Pages

pembelian yang dimaafkan?

" Katchatta ! "

Aku memekik sendiri dalam hati. Usai kenyang menjamu udon, Along mengajakku untuk singgah ke kedai buku Miyawaki di sebelah. Aku cuma mengangguk setuju. Tiada niat langsung mahu membeli walau senaskhah buku pun.

Sebaik sahaja menjengah masuk ke dalam kedai, aku terus menuju ke rak yang menempatan buku2 berbahasa Inggeris. Aku yang masih belum punya niat membeli, sekadar membelek2.

Satu2 buku aku tatap. Sambil menunggu Along dan Has memilih dan buku2, aku ralit memerhati satu2 buku disitu.

" Janganlah jumpa buku yang aku nak. Janganlah jumpa..janganlah jumpa.."

Aku bagai berdoa kuat dalam hati. Mana tidaknya, aku sedang berhadapan dengan titik kelemahanku. Buku2 berdaya kuat menarik perhatianku. Sehinggalah pandanganku tiba pada satu buku.

" Surely, ..."

Setakat itu tajuk yang dapat aku lihat. Selebihnya terlindunga dengan kertas yang membaluti hampir separuh buku tersebut. Aku yang masih berniat tidak mahu membeli, mengambil buku tersebut untuk ku pastikan tajuknya.

" Surely, you're joking Mr. Feynmen. Yabai!!!! (teruk!!!!) "

Buku ini yang ku cari ketika pulang ke Malaysia lebih sebulan lalu. Hampir segenap kedai buku MPH aku geledah, buku itu tiada dalam stok. Dan kini, buku yang aku idam ada depan mata! Gembira? Keliru? Ah, Allah sahaja yang Maha Tahu. Harganya pun boleh tahan. Bisa menambah tipis poketku.

" Adakah ini pembelian yang di maafkan ?"

Bertalu2 hatiku diketuk pertanyaan yang sama. Sehingga aku serahkan notku di kaunter baru hatiku lega. Tapi aku ini nampaknya bagai menambah koleksi buku yang belum dibaca di pustaka rumahku.

Suka membeli, sukar untuk membaca. Oh, apakah ini satu dosa? Atau satu penyakit?

Jika sakit, penawarnya?

p/s: aku sangat hargai jika ada sesiapa yang berkongsi petua dan cara bagaimana mahu menghadam buku bercorak fikrah dan da'wah. Aku sukar sekali untuk membenihkan minat membaca buku2 ini.

5 comments:

  1. salam saudari
    saya sendiri mempunyai masalah dalam menghabiskan buku yg dibeli
    walaupun minat membeli itu sgt tinggi
    dlu masa di aussie, pernah ada lelong buku untuk charity
    murah giler ...satu kotak besar --> 10 aus$
    i.e. saya beli sampai 56 buah buku
    dan setelah 2 tahun berlalu...5 buah buku sahaja berjaya dibaca..hehehe lagi sedey
    tgh berfikir utk menghabiskan masa cuti summer ni sbb semua buku tu kat malaysia huhu

    maaf x ade petua cuma berkongsi pengalaman...
    kat dublin ni pun dah beli buku lebih daripada 10 buah tp dah berjaya baca 3-4 buah jer

    ReplyDelete
  2. ish2..ini da dikire mengikut nafsu...jgn jadikan sbb minat membace utk membenarkan sesuatu yg x baik...

    beli buku tp x bace...sdihla buku2 tu...

    Alhamdulillah, cucu sanggup berkongc kisah ni pun rasenye sbb cucu sdar ksilapan nih...

    btw, buku yg cucu critakan dlm ni ana dah bace...xrugi membelinya...ade ksempatan cubelah bace...

    ReplyDelete
  3. to anonymous, rasenye buku yg disebut di atas tu mmg buku yg penuh info..xde slh rasenye beli buku2 yg byk ilmu walaupon bkn ilmu akhirat, kerana hakikatnya, ilmu dan ilham tu sumer dtg dr Allah..

    bg akak, x salah beli byk2..sbb insyaAllah kita ade our whole life utk baca..maybe nnt hima ke, tua2 ke, xde mende nak wat, hah, time tu la masanya baca. belajar biar smpi ke liang lahad. kan?

    drpd beli mende yg lg x senonoh, baik beli buku kan..at least ada manfaat. to me, it's ok to be greedy when it comes to books. tp yg berilmu la kan..cuma kene berpada-pada la..jgn smpi xde duit smpi xleh idup lak..hehe

    p/s: sori, pjg sgt komen..

    ReplyDelete
  4. Buku fikrah dan dakwah ye.

    Start dengan buku-buku mudah dan biasa dengan topik-topik yang paling disukai fiza untuk menambahkan minat membaca.

    Sebenarnya dari sudut mana kita menilai dan memandang akan membawa kita kepada apa yang kita mahu. Buat permulaan, jika bermasalah untuk menghadam buku-buku fikrah dan dakwah yang serius, bentuk dulu hati dan pemikiran. Baca buku-buku yang fiza suka dengan niat untuk mencerahkan fikrah dan menghadam dakwah. Makin bertambah minat, makin mudah untuk suka membaca buku-buku yang lebih serius.

    Al-Quran di atas tangan pun, bukan semua dapat ilmunya. Bergantung dengan apa yang kita cari dan mahukan. Buku yang biasa pun, macam-macam ilmu ada, bergantung pada apa yang kita cari bila membaca. Kalau seseorang tu membaca sekadar untuk mengisi masa lapang, itu je la yang dia dapat. MAsa lapang terisi. Kalau seseorang membaca untuk mendapatkan dan memahamkan sesuatu, of coz itu lah yang dia dapat. InsyaAllah.

    Kat sini pentingnya NILAI! Bila dalam kepala dan hati kita ligat tentang sesuatu, itu yang akan membentuk nilai dan menentukan cara kita melihat sesuatu. Tidak terkecuali bahan bacaan kita.

    Boleh try reflek diri, dari dulu sehingga sekarang. Try buka buku yang pernah kita baca dulu. Rasanya boleh tengok perbezaaan cara kita memandang isi kandungan buku tu, dulu dan sekarang.

    Sekadar perkongsian dari self-reflection :)

    Wallhu'alam

    ReplyDelete
  5. > KA:
    Oh, kita punya masalah yang sama rupanya. Mari kita cari penawar =)! Kat atas tu pun, ramai pembaca2 yang beri nasihat. Jom kita ladeni satu2..

    > Anonymous:
    Berat yang membaca tulisan saya, berat lagi saya yang memandang buku2 saya yang tersadai sebegitu rupa. Terima kasih ya atas nasihat... InsyaAllah saya baiki diri selepas ni.

    > Kak Zalina:
    Mungkin disumbang faktor suka tengok rak buku penuh dengan macam2 buku juga yang buat Fza suka membeli sesuka hati..Kalau beli, tak baca..membazir juga kan kak..? Huhu.. ades terkena batang hidung sendiri.

    > Kak Inda:
    Terima kasih Kak Inda, selalu beri nasihat yang best2. Betul tu ilmu Allah sangat2 lah luas. Dalam nak menguasai jiwa manusia ni, pastinya sangat2 perlu untuk isi dada dengan ilmu2 fikrah. InsyaAllah kak, Fza akan cuba perlahan2.

    ReplyDelete