWT. Bila hidayahnya menerpa dan tembus ke dalam hati, pintu2 kafir dan jahiliyyah terbuka. Dia pernah ditawarkan dengan agama2 yang lain ketika masih dalam pencarian cahaya sebenar. Sebelum cahaya Islam menerobos ke hati, hanya berpandukan fitrah insani, dia menyatakan syarat

" Saya akan menerima agama kamu dengan syarat kitab kamu itu tiada satupun percanggahan. Jika tidak, kitab itu bukanlah datang dari tuhan. Tetapi itu hanya coretan insan ! "

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah

Islam itu bukan hanya menyuruh kita menyembah Allah secara membuta tuli. Dengan perhambaan yang kosong. Gerak sujud, rukuk yang hanya sebagai rutin atau kebiasaan semata2! Bukan begitu Islam yang sebenarnya. Jika itu lah sifat2 yang ada pada kita sebagai hamba, apa bezanya kita dengan mereka yang kafir? Apa bezanya kita dengan haiwan jika tindak tanduk kita dalam kehidupan seperti makan, keinginan pada lain jenis, hanya memenuhi nafsu semata2 ? Serendah itukah tahap seorang manusia ? ( baca : muslim )

Islam mengajar kita untuk berfikir dan bertindak ( baca : refleksi ) dengan persekitaran. Bukan sekadar tahu Allah itu wujud. Tetapi Allah kurniakan akal untuk berfikir dan hati untuk memahami ayat2 ( baca : bukti ) kewujudannya. Lihat pada sebuah bangunan. Untuk membina sesebuah bangunan itu sudah pastinya memerlukan kepakaran dan kerjasama dari jurutera, buruh dan sebagainya. Begitu juga alam ini. Sudah pasti ada yang menciptakan. Kau dan aku pasti tahu siapa yang Maha Hebat itu bukan ?

" .....Alhamdulillah, He show me Islam before He show me muslims..."

Aku tersentak mendengar butir bicara itu yang lancar keluar dari bibirnya.

Malu. Aku tertunduk malu.

Hatiku hanya mampu bermonolog

" Mujur dia tidak temui aku...."

Kata2 spontan yang keluar jauh dari lubuk hati. Aku tahu bahawa aku bukanlah seorang muslim yang baik. Takut2 tingkah lakuku, perkataanku bagai menconteng arang pada agama suci ini. Kad pengenalanku, tudung yang menutup mahkotaku jelas menunjukkan aku seorang muslim. Tetapi adakah kad dan tudung itu yang akan aku bawa sebagai bukti pada hari di mana berhimpun seluruh umat yang lemas dalam lautan peluh sendiri? Sebagai bukti bahawa aku muslim yang benar2 muslim? ( muslim : menyerah, tunduk dan patuh sebagai hamba pada penciptanya, melakukan segala apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang di larang )

ada apa dengan disember ?


Malam semalam aku terima sebuah emel daripada seorang temanku. Sudah lama rasanya saling tidak berutusan emel, berkongsi cerita dan pendapat masing2. Barangkali dia sibuk dengan urusannya, begitu juga aku.

Tersenyum aku tatkala melihat namanya terpapar dalam kotak emelku. Emelnya berbunyi begini ...

" Salam cucutokjanggut,

Kalau ada sesalan di Ramadan lepas, kita masih ada Zulhijjah bulan mulia di sisi Dia. Lakukan sesuatu selagi mampu. Buat terbaik untuk Yang Paling Baik.

cucutokjanggut,
Pelik, aku tak pernah memasang azam tahun baru. Jahilnya aku, kan? Aku bukan tiada cita-cita, tapi tak pernah pula aku jadikan cita-cita itu terancang berjadual lagi sistematik. Kau ada nasihat untuk aku?


Ah, pasti kau akan kata, " X, pasanglah satu cita-cita." Hehe. Betul tak?....."

Hai temanku yang seorang ini. Kata2mu itu seakan mengetuk hati dan fikiranku untuk berfikir dan merasai sesuatu. Merasai suatu kehilangan agaknya. Lalu ku balas dengan...

" waalaikumussalam...

terharu mendapat emel dari kau, X. Lama sudah rasanya tidak berutusan emel seperti sebelum ini.

Erm, azam baru? Jarang terlintas dalam fikiranku hendak meyimpan azam. Biasanya azam disimpan. Tapi tidak pula disertakan dengan kesungguhan. Lalu yang tinggal cuma yang namanya " azam".

Cuma dalam bulan Zulhijjah ini aku terfikirkan sesuatu. Cuba kau tanyakan pada teman2 disekelilingmu. aku tidak hairan jika ada antara mereka yang masih tidak tahu kita berada dalam bulan apa. Jawapan yang di berikan mungkin Disember. Tapi jarang sekali yang akan menyatakan bulan ini bulan zulhijjah. Sampaikan ada yang masih tidak tahu bila kita akan menyambut hari raya Aidiladha.

Ni'mat yang hilang..

Ya.. itu antaranya. Nikmat yang akan hilang sedikit demi sedikit jika kita tidak sendiri mencari. Kadang2 aku makin takut untuk menghadapi. Persekitaran membuatkan aku leka. Hinggakan terlupa hari2 kebesaran kita. Bagaimana pendapatmu X ? "


Balasan emelku padanya itu menggambarkan apa yang berada dalam fikiranku sekarang. Betapa aku ini termasuk dalam golongan yang seakan tidak sedar akan bulan2 kebesaran Islam. Bukannya tidak tahu Bulan Zulhijjah ini banyak fadhilat di dalamnya. Ataukah aku terlupa atau sengaja tidak mahu ambil tahu ?

Mencari suasana atau mencipta suasana...?

p/s : Aku sangat berharap agar dapat membaca hasil tulisan kau ( yang sedang membaca entriku ini ) berkenaan korban.

klik di sini untuk mengetahui amalan2 semasa di bulan Zulhijjah. Syukran Jazilan untuk temanku ini, Syafiqah Santun.


kalah dengan sabishi ( kesunyian )

Umurku sudah 20 tahun.
Sejak bertambah umurku ini, makin banyak pula perkara2 yang terlintas dalam benak fikiran. Tentang itu, tentang ini. Mengapa itu, mengapa ini.
Jalan yang mana akan aku pilih selepas tamat belajar nanti, sama ada ingin menjadi seorang jurutera? Guru? Surirumah?
Fuh...
Tidak ketinggalan persoalan walimah ( baca : rumah tangga ). Bukan hanya persoalan bila aku akan walimah, bukan hanya persoalan dengan siapa akan aku walimah. Tapi aku fikirkan jalan menuju walimah.
Aku pernah mendengar suara2 yang mengatakan kena bercinta ( baca : couple ) sebelum kahwin.
Suara lain pula mengatakan, cinta selepas kahwin itu yang perlu.
Lain padang, lain belalangnya. Lain orang, lain pandangannya. Ada orang gunakan logik untuk soal nikah kahwin ni. Ada orang gunakan alasan agama untuk ini.
Erm, aku? Untuk setakat ini, tidak berminat mahu berbalah. Ini tak betul. Itu tak boleh. Tapi yang pasti, aku tidak akan menyokong sekiranya jalan menuju walimah itu jalan ma'siat. Cuma aku mahu kongsikan sesuatu bersama kau.
Kau mahu?
JANGAN KALAH DENGAN KE'SABISHI'AN
Suatu hari, aku duduk2 mengambil angin di luar bersama dengan teman2. Alhamdulillah, di kalangan kami ini ada seorang yang sudah berwalimah ( baca : berumah tangga ). Umurnya pun tua beberapa tahun denganku. Sambil kami berbual2, berkongsi cerita dan pengalaman, tiba2 terdetik dalam hatiku untuk bertanyakan persoalan jalan menuju walimah ini padanya. Fuh, berpuluh kali juga aku menimbang tara. Takut2 dikatakan "umur setahun jagung sudah gatal ingin berpacaran."
Dengan muka merah tersipu-sipu malu, aku turutkan juga kehendak hati,
" Kak, bagi akak la kan, apa pendapat akak tentang couple ni..? "
Seusai aku melemparkan pertanyaanku, serentak teman2ku menuju pandangan mereka padaku. Aduh! Malunya. Masing2 memberi senyuman padaku. Aku tahu itu senyum menyindir. Biarkan.. biarkan. Aku terus tunggu penjelasan kakak.
" Akak tak nak cakap couple ni betul atau salah. Tapi akak cuma bagi pandangan. Fizah nilai sendiri ye? "
" Ok kak... cepatlah kak.. Fizah nak tahu.."
Aku mendesak. Tidak sabar rasanya mendengar butir bicara dari mulut kakak.
" Fizah fikir, kenapa agaknya wujud couple ni..? "
" Erm, ada orang kata.. couple tu haram. Ada orang kata, couple ni perlu sebab nak kenal antara satu sama lain.. kalau akak tanya pendapat Fizah, Fizah tak tahu nak cakap apa.."
Kakak tersenyum kecil mendengar jawapanku. Manis senyuman kakak. Redup wajahnya menenangkan jiwa.
" Fizah, biasanya kalau orang bercouple ni, dorang dakwa dorang couple atas sebab perasaan apa..? "
Aduh! Kakak ingin mengujiku lagi. Bukan senang untuk kakak menyuap aku bulat2.
" Cinta lah kot.."
" Betul ke itu cinta? Ke itu satu kekalahan? "
Ada2 saja kakakku ini. Kalah ? Bila masanya pergi bertanding? Siapa pula yang menang?
" Orang bercinta, bercouple... mmm.. macam2 ' ber ' lagilah sebab kalah. Kalah dengan ke'sabishi'an ( kesunyian )..Sudahlah diri jauh dengan ayah bonda, teman2 bergelak-ketawa pula jauh dari mata. Yang ada hanyalah teman sekadar teman kenalan. Rapatnya pun cuma setakat mana. Sedangkan diri perlukan bantuan, tunjuk ajar, perlu tempat bergantung harap dari seorang insan. Kalau dulu ada teman2 rapat di sisi, kini tiada lagi...."
Aku membandingkan dengan keadaanku di sini. Betul. Memang mak dan abah jauh di tanah air. Teman2 rapatku pula jauh dariku. Yang ada inilah tempatku bergantung, memohon bantuan jika aku dalam kesusahan.
" Dalam ke'sabishi'an ( kesunyian ) inilah kita mencari2 teman. Lagi2 bila yang datang menerpa menghulurkan bantuan itu dari pihak bukan sekaum kita, adam. Berbunga harapan, semerbak perasaan. Tika itu kita keliru..."
Aku mendengar dengan khusyuk. Kakak menyambung ...
" Tika itu kita keliru dengan perasaan yang menguasai diri. Kita namakannya dengan CINTA. Tapi ketahuilah itu bukan cinta. Itu sabishi. Maka mereka yang terlibat dengan ini kalah dalam menghadapi ke'sabishi'an ( kesunyian ). "
Berkerut seribu dahiku. Kakak mengerti aku mahukan lebih penjelasan.
" Akak pernah tonton satu bangumi ( rancangan televisyen ), ada satu kajian di buat antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Jika kedua2 nya berada di atas tergantung pada satu tali, ( ibaratkan seperti sebuah tali yang merentangi dua gunung ) , kedua-duanya akan mendapati jantung berdegup kencang dan gementar. Tapi mereka keliru sama ada kerna takut berada di tali itu atau gementar terhadap pasangan yang satu lagi tu. Dan kajian membuktikan, peratus untuk mereka berdua saling jatuh cinta ketika itu tinggi..! "
Sebegitu mudah cinta terbina?
" Kak, mudah dan murahnya cinta kalo cenggitu.."
Aku mahukan penjelasan. Takkan semudah itu cinta diperoleh. Takkan cinta dalam perkahwinan punya definisi yang sama?
Aku terdiam seketika. Mindaku memproses dan cuba mengaitkan dengan apa yang pernah ku dengar, yang pernah ku lihat.
Aku rasa sebak memikirkan cinta yang murah sebegitu. Hanya kerana kalah dengan kesunyian, kita terperangkap dan keliru dengan perasaan sendiri.
Kalau dari apa yang aku lihat selama ini, selalunya pasangan couple ini akan menungkapkan rasa cinta, rasa sayang bagai memateri janji sehidup semati!
Hari ini sayang, cinta... Esok? Lusa? Kalau si dia ungkapkan kata cinta, sayang pada kita, adakah secara ekslusifnya kita menerima kata2 itu? Entah betapa ramai kita atau dia pernah mengungkapkan perasaan yang sama seperti kita ucapkan padanya sekarang. Dulu berkasihan dengan A. Lepas puas, lepas! Lepas dapat, jemu, tinggal! Hari ini, kata2 cinta untuk orang yang lain pula!
Biasanya manusia akan menonjolkan dirinya yang terbaik di hadapan orang yang di kasihi. Keburukannya dilindungi. Malu! Takut di ketahui. Betulkah perlunya couple itu atas alasan untuk saling mengenali sedangkan wajah yang dipamerkan tika itu bukannya realitinya yang sebenar! Yang namanya dosa, yang buruk2 semuanya nampak indah tika itu.
Bila dah jemu?
Memang itu realiti . Hilang rasa malu bagaikan tiada ingat Dia Maha Melihat. Pesanan dari wahyu seperti ...jangan dekati zina... bagai sudah lali dengan telinga. Pandai pula ingin bangkitkan alasan baru. Hadith dari nabi yang mengatakan bila duduknya lelaki dan perempuan yang bukan mahram, ditengahnya ada pihak yang ketiga yakni syaitan... pun tidak di terima. Ada sahaja alasan untuk menghalalkan perbuatan. " Kami duduk berdua, tapi di tengah ramai..".
MasyaAllah.
Hanya Allah Yang Maha Tahu apa yang terdetik dalam hati, apa niat yang sebenarnya.
Bila bercinta, berkasihan.. lautan api sanggup ku renangi. Fuh, berkata bagai mampu nanti untuk merenangi lautan neraka.
" Perempuan2 yang keji untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji untuk perempuan2 yang keji, sedangkan perempuan2 yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan2 yang baik. Mereka itu bersih dari apa yang dituduh orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga ) " [ surah annur 24:26 ]
Aku bahagia melihat kakak bercerita. Bersungguh2 . Barangkali kakak sendiri merasai ni'mat cinta dalam perkahwinan.
Pernah suatu ketika aku yang ketika itu masih mentah dan cetek pengalaman ditanyakan bermacam2 tentang hal ini. Bila aku berikan hujahku, ada sahaja alasan untuk menolak. Ah! Manusia ini macam2 kerenah jika ingin menghalalkan perbuatan sendiri. Makin di larang semakin galak menentang.
Hubungan yang halal untuk lelaki dan wanita hanyalah pernikahan.MasyaAllah, begitu sekali Allah memuliakan insan. Bukan senang2 wanita itu ingin dimiliki, dan aku kira mereka yang ikut jalan yang digariskan Allah ini bukan calang2 orang. Berbahagialah untuk mereka yang sabar untuk kebahagiaan yang kekal abadi.
Sebelum menghabiskan bicara, kakak berpesan...
" Cinta atau mahabbah selepas kahwin itu bukan mahabbah yang biasa, Fizah.. Cinta yang di ikat dengan ikatan perkahwin itu adalah mawaddah dan rahmah.."
Mawaddah dan rahmah. Aduh.. mendengarnya sahaja bagai menjemput sejumlah ketenangan menyusup ke hati.
" dan di antara tanda2 (kebesaran) Nya ialah Dia menciptakan pasangan2 untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antara kamu rasa kasih sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar2 terdapat tanda2 ( kebesaran Allah ) bagi mereka yang berfikir..." [ surah ar-rum :21 ]
Sabar ya wahai diri... Moga kau tidak kalah dengan ke'sabishi'an.

resensi blog 1


Sebelum ini resensiku lebih tertumpu pada buku2 yang aku baca dan aku rasakan perlu untuk aku ketengahkan. Kali ini aku rasakan tidak ada salahnya untuk menulis resensi berkaitan entri2 dari blog yang menarik perhatianku.

MUSAFIR TAK KENAL PULANG

Klikkan tetikus pada tajuk di atas. Aku sarankan untuk kau ambil satu dua masa untuk sama2 kita hayati entri itu. Aku rasakan petikan itu cukup menarik. Sekali imbas, aku tertarik dengan lenggok bahasa Indonesia yang terkandung di situ. Namun aku kira itu bukanlah tujuan atau perkara pokok yang penting kenapa entri itu di tulis.

Aku tertarik pada tajuk entri ini. Pada mulanya aku kurang mengerti kenapa penulis memilih tajuk sebegitu yang aku kira tiada kena-mengena dengan permulaan entri. Tetapi pabila aku menghabiskan bacaan, tahulah aku kenapa penulis sebahagian rupa. Bahagian yang membuatkan aku tertarik adalah

"Orang muda...ingat pesan ini, bukan musafir ertinya kalau pulang..."

Kita ini musafir bukan? Jadi kenapa mahu bergegas-gegas pulang. Ilmu selautan di sini belumpun setitis kita perhalusi. Kotak pengalaman masih belum terisi. Mengapa mahu sibuk2 pulang ke tanah selesa di sana?

Entri ini pun turut mengingatkan aku apakah perlunya aku datang ke sini. Pernah juga ku terfikir bahawa tanggungjawab yang di galas di pundak kita yang mendapat peluang belajar di bumi sakura ini benar2 berat. Seirama dengan tanggungjawab yang digalas oleh rasul, anbiya' dan daie'2.

Pernah atau tidak kau mendengar bahawa Islam pernah ada peluang untuk sampai ke bumi sakura ini. Tapi Allah Maha Merancang segala-galanya. Delegasi penda'wah dari Khilafah Uthmaniah tidak sempat tiba ke sini kerana bertemu ajal dalam insiden taufan di lautan. Habis punahlah harapan Dinasti Meiji yang ketika itu mereka sendiri yang mahu adanya penda'wah Islam di Jepun kerna mereka terpikat dengan kemurnian agama suci kita, Islam.

Adakah Allah sengaja mematikan mereka, dan menyebabkan tiada penda'wah yang datang menyebarkan agama kita.

Tidak pernahkah kau rasakan bahawa kitalah pengganti mereka....?