Jika Kak Hanny menerima tugasan 'tag' yang diturunkan kepadanya sebagai 'homework'. Aku sebagai penyambung waris pun menurut sebagai 'homework'.
Cucutokjanggut jawab ye, Kak Hanny.
1) copy badge"2009 CUTE'S BLOGGER AWARD"untuk letakkan diblog anda.
2) Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda?
Seperti yang aku nyatakan di awal tadi, Kak Hanny yang anugerahkan award ni. Terima kasih banyak2 Kak Hanny. Jika nak ceritakan serba sedikit siapa Kak Hanny pada pandangan cucutokjanggut ni, Kak Hanny ni salah seorang super-senpai ( super-senior ) di Yamaguchi ini. Sekarang menuntut sebagai pelajar PhD di Yamaguchi Daigaku. Kak Hanny sudah mendirikan rumah tangga dengan Abang Farid, dan punyai 2 orang anak lelaki yang comel ( serasaku sudah makin kacak ). Kami ini punyai satu persamaan yang nyata. Huhu..kami ini orang jawa, tapi Kak Hanny jawa Johor. Kak Hanny ini lah tempat kami menumpang kasih ibu, mengadu jika ada galau di hati, tempat meminta pandangan juga nasihat.
Antara satu perkara yang ingin aku tonjolkan, Kak Hanny ini merupakan pendorong pertama aku untuk berblog. Masih teringat lagi tatkala Kak Hanny mengajar aku dan temanku, Nas bagaimana mahu berblog. Kebetulan, blog ini sudah jadi semacam budaya di Yamaguchi. Aku hanya menambah bilangan sahaja! Kredit untukmu Kak Hanny...
3) Setiap blogger mesti menyatakan beberapa fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
> Kenapa cucutokjanggut? Awak ni betul2 cucu Tok Janggut ke? Masakan darah cucutokjanggut mengalir dalam kapilariku. Tok Janggut orang Kelantan, aku orang jawa. Jauh panggang dari api. Cuma, nama cucutokjanggut itu aku ambil sempena....
Ah, biarkan dahulu ia menjadi rahsia.
> Aku ini peminat motosikal berkuasa tinggi. Tapi itu dahulu, sekarang pun minat lagi. Cuma ada suatu kejadian yang buat minatku tidak tercapai untuk menunggang motor besar sekarang.
Apa kejadiannya? Oh, seperti biasa..aku rahsiakan dahulu.
> Benda yang paling aku minat di Jepun ini adalah menaiki keretapi. Tidak kiralah, yang futsu densya ke, yang chikatetsu ke,.....shinkansen aku naik jika tiada pilihan lain. Jika berpeluang, cubalah aku mempelawa untuk sesiapa merasai pengalaman menaiki densya di Tokyo! InsyaAllah, saikou!!!!!!!!
> Dahulu aku sukakan warna biru, tapi sekarang warna itu bukan lagi jadi kegemaran. Tapi hitam, coklat dan warna2 tanah tetap jadi idaman.
> 111188...oh ini bukan nombor plat motor.
4) Anda perlu memilih 6 pemenang award seterusnya dan menyatakan pada mereka diblog anda...
Hurm, Kak Hanny dah langgar peraturan dengan kurangkan dua calon. Kalau cucutokjanggut nak anugerahkan kepada semua bloggers boleh?
kena tengok ada satu banggumi "sekai no mado kara" kalau tak silap. pasal pengembaraan naik keretapi di setiap negara seluruh dunia. Menarik pemandangannya terutama keretapi kat eropah...
ReplyDeletesusah nk tengok banggumi tu siang. slalu ada kelas.
ReplyDeletesape jadik mangsa seterusnya?
ReplyDeletesesiapa yang punyai masa dan kelapangan..
ReplyDeletenik, alang2 dah bertanya ni. Tak nak mencuba?
sengal punya kawan...
ReplyDeleteaku xkesah je nk try..cume..ko kena
sabo r menanti abad mana tag ni akan di postkan oleh aku..haha...