Pages

18 kippu dan moonlight

Bismillahirrahmanirrahiim,

perasaan mahu "lone ranger" menaiki keretapi dengan tiket 18 kippu semakin membuak-buak.
Teringat zaman-zaman muda di Tahun 1, berani sungguh meredah perjalanan seorang diri dari Yamaguchi ke Gifu dengan keretapi ini. Pengalaman sesat,salah naik keretapi,bateri habis, dan terpaksa menjadi "homeless" di Osaka Eki seorang diri insyaAllah tidak akan saya lupa sehingga bila-bila.

Bahkan mungkin ia merupakan salah satu kenangan manis saya untuk 4 tahun di sini.

Mahu mengulang kembali sejarah itu?

<>

Saya berharap cik rafiqah saya bersetuju untuk temankan saya naik turun ke sana ke mari dengan 18 kippu ni.

Eco tau .
Bukan ecologycal,tapi economics.
Aha! ^^

Moga-moga Allah kabulkan permintaan saya ini sebelum pulang... amiin.

p/s:
Perjalanan dari Yamaguchi - Tokyo dengan menaiki keretapi jenis ini mengambil masa lebih daripada 20 jam. Biasanya dari Yamaguchi, akan berhenti sebentar di Gifu. Dan akan sambung perjalanan dengan Moonlight train pada jam 11.00 malam, dan tiba di Tokyo pada keesokan harinya.

p/s/s:
Saya pernah mendapat hadiah ulangtahun ke 20, dengan Lego berbentuk train pemberian teman seangkatan.sungguh dia amat mengerti betapa saya ini mencintai "densya" !



2 comments:

  1. olo so cute..^^
    salam kak.. may Allah bless every steps that ur taking in your past n becoming journey ;)

    ReplyDelete
  2. baca pasal train. aku da lame tak naek. malaysia punya lah. kalau jepun laju sangat-sangat kot :)

    ReplyDelete