Pages

perasaan yang semulajadi

Berpeluang melanjutkan pengajian ke Jepun merupakan antara ni'mat yang istimewa dariNya. Aku tidak memaksudkan mereka yang tidak berpeluang menjejakkan kaki di Bumi Sakura ini tidak bertuah, tetapi aku percaya tujuan dan matlamat kita masih sama. Cuma masing2 berjuang di jihat yang berbeza.

Sudah lama aku pendamkan, sudah lama aku perhatikan. Padaku, biar masa yang menentukan. Sejak berada di persediaan dahulu, sudah lama persoalan ini berlegar di kepalaku.

Kelmarin, dalam kuliyyah Bahasa Jepun, Akagi Sensei memulakan kelas dengan menceritakan perayaan2 yang disambut di Jepun dalam masa yang sama menunjukkan gambar2 yang berkaitan pada kami. Jou San, teman sekelasku dari China begitu ligat bertanya mengenai budaya2 dan perkara2 yang menarik perhatiannya. Bertubi2 butir2 soalan keluar dari mulutnya. Setiap kali usai melontarkan soalan, aku dapati perasaan tidak saba mahukan penjelasan daripada sensei mewarnai wajahnya.

Tika itu aku kurang menumpukan sepenuhnya tumpuan. Perhatianku terbawa2 ke luar. Memerhatikan, merenung, berfikir tentang soalan apa yang sepatutnya aku pilih dari karung persoalanku dalam kepala. Bila tiba sensei menunjukkan gambar kouyo ( pemandangan daun keperangan semasa musim luruh ), persoalan ini tiba2 terlintas di kepalaku.

" Sensei, nihonjin wa sakura toka, momiji wo miruto, donna kimochi wo shite iru desyouka ? "
( Sensei, apa perasaan orang Jepun bila mana melihat sakura dan kouyo ? )

Seringkali aku tertanya2 kenapa orang Jepun ini begitu menghargai sakura dan kouyo. Setiap kali tiba musim bunga ( haru ) dan musim luruh ( aki ), pasti adanya acara hanami dan koyoumi. Bila ku tanyakan soalan ini pada sensei, dengan senyuman sensei menjawab,

" Jiwa orang2 Jepun dan alam semuladi punyai hubungan yang sungguh rapat, sangat erat. Bila mata kami memandang keindahan alam, sakura dan kouyo contohnya, secara tidak langsung suara hati kami akan melagukan puisi memuja keindahan alam semulajadi...."

Wah! Sampai begitu sekali jiwa mereka menghargai alam semulajadi. Sehingga lagu2 puisi berbaur kesyukuran lahir secara fitrah dari hati tulus mereka.

" Kaki kueba kane ga naru nari..."
( Menikmati buah khaki, bagai mengundang loceng berbunyi..)

Maksudnya, betapa lazatnya rasa buah khaki yang ranum itu. Buahnya sedikit rangup dan bila dimakan, akan mengeluarkan bunyi seakan2 dengan bunyi loceng ( loceng suci yang biasanya terdapat di tokong ).

" Orang Jepun menghargai alam ini bukan sahaja kerana keindahannya, malah kerana kerana alam ini begitu kompleks.."

" Sebagai bukti yang menunjukkan mereka benar2 menghargai alam ini, lihat dalam surat2 yang ditulis oleh orang Jepun. Perkara pertama yang akan di tulis adalah mengenai cuaca. "

Aku mengangguk setuju. Patutlah menjadi budaya masyarakat Jepun ini bila bertemu sesama sendiri, perkara pertama yang keluar dari bibir mereka adalah kata2 yang mempunyai kaitan dengan alam semulajadi seperti cuaca.

" Kyou, tenki ga iidesune.."
( Hari ni cuaca baik kan )

Perkara itu bagai ' salam ' antara aku dan teman sekelasku bila bertemu. Misalnya suhu tertinggi untuk hari ini, jika hujan bawa payung atau tidak, perubahan suhu yang mendadak, dan seumpamanya.

Pelik bukan ?
Mereka yang tidak punyai kepercayaan pada Tuhan menghargai alam ini. Tidak pernahkah mereka lanjutkan persoalan ini kepada siapa Pencipta alam ini? Bagaikan kekaguman mereka terhadap alam ini hanya terhenti setakat kagum pada begitu kompleksnya struktur alam yang terbentang luas.

Tidak syak lagi. Walaupun secara zahirnya manusia boleh menidakkan adanya Tuhan yang layak di sembah, namun jiwa fitrah mereka tidak dapat menipu. Kagum dengan keindahan yang mustahil dapat dicipta oleh tangan manusia biasa. Lantas jiwa manusia tunduk akur akan kehebatan yang terpampang jelas depan mata. Tinggal hati mereka yang masih sombong dan terhijab dari mengakui bahawa alam ini ada pencipta. Dan hanya pencipta itu sahaja yang layak disembah dan di puja!


2 comments:

  1. salam kenal..

    menarik sekali entri ini..walau tak berpeluang ke luar (Jepun terutamanya), tapi melalui blog dan cerita dalamnya, membuatkan saya terasa seolah-olah saya pun berada di sana..pengembaraan ilmu yang berbaloi..

    kenapa ya, negara maju seperti Jepun dan Hong Kong mampu menghargai alam walaupun nak membuat pembangunan tetapi tidak di Malaysia..adakah orang Malaysia itu sendiri suka bertindak membuta tuli???

    hummm....teringat sajak Tun Dr Mahathir..banyak yang benarnya..

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam wbt..
    wah!! bertambah2 kenalan mayaku di Think Tanker ini.

    mungkin benar katamu bahawa orang Malaysia itu membuta tuli dalam pembangunan.

    Atau lebih tepat lagi sikap inginkan keuntungan yang besar dalam masa yang singkat.

    ReplyDelete