Pages

doktrin robot

" Perlu ke tak tulis benda ni ye ?"

Aku masih belum mampu memutuskan. Jari jemariku ligat memutarkan pensel picit. Sedang kepalaku berserabut.

Perlu atau tidak untuk aku tuliskan apa yang sedang bermain di fikiran . Laporan subjek Pengenalan kepada Bio-Robotik perlu aku selesaikan minggu ini. Soalan pertama ini menganggu aku sejak tadi. Adakah mereka faham apa yang aku rasai?

 ”ロボット開発するのは良くないことではないが、ところが、ロボットがあれば人間は幸せに慣れるのか? かつてロボットの開発した理由は人間の仕事を手伝ってもらえると言われた。しかし、現在技術が進歩していて、先見たビデオによるとロボットは人間の生活を楽にするではなくパチンコやゲームに注目して多く広がっている。それで、将来人間はどうなるのか?。。”

" Bagi saya, membangunkan teknologi robotik bukanlah suatu perkara yang kurang baik. Tetapi adakah dengan kehadiran robot ini, manusia bisa hidup lebih bahagia? Dahulu robot di bangunkan bertujuan untuk membantu kerja2 seharian manusia. Sebaliknya, seperti yang tertera dalm video yang kita lihat sebentar tadi, dengan kemajuan yang makin pesat membangun teknologi robot di Jepun ini saya kira sudah tersasar dari tujuan asal. Masakan tidak, pembangunan robot kini di tumpukan pada hiburan. Jika pembangunan robot pada hiburan di beri penumpuan yang besar, jadi di masa hadapan bagaimana hidup manusia yang bakal di corakkan ? "

Puncanya begini,

ketika Kuliah Pengenalan Bio-Robot, sensei menayangkan satu klip video berkenaan pembangunan robot di Jepun. Bagaimana ia bermula, apa cabaran yang di hadapi, dan kemajuan bidang robot di serata dunia. Tetapi bila tiba sahaja ke suatu scene ini, dipaparkan bagaimana kecanggihan robot digunakan di pusat2 hiburan ( pachinko ). Secara tidak langsung lemah longlai segenap tubuhku. Aku hanya mampu tertunduk, menahan rasa sebak yang amat.

Jika inilah yang dikehendaki manusia, menghabiskan seluruh usia mengkaji bagaimana mencipta itu dan ini supaya lebih canggih, dan pengakhirannya di salurkan ke jalan yang semakin menghanyutkan mereka dengan dunia, jadi pengakhirannya bagaimana?

Ya, kita selalu fikir kita terhibur. Kita selau fikir kita gembira dengan segala yang ada di bumi yang kita pijak ini. Dalam masa yang sama kita semakin hanyut dalm lautan kebodohan. Kedangkalan kita untuk menjejak kenapa kita disini.

..................Dan aku kadangkala semakin gusar disuntik doktrin cinta material dan cinta dunia di sini. Selagi aku punyai antibiotik iman, insyaAllah aku cuba bertahan.

p/s: hidup untuk mati.

4 comments:

  1. Rasanya bukan salah org yg mengkaji dan mencipta. Org yg menggunakan tu yg salah.

    ReplyDelete
  2. betul tu.. yang menggunakan tu sebenarnya yang patut fikir baik buruk perkara.

    tapi yang utama, si pencipta aku rasa. kerana segalanya bermula dari mereka

    ReplyDelete
  3. soudane..org yg mencipta tu pun kenala tau apa gunanya robot yang bakal dicipta tu..kalaulah si pencipta robot itu kenal MANUSIA..dia takkn cipta robot utk merosakkan manusia sendiri..so perkara pokok adalah..si pencipta robot kenalah orang yg kenal MANUSIA itu siapa..

    pendapat saja

    kakak yg jauh~

    ReplyDelete
  4. terima kasih kak...

    mungkin sebab rasa sedih yang amat fza tulis sebegini. nadanya berbaur menyalahkan si pencipta robot ni. tak tergambar rasanya bila robot yang dicipta makin jauhkan manusia dari kenal tuhan. buat manusia rasa bahagia je bila kat dunia ni. lagi sedih bila sensei cerita, jepun ambil masa sehingga 10 tahun nak cipta robot yang punyai mekanisme pergerakan seperti manusia biasa. banyak masa di habiskan untuk mengkaji itu dan ini. tapi pengakhirannya tak dapat kembalikan manusia untuk kenal siapa pencipta, untuk apa manusia ni ada kat bumi.

    bagi fza itu pengakhiran yang sangat2 menyedihkan...

    ReplyDelete