" Yabai ! Kat mana aku letak kunci ni. ? "
Aku bermonolog sendirian dalam hati. Bertungkus lumus aku mencari dimana aku letakkan kunci rumahku. Aku selongkar sehabis-habisnya beg sekolahku, menyeluk di dalam poket seluarku. Bukan sekali dua, malah berulang2 kali aku cuba mencari. Garis kerisauan mula terserlah pada dahiku. Sebentar lagi aku dan teman2 ku akan bertolak pulang ke rumah dari kediaman seniorku. Alangkah malangnya nasibku jika tidak ku temui kunci rumahku. Jika kunci rumahku tidak ku temui, bererti aku juga bakal berjalan kaki pulang kerumah kerana kunci basikalku juga ku sertakan bersama kunci rumah. Kini, kedua2nya hilang. Atau lebih tepat lagi aku lupa dimana aku letakkan kunci rumah dan kunci basikalku!
STRATERGI
" Takpe Fizah, jangan risau. Nanti kalau tak jumpa jugak kunci tu, malam ni ko tido rumah kitorang. Besok kalau nak pergi kelas, guna je basikal aku. Kan besok aku takde kelas. Em, tapi sebelum tu baik ko ambik futon kat rumah senpai. Takut malam ni ko kesejukan pulak kat rumah aku. Sebab futon ada satu je..."
Temanku, Nas mula merangka strategi buatku yang ketika itu buntu.
" Ok Fizah. Malam ni tidur rumah Dena pun boleh. Dena pasang danbou ( pemanas ) lagi. Esok, Fizah pergi jumpa fudousan. Minta kunci spare. "
Temanku, Dena pun menyatakan kesediaannya menolongku . MasyaAllah, Kau beriku teman sebaik ini buatku. Tiada ucapan lain selain Alhamdulillah buatmu untuk anugerah teman sebaik ini.
JUMPA
Terima kasih ku ucapkan buat seniorku yang sanggup melapangkan masa dan berkorban tenaga untuk menghantarku dan teman2 pulang ke rumah. Doaku tidak putus sepanjang jalan moga Allah beri petunjuk disebalik kehilangan ini. Mungkin ini kaffarah buatku yang kurang yakin dan kurang sandaranku padaNya.
" Tawakkal Fizah, tawakkal. Tenang2 sahaja. Bawak2 istighfar dan selawat.InsyaAllah Allah akan tunjukkan.."
Aku memujuk hatiku yang gusar. Jantungku yang sebelum itu berdegup kencang menjadi tenang. Serahkan sahaja padaNya.
Di pertengahan jalan, kira-kira 15 minit lagi untuk sampai ke kediaman,
" Adeb, nanti sebelum sampai rumah, minta tolong singgah kat Yabara Eki ye? Nak tengoklah mana tahu kunci tu tertinggal kat basikal ke.."
Tiba2 perkara itu terlintas dalam fikiranku. Langsung aku nyatakan pada seniorku, Adeb.
" Ok. ..."
Balasnya tanpa terusik pun tumpuannya yang ketika itu sedang memandu.
Maka apabila kami sampai di Yabara Eki, aku pun keluar sebentar ke parkir basikal untuk melihat sama ada basikal dan kunciku masih disana ataupun sudah tiada.
Ketika aku melihat basikalku masih terletak kemas di parkir dan kuncinya masih ada di tempatnya, aku hanya mampu tergamam dan tiada mampu berkata apa. Ku palingkan wajahku ke arah temanku, Dena.
" Dena, jumpa. Alhamdulillah...! "
Kataku dengan muka ceria dan penuh kegembiraan. Ku panjatkan syukur padamu Allah atas kejadian ini.
Walaupun hanya kerana kunci, bisa membuatkan aku tidak keruan seketika. Jika pada masa itu aku lupa atau tidak bergantung pada Allah, dan aku hanya yakin yang pencarianku sehabis daya menyelongkar beg berkali-kali, mencari di segenap penjuru rumah sahajalah yang akan membuatkan aku berjaya menemui kunciku itu, nampaknya aku adalah penipu dan aku tertipu sendiri. Sedangkan semua perkara termasuk gugurnya sehelai daun dari pepohon, mahupun perlanggaran butir2 pasir dalam lautan, semuanya dalam pengetahuanNya dan perancanganNya. Kita tidak punya apa. Jika kita fikirkan dengan usaha dan perancangan kita sahaja yang mampu membawa kita pada kejayaan, nampaknya kita sedang diperbodohkan.
Kebetulan esok aku akan menghadapi peperiksaan. Jika fikirkan logik, aku tidak mampu untuk menyediakan hujung mingguku sepenuhnya untuk peperiksaanku itu. Ada tugas dan tanggungjawab lain yang perlu aku penuhi. Dan hidupku bukan hanya terhenti di sebabkan adanya peperiksaan. Aku bencikan perasaan itu.
Ya Allah, aku serahkan padamu segalanya sesudahku berusaha sebaiknya. Maafkanlah, ampunkanlah, kasihanilah dan terimalah amalanku. Bantulah hambamu ini yang tiada mampu.
Terima kasih ya Allah untuk kuliyah hidupku hari ini.
No comments:
Post a Comment