Pages

Besar

Bismillahirrahmanirrahiim,


Kadang-kadang kita sangat cenderung untuk terlibat dalam amal-amal besar.
Bersilat di arena yang hebat pada pandangan kelompok ramai.
Namun kita ibarat ayam berak kapur bila di gelanggang sendiri.
Dialah orang besar persatuan sana,
Mukanya terpapar dimana-mana.
Namun, hak jiran..hak teman,
Sering sahaja terlepas pandang.

Hebatnya kita bermadah bicara,
Dalam syura bersama,
Petah lidah melontar pendapat,
Memancing sorak,
Mengumpul pujian,
Ramalnya kitalah pencetus amal.

Bila ditanya,
amalmu bagaimana?
Amalku yang inilah.
Program sana, program sini.
Amalku yang seperti itulah.

Aku bukan bertanya tentang amalmu yang itu.
Tetapi aku bertanya tentang amalmu yang ini.
alQuranmu, solatmu, puasamu, zikirmu, sedekahmu.

Aku tiada kagum pada amalmu yang itu,
jika ia tak menyampaikan dirimu kepadaNya.
Kerana nanti bukan besar amal yang dipandang,,
Tapi kebersihan dan keikhlasan dari sekecil-kecil hati itu yang diambil kira.





p/s: moga keterlibatan dalam amal-amal "besar"tidak menjadi istidraj pada kita.
Astaghfirullahal a'zhiim.

No comments:

Post a Comment