Secangkir teh karamel panas yang saya biarkan saban tadi sudah semakin suam-suam kuku. Sambil menaip disini, sempat juga saya menghirupnya. Sebagai alas perut untuk pagi ini.
Menghirup udara segar pagi jumaat yang penuh barakah sungguh menyegarkan. Solawat dan salam buat Rasulullah SAW, para sahabat dan mereka yang mengikuti jalan ini dengan baik sehingga hari kiamat.
Alhamdulillah, Allah buka hikmah untuk saya kongsikan mengenai Surah Nuh ayat 26 hingga 28 yang saya perolehi dari teman-teman yang saya kasihi.
Sungguh, sebelum ini saya merasakan yang Surah Nuh ini "Super Berat Giler!" dan tak layak untuk mengikuti jejak langkah Nabi Nuh yang kita tahu idola dakwah yang merentasi jalan ini dengan penuh sabar selama 950 tahun. Allah tulis dalam al-Quran , 1000 tahun kurang 50 tahun. Sudah lah kelajuan masa pada zaman dahulu itu terasa sangat lamaaaaa. Inikan pula hampir seribu tahun.
SubhanAllah, moga Allah merahmati Nabi Nuh dan pengikutnya amiin.
Okeh, jika kita tengok ayat 26 hingga 28 ni;
وَقَالَ نُوحٌ۬ رَّبِّ لَا تَذَرۡ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ مِنَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ دَيَّارًا (٢٦) إِنَّكَ إِن تَذَرۡهُمۡ يُضِلُّواْ عِبَادَكَ وَلَا يَلِدُوٓاْ إِلَّا فَاجِرً۬ا ڪَفَّارً۬ا (٢٧) رَّبِّ ٱغۡفِرۡ لِى وَلِوَٲلِدَىَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيۡتِىَ مُؤۡمِنً۬ا وَلِلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ وَلَا تَزِدِ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا تَبَارَۢا
Dan Nabi Nuh berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi! (26) Kerana sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka (hidup), nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan yang berbuat dosa lagi kufur ingkar. (27) Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan! (28)
Seriusly, masa saya baca maksud doa Nabi Nuh ini , saya agak terkejut besar. Bagaimana mungkin seorang Nabi yang kita ketahui fitrahnya sangat sayangkan umat,sanggup mendoakan kemusnahan untuk umatnya. Tapi percayalah, Nabi Nuh itu selayaknya mendoakan sebegitu selepas 950 tahun beliau berdakwah okeh!!! Bukannya 9.5 tahun!
Yang ingin saya tekankan, bukan betapa kecewanya Nabi Nuh sehingga beliau berdoa sedemikian kepada Allah sebegitu. Namun, dengan ada hikmah besar yang tersirat disebalik doa Nabi Nuh yang mendoakan kemusnahan kaum kafir itu.
Nabi Nuh mendoakan seperti di ayat 26-28 itu setelah Nabi Nuh tahu dakwahnya sudah mencapai ke penghujung jalan untuk umatnya disitu. Sudah tidak ada peluang lain selepas ini. Yang mana selepas itu Allah akan menurunkan azab banjir besar yang menenggelamkan sebahagian besar bumi.
Ini menunjukkan kebijaksaan Nabi Nuh untuk berfikir jauh ke depan. Setelah berjuang selama 950 tahun, apalah maknanya jika di suatu masa akan datang akan wujud kembali generasi yang kafir selepas ini. Jadi,mendoakan kemusnahan orang-orang yang kafir itu adalah untuk memohon agar selepas ini tiada lagi umat yang akan mensyirikkan Allah.
Buat sebaik mungkin, all out sedaya upaya.
Dan kemudian fikirkan the worst yang akan berlaku untuk masa akan datang.
Minta pertolongan pada Allah dengan yakin. Dengan alasan yang benar untuk pastikan kalimah Allah terus tertegak. Bukan atas emosi atau kepentingan diri semata-mata.
Super genius sungguh Nabi Nuh (surely, atas ilham dari Allah ).
Untuk menjadi duplicate Nabi Nuh, mungkin agak mustahil. Malah saya sendiri down bila membandingkan saya dengan beliau. Bezanya seperti langit yang tidak berpenghujung itu dengan bumi!
Tetapi, cara berfikir dan bekerja Nabi Nuh itu sungguh mengujakan!
Kerja sungguh-sungguh, fikir jauh ke hadapan, dan tidak teragak-agak untuk meminta kepada Allah dengan alasan yang benar.
wAllahua'lam.
Saya suka minum air yang bersusu sebenarnya. |
saya pun suka minum air yang bersusu...
ReplyDeletesuka sharing ini... jzkk ^^