Pages

ada apa dengan disember ?


Malam semalam aku terima sebuah emel daripada seorang temanku. Sudah lama rasanya saling tidak berutusan emel, berkongsi cerita dan pendapat masing2. Barangkali dia sibuk dengan urusannya, begitu juga aku.

Tersenyum aku tatkala melihat namanya terpapar dalam kotak emelku. Emelnya berbunyi begini ...

" Salam cucutokjanggut,

Kalau ada sesalan di Ramadan lepas, kita masih ada Zulhijjah bulan mulia di sisi Dia. Lakukan sesuatu selagi mampu. Buat terbaik untuk Yang Paling Baik.

cucutokjanggut,
Pelik, aku tak pernah memasang azam tahun baru. Jahilnya aku, kan? Aku bukan tiada cita-cita, tapi tak pernah pula aku jadikan cita-cita itu terancang berjadual lagi sistematik. Kau ada nasihat untuk aku?


Ah, pasti kau akan kata, " X, pasanglah satu cita-cita." Hehe. Betul tak?....."

Hai temanku yang seorang ini. Kata2mu itu seakan mengetuk hati dan fikiranku untuk berfikir dan merasai sesuatu. Merasai suatu kehilangan agaknya. Lalu ku balas dengan...

" waalaikumussalam...

terharu mendapat emel dari kau, X. Lama sudah rasanya tidak berutusan emel seperti sebelum ini.

Erm, azam baru? Jarang terlintas dalam fikiranku hendak meyimpan azam. Biasanya azam disimpan. Tapi tidak pula disertakan dengan kesungguhan. Lalu yang tinggal cuma yang namanya " azam".

Cuma dalam bulan Zulhijjah ini aku terfikirkan sesuatu. Cuba kau tanyakan pada teman2 disekelilingmu. aku tidak hairan jika ada antara mereka yang masih tidak tahu kita berada dalam bulan apa. Jawapan yang di berikan mungkin Disember. Tapi jarang sekali yang akan menyatakan bulan ini bulan zulhijjah. Sampaikan ada yang masih tidak tahu bila kita akan menyambut hari raya Aidiladha.

Ni'mat yang hilang..

Ya.. itu antaranya. Nikmat yang akan hilang sedikit demi sedikit jika kita tidak sendiri mencari. Kadang2 aku makin takut untuk menghadapi. Persekitaran membuatkan aku leka. Hinggakan terlupa hari2 kebesaran kita. Bagaimana pendapatmu X ? "


Balasan emelku padanya itu menggambarkan apa yang berada dalam fikiranku sekarang. Betapa aku ini termasuk dalam golongan yang seakan tidak sedar akan bulan2 kebesaran Islam. Bukannya tidak tahu Bulan Zulhijjah ini banyak fadhilat di dalamnya. Ataukah aku terlupa atau sengaja tidak mahu ambil tahu ?

Mencari suasana atau mencipta suasana...?

p/s : Aku sangat berharap agar dapat membaca hasil tulisan kau ( yang sedang membaca entriku ini ) berkenaan korban.

klik di sini untuk mengetahui amalan2 semasa di bulan Zulhijjah. Syukran Jazilan untuk temanku ini, Syafiqah Santun.


No comments:

Post a Comment