Bismillahirrahmanirrahiim,
Semalam saya berjalan pulang usai selesai urusan sosialisasi dengan kouhai-kouhai saya.
Pulang pada hari semakin menjengan senja, dengan langkah yang diperlahan secara sengaja.
Jalan yang saya redahi selama 3 tahun ini, membawa saya berfikir sesuatu perkara.
Tentang kebiasaan.
Dalam kehidupan seseorang manusia itu, saya kira terlalu banyak hal yang menjadi kebiasaan.
Kadang-kadang perkara yang kita suka itu pun akan menjadi tidak seronok jika ianya sudah menjadi kebiasaan.
Sama seperti habit yang buruk.
Sekali mungkin, pelik. Namun, bahasa badan kita akan menerimanya dengan hati terbuka jika sudah berulang kali dilakukan.
Atas alasan, kebiasaan.
Hati saya sedang berfilosofi.
Kebiasaan itu tidak sepatutnya ada dalam hidup manusia.
Bila sesuatu perkara yang kita lakukan itu menjadi kebiasaan, bermakna ianya akan menjadi rutin.
Bila sesuatu perkara menjadi kebiasaan, ianya akan dilakukan dengan tidak sengaja atau tanpa sedar.
Bila sesuatu perkara dilakukan secara tanpa sedar, di mana letak niatnya?
Bila tiada niat, bolehkah sesuatu itu di nobatkan sebagai ibadah?
Bila sesuatu perkara itu tidak diambil kira sebagai ibadah, jadinya apa??
Lalu si rafiqah saya yang seorang ini bertanya;
" Habis tu, nak basuh pinggan pun kena niat dulu la? Sebelum nak basuh tu kena tahu kenapa mahu basuh, pasang niat dan sebagainya..."
Mungkin kita rasa ianya sangat remeh. Tetapi saya rasa, betapa banyak masa dalam usia saya ini hanyalah dipenuhi dengan perkara kebiasaan. Cuba kita bayangkan seseorang yang ingin melakukan sesuatu itu, ambil masa beberapa saat dan berniat dan berfikir sesuatu tentang apa yang akan ataupun sedang dia lakukan. Tidak kelihatan seka-seka dan pastinya kelihatan tenang dan cool..!
Lalu timbullah dalam kepala saya, perkataan 青春のうちに (seishun no uchini)
Maksudnya, "sementara masih muda belia"
Disebabkan dalam kehidupan kita dipenuhi dengan perkara-perkara kebiasaan, hingga kita terlepas dan mungkin tidak keterlaluan untuk saya katakan yang kita sedang menzalimi diri.
Tenggelam dalam kebiasaan, hingga kita tidak memikirkan apa keistimewaan yang ada pada diri kita, potensi yang boleh digilap, dan sebagainya.
Jangan tipu jika saya katakan kita pun tidak sedar dan tidak pernah bertanya kepada diri untuk apa kita belajar selama ini?
Belajar kerana semua orang perlu belajar, dan mungkin sekadar melepaskan tanggungjawab selepas mendapat habuan biasiswa setiap bulan.
Tapi kita tahu tak, belajar itu untuk memanfaatkannya?
Jika tidak meniatkan untuk memanfaatkan dan ilmu yang kita pelajari itu tidak mampu memberi manfaat kepada kita, saya berani katakan ..
" Sila berhenti belajar! "
Tetapi bukan untuk tutup buku, bungkus barang dan pulang ke kampung.
Tetapi , berhenti sebentar dan fikir kenapa, kenapa, dan kenapa.
Kerana belajar itu bukan kebiasaan!
Dan semua perkara lain pada manusia ini seharusnya tidak menjadi kebiasaan.
Kerana manusia ini fitrahnya berubah.
Sedangkan rambut dan kuku pun akan semakin memanjang.
Usia akan semakin meningkat.
Namun tegakah kita membiarkan kita tenggelam dalam kebiasaan?
Simptom yang mungkin semua orang maklum.
Petanda jelas jika kita berada dalam kebiasaan adalah ...
bosan.
Ayuh, mari kembali koreksi diri dan tidak menjadikan sesuatu dalam hidup kita sebagai sesuatu kebiasaan.!
Walaupun hanya sekadar mencuci pinggan!
Glosari:
seka-seka: tergesa-gesa.
si rafiqah: teman (perempuan)
No comments:
Post a Comment