Pages

32 dan 23


Aku palingkan mukaku ke belakang. Terus mataku tertarik pada sebuah buku yang ada di atas meja temanku, Zam.

" Alexander The Great "
Buku itu jadi pilihan temanku sebagai ' Graded Reader ' untuk kuliyyah kali ini. Menjadi tugas kami, pelajar kelas Sir Edward untuk memilih satu bahan bacan bahasa Inggeris dan menghabiskannya dalam masa satu minggu. Selepas itu, resensinya perlu di bentangkan dalam kumpulan.
Berbalik kepada buku Alexander The Great tadi. Aku begitu berminat dengan judul buku itu. Hanya kerana aku pernah mendengar yang Alexander ini adalah Iskandar Zulkarnain. Entahkan betul, entahkan tidak!
Aku cuba membelek2 buku tersebut. Satu dua muka juga sempat aku seluruhi.
ALEXANDER YANG 32
Alexander The Great.
Maut menjemputnya seawal usianya 32 tahun. Walaupun mati pada usia sebegitu muda, ketika itu dia sudah pun membina empayarnya sendiri hampir ke satu perempat taklukan dunia. Julius Caesar yang lahir 300 tahun selepasnya menitiskan air mata bila membandingkan umurnya ketika itu yang sudahpun mencecah 32 tahun tetapi tidak sebanding dengan Alexander.
SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH
Seusai aku membelek buku Alexander The Great itu, ingatanku membawa aku mengingat kembali pada ' sebaik-baik pemimpin ', Sultan Muhammad Al- Fatih yang menakluk kembali Konstantinople pada usia 23 tahun.
Aku terkesima.
Tertunduk malu.
Bagai mahu menerkupkan wajahku ke tanah.
Aku?
Aku cuma punya 3 tahun lagi untuk mencecah usia 23 tahun. Sempatkah aku menawan sebuah kerajaan dan negara yang hebat seperti Sultan Muhammad Al-Fatih?
Dan aku cuma punya 12 tahun lagi untuk menyamai usia Alexander The Great yang ketika itu sudahpun menakluk satu perempat dunia.
Yang lebih membuatkan aku tertunduk malu, Ibnu Sina menguasai ilmu perubatan seawal usia 15 tahun tanpa perlu ke sekolah khusus.
Aku?
Ketika ini aku sedang menjalani sebuah kehidupan dengan nikmat percuma. Yang seringkali alpa dan leka dengan pesona dunia. Bagaikan tiada tahu hidupnya untuk siapa, untuk apa. Tiada apa yang dapat dibanggakan dengan diriku. Makan, minumku bagai mengisi sebuah tangki yang kekosongan. Tiada sedar bahawa setiap turun naik nafas, perlu dalam jiwa kehambaan.
Jiwa hamba.
Sukarnya memilikimu wahai jiwa hamba !

4 comments:

  1. kalu aku nk jadi mcm alexander tu, aku rasa tkbleh sbb nnt amerika buru aku.
    kalu aku nk jadi cm ibnu sina takbleh gak, aku nk bedah apa plak? mana bleh main testing bedah ske ati. nk bagi ubat yg aku sendiri buat plak mana bleh kan.
    kita skrg hidup zaman lain. tkbleh wat cam org dulu2. bagi aku berjaya umur 23 ke 32 ke sama je. tak kisah.

    org muda yg power, yg aku tahu skrg ialah adik
    Adi Putra. tp aku rasa itu dia power sbb kebolehan dia, bukannya usaha dia. bukan bermaksud dia tak berusaha tau.

    tp aku rasa paham apa ko nk sampaikan. rasanya kita tak cukup usaha kan. mungkin kalu kita lebih usaha masa 'muda' dlu maybe kita dh boleh menakluk sesuatu bidang skrg.

    ReplyDelete
  2. terima kasih beruang buncit untuk refleks entri ni.

    entahlah, banyak sangat yang aku fikirkan. Kalau dibentangkan rasanya tak habis muka surat.

    antara satu contoh adalah sistem pendidikan kita sekarang. Banyak perkara yang canggung didalamnya. kau tidak rasakan begitu ke beruang buncit?

    ReplyDelete
  3. oh mmg aku rasa mcm tu. sebenarnya aku dh tulis dh pasal tu. tp sbb aku rasa komen aku pjg sgt, aku padam.

    apa yg aku rasa, sistem pendidikan kita tak membenarkan kita pilih apa yg kita minat awal2. misalnya walaupun kita minat seni lukis, kita tak boleh fokus dengan seni lukis sebaliknya kebanyakan kita kena fokus dgn bende lain contohnya sains dan matematik.

    lagi satu, pasal masyarakat. org sekarang kalu tak jadi engineer, doktor, atau akauntan, akan mcm dipandang rendah sket. contohnya kalu jadi ahli sejarah atau sasterawan ke. tak glamour lah katakan. masa kecik2 dlu aku ramai org dewasa ckp kat aku, nnt besar2 jadi doktor, jadi engineer. takde pun yg ckp jadi mufti ke, jadi imam besar ke, jadi menteri ke....

    ReplyDelete
  4. rasa seronok bila dapat berkongsi buah fikir bersama beruang buncit. Ternyata kau berpandangan luas dalam hal ini.

    Berpijak dibumi nyata.

    Mungkin benar kata kau sebelum ini. Sistem pendidikan kita tidak membenarkan kita untuk belajar mengikut acuan sendiri. Tapi aku rasa untuk pandangan yang lebih dekat dan lebih realistik, kita lihat pada diri kita.

    Apa bakat @ nilai yang ada dalam diri kita? Kita perhalusi atau tonjolkan atau tidak? Sepanjang hidup kita, terutama selama tempoh pengajian kita di sini, apa perkara yang kita perlu capai? Aku rasa berulang kali aku nyatakan sebelum ini, keinginan aku yang mendalam untuk mencari 'emas' selain segulung ijazah dan sebuah motosikal.

    Belajar disekolah dari kecil sampai ke besar mengikut sistem yang membazir masa, kemudian menghabiskan masa bertahun2 di universiti, TUJUAN utamanya hanyalah dia akan menjadi APA bila dewassa nanti. Jurutera? Doktor? Dengan harapan dapat mengumpul wang memiliki harta dunia, sehingga lupa apa tujuan sebenar belajar.

    Tidak mengapa untuk menjadi seorang jurutera, doktor, imam besar, penjual pisang goreng, dengan syarat pekerjaan itu hanya akan ada nilai jika Allah itu tujuan. Jika cuma gaji besar yang menjadi sandaran dan bandingan, aku rasa hidup kita sudah dibazirkan.

    p/s : agak kritikal komen aku kali ini. Aku tuding jari pada diriku dahulu. Dan komen balasku bukan ekslusif untuk beruang buncit sahaja tau. Komenku ini bersifat umum dan sedikit lari daripada komen beruang buncit
    (( maafkan atas kelancangan kata2ku ))

    ReplyDelete