Pages

Takutnya dengan makcik tu~

Tamatnya hari ini menandakan tepat dua minggu aku berada di kampung halaman. Dua minggu inilah terisi bermacam acara di dalamnya. Ada yang aku rancang. Ada yang kebetulan.
Sudah pastilah kali pertama aku pulang selepas setahun di perantauan menjadikan aku bagai kambing masuk bandar.

Benar telaanku, Malaysia banyak berubah!

Ah, atau adakah cara aku memandang sudah berbeza?

Kali pertama menjejakkan kaki selepas setahun di Jepun, rasa hairan dan ta’ajub memenuhi segenap ruang rasa. Di KLIA, aku berasa terlalu hairan. Ramainya wanita bertudung. Berjalan merata ke sana ke mari. Lebih menghairankan semuanya berbahasa Melayu. Ketika itu tahulah aku yang aku seakan tidak sedar aku sudah di Malaysia. Tersenyum aku bila mengenangnya.

Selepas 3 hari aku pulang, aku membuat keputusan untuk menjelajah Bandar Klang. Segalanya ‘natsukashi’. Di bandar inilah tempat aku menghabiskan masa ‘window shopping’ selepas waktu sekolah mahupun setelah tamat kelas tuisyen. Bandar yang suatu ketika dahulu hanya diduduki oleh sebilangan kecil pendatang asing, kini ternyata berbeza. Mengunjungi Bandar Klang seperti berada di Jakarta! Tanpa aku sedar, terbentuk garis kerut di dahi, rasa tidak puas hati bila bumi sendiri di takluki orang asing.

Kunjunganku ke Klang inilah titik permulaan aku memandang, merenung, atau yang lebih tepat membanding.

Aku berjalan kaki meninggalkan Kedai Kain Nagoya setelah membeli sepasang kain meter di sana. Melihat kiri dan kanan. Ketika itu jam 10.00 pagi. Masih banyak kedai yang belum di buka. Aku terus menuju ke The Store ( aku lebih suka memanggil the store walaupun nama kompleksnya adalah Shaw Centerpoint ). Tidaklah aku berhajat membeli sesuatu. Sekadar ingin melihat jika ada perubahan, dan membuat sedikit ‘survey’ harga . Aku berjalan-jalan sehingga aku tiba ke suatu ruangan pakaian. Aku rasa tertarik dengan fesyen yang ada. Kebetulan aku juga sedang mencari pakaian tersebut. Cuma aku kurang senang tatkala membelek-belek pakaian. Terasa tingkah lakuku di perhati. Seorang jurujual wanita yang menjaga tempat tersebut datang. Terus bertanya adakah aku mahu mencuba pakaian itu. Selepas mengambil beberapa saiz dan jenis yang berbeza, ternyata aku kurang selesa dengan saiznya.

“ Moi, saiz lain takde ke? Yang besar sikit..”

“ Saiz lain takde lah. Ini je saiz yang ada…”

Balasnya. Lantas ku buat keputusan untuk tidak membeli pakaian itu.

“ Moi, saya tak jadilah nak beli. Terima kasih ye”

Aku serahkan semula pakaian yang telah ku cuba padanya. Ternyata mukanya berubah kepada marah. Aku terus langkah seribu tanpa bepaling ke belakang. Serius untuk aku katakana, perasaan aku berdebar2 dan rasa takut selepas itu. Aku maafkan kerana dia bukan muslim. Berwajah ceria mungkin tiada dalam ajarannya. Biarkan…

Sejurus kembali ke rumah aku adukan kepada emak dan abah tentang ‘pengalaman ngeriku’ tadi. Emak hanya tersenyum. Abah malas melayan. Jujur aku menangis ketika itu. Rasa takut menghadap seorang jurujual yang bermuka masam, berwajah garang jika membuat keputusan untuk tidak membeli sesuatu barangan!

Selang beberapa hari aku mengunjungi Jalan Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman termasuklah Sogo . Tepat seperti yang ku jangkakan, terdapat jualan murah di Sogo. Sama seperti keadaan sebelum aku terbang ke Jepun setahun lalu, di sinilah tempat aku membeli keperluan2 ke Jepun. Saat itu jugalah terdapat jualan murah, sama seperti sekarang. Aku berhajat untuk mendapatkan sepasang jeans di situ. Puas membelek dan mencuba, akhirnya bertemu jeans yang aku hajatkan. Sekali lagi kejadian yang sama seperti di Klang berlaku di situ. Jeans dan sepasang sweater aku serahkan kepada jurujual betugas untuk mendapatkan resit sebelum ke kaunter. Servis menghampakan tanpa layanan memuaskan. Adikku yang ketika itu bersama menemaniku terkejut dengan apa yang berlaku.

“Kak, Nurul peliklah. Kenapelah dorang ni semua masam2 muka. Dahlah garang. Kalaupun betul ada masalah, gaduh laki bini ke, janganlah tunjuk kat kita…!”

Adikku merungut. Aku hanya diam tanpa bicara. Nampaknya adik aku yang tetap dan tidak pernah meninggalkan Malysia pun rasa janggal dan kurang selesa. Sepanjang masa kami berlegar2 di dalam Sogo dan Jalan Tunku Abdul Rahman, sepanjang itulah aku ceritakan pengalaman dan cara hidup di perantauan. Bagaimana kita ini bagai ‘puteri raja’jika menjadi pelanggan sesuatu kedai. Pernah juga beberapa kali aku masuk ke kedai2 jenama mewah dan terkenal ketika di Jepun. Tidak pernah bimbang di pandang serong. Kerna layanan yang di berikan sama dan memuaskan. Adikku memberi respons cemburu dengan kehidupanku di sana. Bagaikan suatu mimpi untuk di layan semulia itu jika di sini.

Suatu hari aku berbual2 dengan salah seorang seniorku yang masih di Jepun. Asalnya aku menegeurnya melalui YM untuk bertanyakan sesuatu perkara padanya.

“ Camne keadaan kat Malaysia. Best bercuti?”

Pertanyaan khabar lazim seperti seniorku yang lain sebelum ini.

“ Alhamdulillah. Best2.. Tapi kesian kat family”

Aku memberikan respon yang mengundang tanda tanya.

“ Eh, kenapa pulak?”

“ Yela, mana taknye asyik tanya kat mak ngan abah kenapa Malaysia macam ni, kenapa Jepun tak macam ni”

Aku meneka pasti seniorku ini sedang ketawa tak kering gusi.

“ Biasalah tu. Lagi2 setahun tak balik. Mesti banyak benda yang yang terkejut. Tapi nak di bandingkan empat tahun yang dulu, Malaysia sekarang ni jauh lebih baik”

“ Ye ke”

Rasa lega bila mendengar jawapan dari seniorku itu. Bagai terubat luka yang pernah di calarkan oleh laku ‘jurujual garang’ sebelum ini.

“Tapi di akui lah, servis kat Malaysia ni teruk. Indonesia pun lebih baik dari kita..”

“ Aku sangat peliklah. Orang muslim ni tahu pasal akhlak, orang kafir ni hanya apply servis best ni sebab dorang hanya sedar pasal manners jek. Malu lah aku rasa”

Terluah juga rasa tidak puas hati yang sebenarnya.

“Tulah kan, betul tu. Tu la tugas kita sebenarnya. Membanding kehidupan di perantauan, pulang untuk mengaplikasikan nilai yang baik di sini…”.

Seniorku menyimpulkan apa yang berserabut dalam fikiranku.

“ Kalau engkau rajin balik sepanjang 4 tahun ni, cuba ko buat perbandingan dan perhatikan perubahan.”

Seniorku mencadangkan. Bagai menambah nilai dalam percutianku. Cuti bukan sekadar cuti. Tapi memandang segalanya sebagai tarbiyyah. Khilafku juga bila asyik merungut dan membeza. Urm, moga percutianku ada tambahan nilai~ (T_T)~



1 comment:

  1. heh..perkara mcm ni la yg sbnrnye da lame berlaku kt msia ni...msian slalu bercakap psl quality,tp quality yg dorg mksudkn tu hanye limited utk brgn shj...lsg tak terfikir psl servis...padahal itulah yg akn memberikan 1st impression yg baik utk customer...kalolah brgn kt satu kdai tu murah n kurg berkualiti skalipun,tp kalo lynn baik,org akn ingt kdai tu dan akn critakn pd shbt yg len...itula namenye bisnes thru Word of Mouth(WOM)...care publisiti yg plg mudah skali...aiii

    ReplyDelete