Umurku sudah 20 tahun.
Sejak bertambah umurku ini, makin banyak pula perkara2 yang terlintas dalam benak fikiran. Tentang itu, tentang ini. Mengapa itu, mengapa ini.
Jalan yang mana akan aku pilih selepas tamat belajar nanti, sama ada ingin menjadi seorang jurutera? Guru? Surirumah?
Fuh...
Tidak ketinggalan persoalan walimah ( baca : rumah tangga ). Bukan hanya persoalan bila aku akan walimah, bukan hanya persoalan dengan siapa akan aku walimah. Tapi aku fikirkan jalan menuju walimah.
Aku pernah mendengar suara2 yang mengatakan kena bercinta ( baca : couple ) sebelum kahwin.
Suara lain pula mengatakan, cinta selepas kahwin itu yang perlu.
Lain padang, lain belalangnya. Lain orang, lain pandangannya. Ada orang gunakan logik untuk soal nikah kahwin ni. Ada orang gunakan alasan agama untuk ini.
Erm, aku? Untuk setakat ini, tidak berminat mahu berbalah. Ini tak betul. Itu tak boleh. Tapi yang pasti, aku tidak akan menyokong sekiranya jalan menuju walimah itu jalan ma'siat. Cuma aku mahu kongsikan sesuatu bersama kau.
Kau mahu?
JANGAN KALAH DENGAN KE'SABISHI'AN
Suatu hari, aku duduk2 mengambil angin di luar bersama dengan teman2. Alhamdulillah, di kalangan kami ini ada seorang yang sudah berwalimah ( baca : berumah tangga ). Umurnya pun tua beberapa tahun denganku. Sambil kami berbual2, berkongsi cerita dan pengalaman, tiba2 terdetik dalam hatiku untuk bertanyakan persoalan jalan menuju walimah ini padanya. Fuh, berpuluh kali juga aku menimbang tara. Takut2 dikatakan "umur setahun jagung sudah gatal ingin berpacaran."
Dengan muka merah tersipu-sipu malu, aku turutkan juga kehendak hati,
" Kak, bagi akak la kan, apa pendapat akak tentang couple ni..? "
Seusai aku melemparkan pertanyaanku, serentak teman2ku menuju pandangan mereka padaku. Aduh! Malunya. Masing2 memberi senyuman padaku. Aku tahu itu senyum menyindir. Biarkan.. biarkan. Aku terus tunggu penjelasan kakak.
" Akak tak nak cakap couple ni betul atau salah. Tapi akak cuma bagi pandangan. Fizah nilai sendiri ye? "
" Ok kak... cepatlah kak.. Fizah nak tahu.."
Aku mendesak. Tidak sabar rasanya mendengar butir bicara dari mulut kakak.
" Fizah fikir, kenapa agaknya wujud couple ni..? "
" Erm, ada orang kata.. couple tu haram. Ada orang kata, couple ni perlu sebab nak kenal antara satu sama lain.. kalau akak tanya pendapat Fizah, Fizah tak tahu nak cakap apa.."
Kakak tersenyum kecil mendengar jawapanku. Manis senyuman kakak. Redup wajahnya menenangkan jiwa.
" Fizah, biasanya kalau orang bercouple ni, dorang dakwa dorang couple atas sebab perasaan apa..? "
Aduh! Kakak ingin mengujiku lagi. Bukan senang untuk kakak menyuap aku bulat2.
" Cinta lah kot.."
" Betul ke itu cinta? Ke itu satu kekalahan? "
Ada2 saja kakakku ini. Kalah ? Bila masanya pergi bertanding? Siapa pula yang menang?
" Orang bercinta, bercouple... mmm.. macam2 ' ber ' lagilah sebab kalah. Kalah dengan ke'sabishi'an ( kesunyian )..Sudahlah diri jauh dengan ayah bonda, teman2 bergelak-ketawa pula jauh dari mata. Yang ada hanyalah teman sekadar teman kenalan. Rapatnya pun cuma setakat mana. Sedangkan diri perlukan bantuan, tunjuk ajar, perlu tempat bergantung harap dari seorang insan. Kalau dulu ada teman2 rapat di sisi, kini tiada lagi...."
Aku membandingkan dengan keadaanku di sini. Betul. Memang mak dan abah jauh di tanah air. Teman2 rapatku pula jauh dariku. Yang ada inilah tempatku bergantung, memohon bantuan jika aku dalam kesusahan.
" Dalam ke'sabishi'an ( kesunyian ) inilah kita mencari2 teman. Lagi2 bila yang datang menerpa menghulurkan bantuan itu dari pihak bukan sekaum kita, adam. Berbunga harapan, semerbak perasaan. Tika itu kita keliru..."
Aku mendengar dengan khusyuk. Kakak menyambung ...
" Tika itu kita keliru dengan perasaan yang menguasai diri. Kita namakannya dengan CINTA. Tapi ketahuilah itu bukan cinta. Itu sabishi. Maka mereka yang terlibat dengan ini kalah dalam menghadapi ke'sabishi'an ( kesunyian ). "
Berkerut seribu dahiku. Kakak mengerti aku mahukan lebih penjelasan.
" Akak pernah tonton satu bangumi ( rancangan televisyen ), ada satu kajian di buat antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Jika kedua2 nya berada di atas tergantung pada satu tali, ( ibaratkan seperti sebuah tali yang merentangi dua gunung ) , kedua-duanya akan mendapati jantung berdegup kencang dan gementar. Tapi mereka keliru sama ada kerna takut berada di tali itu atau gementar terhadap pasangan yang satu lagi tu. Dan kajian membuktikan, peratus untuk mereka berdua saling jatuh cinta ketika itu tinggi..! "
Sebegitu mudah cinta terbina?
" Kak, mudah dan murahnya cinta kalo cenggitu.."
Aku mahukan penjelasan. Takkan semudah itu cinta diperoleh. Takkan cinta dalam perkahwinan punya definisi yang sama?
Aku terdiam seketika. Mindaku memproses dan cuba mengaitkan dengan apa yang pernah ku dengar, yang pernah ku lihat.
Aku rasa sebak memikirkan cinta yang murah sebegitu. Hanya kerana kalah dengan kesunyian, kita terperangkap dan keliru dengan perasaan sendiri.
Kalau dari apa yang aku lihat selama ini, selalunya pasangan couple ini akan menungkapkan rasa cinta, rasa sayang bagai memateri janji sehidup semati!
Hari ini sayang, cinta... Esok? Lusa? Kalau si dia ungkapkan kata cinta, sayang pada kita, adakah secara ekslusifnya kita menerima kata2 itu? Entah betapa ramai kita atau dia pernah mengungkapkan perasaan yang sama seperti kita ucapkan padanya sekarang. Dulu berkasihan dengan A. Lepas puas, lepas! Lepas dapat, jemu, tinggal! Hari ini, kata2 cinta untuk orang yang lain pula!
Biasanya manusia akan menonjolkan dirinya yang terbaik di hadapan orang yang di kasihi. Keburukannya dilindungi. Malu! Takut di ketahui. Betulkah perlunya couple itu atas alasan untuk saling mengenali sedangkan wajah yang dipamerkan tika itu bukannya realitinya yang sebenar! Yang namanya dosa, yang buruk2 semuanya nampak indah tika itu.
Bila dah jemu?
Memang itu realiti . Hilang rasa malu bagaikan tiada ingat Dia Maha Melihat. Pesanan dari wahyu seperti ...jangan dekati zina... bagai sudah lali dengan telinga. Pandai pula ingin bangkitkan alasan baru. Hadith dari nabi yang mengatakan bila duduknya lelaki dan perempuan yang bukan mahram, ditengahnya ada pihak yang ketiga yakni syaitan... pun tidak di terima. Ada sahaja alasan untuk menghalalkan perbuatan. " Kami duduk berdua, tapi di tengah ramai..".
MasyaAllah.
Hanya Allah Yang Maha Tahu apa yang terdetik dalam hati, apa niat yang sebenarnya.
Bila bercinta, berkasihan.. lautan api sanggup ku renangi. Fuh, berkata bagai mampu nanti untuk merenangi lautan neraka.
" Perempuan2 yang keji untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji untuk perempuan2 yang keji, sedangkan perempuan2 yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan2 yang baik. Mereka itu bersih dari apa yang dituduh orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga ) " [ surah annur 24:26 ]
Aku bahagia melihat kakak bercerita. Bersungguh2 . Barangkali kakak sendiri merasai ni'mat cinta dalam perkahwinan.
Pernah suatu ketika aku yang ketika itu masih mentah dan cetek pengalaman ditanyakan bermacam2 tentang hal ini. Bila aku berikan hujahku, ada sahaja alasan untuk menolak. Ah! Manusia ini macam2 kerenah jika ingin menghalalkan perbuatan sendiri. Makin di larang semakin galak menentang.
Hubungan yang halal untuk lelaki dan wanita hanyalah pernikahan.MasyaAllah, begitu sekali Allah memuliakan insan. Bukan senang2 wanita itu ingin dimiliki, dan aku kira mereka yang ikut jalan yang digariskan Allah ini bukan calang2 orang. Berbahagialah untuk mereka yang sabar untuk kebahagiaan yang kekal abadi.
Sebelum menghabiskan bicara, kakak berpesan...
" Cinta atau mahabbah selepas kahwin itu bukan mahabbah yang biasa, Fizah.. Cinta yang di ikat dengan ikatan perkahwin itu adalah mawaddah dan rahmah.."
Mawaddah dan rahmah. Aduh.. mendengarnya sahaja bagai menjemput sejumlah ketenangan menyusup ke hati.
" dan di antara tanda2 (kebesaran) Nya ialah Dia menciptakan pasangan2 untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antara kamu rasa kasih sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar2 terdapat tanda2 ( kebesaran Allah ) bagi mereka yang berfikir..." [ surah ar-rum :21 ]
Sabar ya wahai diri... Moga kau tidak kalah dengan ke'sabishi'an.
assalamualakum ....
ReplyDeletesabishi ... couple ..
sering aku ingin tanyakan ...tp nk tanya siapa ..
kau dah menolong aku bertanyakan soalan itu ..
syukran ...
apapun jangan takut mencuba fiza ..
asalkan nawaitu kite tidak terpesong ..
nak klua topic sket < kesabishian >
ini la dia campuran melayu n jepun ... klu cmpor jawe ...x tau la jadi apa ..
semoga bertemu the best man ...
Pd pendapat aku...
ReplyDeleteTk salah kita 'kalah' dengan kesabishian.
Mmg lumrah hati manusia tak ingin kesunyian.
Apa salahnya kalau kita mengubati kesunyian dengan bercouple? Asalkan tak buat apa yg menyimpang sudah.
Ada seorang kawan pernah ckp kat aku
cinta b4 kawin dan cinta lepas kawin adalah satu cinta yg sama, saja cuma 'amplitud' cinta lepas kawin berkali-kali ganda tinggi.
hm..msih thnk tanker ag..
ReplyDeleteif mg e2 jodohnya..berdo'ala..
satu je pesan jiah..
mg manusia x ingin kesunyian..
Allahuakbar..manusia ni spt kite..msih x kuat cntanya pada Allah..
cm sape fizah??RABIA'ATUL 'ADAWIYYAH..
sungguh besar cntanya pada sang RABBUNA..shnga RAMAI LAKI nk kan die..tp ttp teguh CNTNYA..
if kita ada wujud rasa CINTA tuh..serahkan je pd ALLAH..x usahla kita luah pd selain dr NYA.hanya mengisi kekosongan 2..
bukankah meluahkan pd ALLAH..jln terbek agar dpt REDHA NYA..dlm hub kite sesama manuisa..'amalan..dll..
HANYA ALLAH tmpt kite MOHON REDHA..fizah chan..
da besar da fizah ni..
Xubah2 cm dlu..suka pk2..
hee..bila nk balik..??
blajar rajin2 taw..
do'akan JIAH..........
ganbarimasyou... izyan pon kesashibian juge waktu awal2 dtg jepun. hitori gurashi pon mengundang kesashibian..huhu. ganbarimas. (^_^) may Allah protect us all
ReplyDeleteTk reti nk delete komen aku b4 nih. Aku tarik balik apa aku tulis kat atas.
ReplyDeletetakpe2 aku alu2kan untuk siapa2 yang ingin berkongsi pendapat...
ReplyDeleteInsyaAllah aku terbuka.. =p
tapi aku dh tukar pendapat. aku setuju dengan kakak X itu.
ReplyDelete^_^ xtau nk komen pe~~
ReplyDeletetp besenyer... surah an-nur ayat 26 ( kalau nk tau kene check sendrik) ^_^
to SHAH EZWAN:
ReplyDeleteaku rasa perkara2 macam ni seringkali jadi pertanyaan dalam diri. Tapi aku tidak mahu jadikan post ini sebagai dalil@jawapan yang mutlak untuk semua persoalan yang berkaitan berpacaran sebelum berkahwin. Kembalilah kepada Al-Quran dan sunnah
p/s: Aku agak keliru dengan perkataan "mencuba" tu... terangkan sikit...? hehe
to BERUANG BUNCIT:
ReplyDeleteAku mintak maaf sangat2. Sebab apa yang nak aku sampaikan sebelum dan selepas aku edit post ni agak berbeza. Yang sebelum tu mungkin lebih menunjukkan perbandingan cinta sebelum dan selepas kahwin tanpa aku kemukakan pendapat2 yang lain.
p/s: pada pendapat aku beruang buncit, perasaan cinta yang wujud sebelum sebelum kahwin tu tak salah. TAPI cara kita menyalurkan cinta tu. Sama ada kita pilih jalan yang MURAH @ BERMARUAH
to SITI NAJIAH MUSLIM,
ReplyDeletePernah aku terdengar.. samaada ini hadith @ kata2 'alim ulama'. Jika kita sukakan seseorang, tapi kita pendamkan dan adukan pada jalan Allah serta jaga nafsu dan perasaan kita, insyaAllah besar ganjarannya.
Waa.. terharu Jiah stil ingat aku guna " THINK TANKER " ni. Tak tau la JIAH, rasa serasi guna nama ni. Kalau tak dulu nama blog aku lain tau JIAH.
to TUN IZYAN DALILA:
ReplyDeleteInsyaAllah, jangan risau IZYAN, selagi Ta'liful Qalbu mengikat hati2 kita, kita tak sendirian. Allah ada.. akhawwat2 kesayangan kita pun insyaAllah sentiasa di samping kita.
p/s: Kagum dengan u yang boleh survive hidup2 sorang2 kat sana.. Ganbattene.. !!!
to JAHAGIFU:
ReplyDeleteteringin nak dengar pendapat Ustaz Azhar
( JAHAGIFU )dalam bab2 ni.Hehe..
Syukran Jazilan & Barakallah untuk dalil ni... InsyaAllah aku edit masuk dalam post.
CTJ, tak perlu minta maaf. aku tak perasan pun yg ko edit post ni. 1st comment aku buat berdasarkan pemikiran sendiri sebelum shirabe.
ReplyDeleteTp lepas tu aku shirabe. Itu yg buat aku berubah fikiran.
Post2 kau slalu buat aku ingin shirabe. Buat aku berfikir.
Keep it up!
mencube dlm bercouple ..
ReplyDeleteorg mude mcm kite kn suke mencube (mude ke)
klu kita x cube kite x tau baik buruk nya ..
kita x bole ikut berdasarkan penglmn org ...
lain org lain resam pengalamannya ..
so x salah cube ..anggp couple teman tp mesra ..
jgn jadi sampai mesra tp 'nk rasa'(pikir sndiri)
so kita berusaha dan serahkan pd ALLAH ..
usaha ni mcm bersosial ke ..jgn smpai iklankan kt paper @ online ke yek ...then kite tawakal
bcos hanya Dia yg tahu da best 4 us ..
(just my personally opinion)...
MAY ALLAH BLESS US ....