Pages

Sungguh aku benar-benar rindu

Bismillahirrahmanirrahiim,

Mestikah tega membiarkan,
bila rindu datang bertandang.

Kata orang,
teknologi hujung jari,
mendekatkan yang jauh,
mengeratkan yang rapat.

Tapi yang ini nyata berbeza.

Jika rindu kenapa tidak hubungi ?
Malu?
Segan?

Sungguh ...
lama benar tidak bersua,
Maafkan aku ya,
Aku rindu.. terlalu rindu,
Tapi entah apa yang menghalang.
Apa perlu berfikir panjang?

Memangnya begitu kah?

Bila kita mengikat hubungan dengan akidah.
Bukan sebab suka sama suka,
Semestinya walaupun kita berbeza.
Berbeza watak,
berbeza gaya.

Tapi, bukankah kita sudah merelakan?
Kita ketepikan semua untuk niat yang satu.
Niat kerana Dia.

Maafkan aku kerna seakan mendiamkan,
Meski dalam waktu yang panjang aku kerinduan.
Sehingga pabila tiba saat aku menghubungi dirimu,
aku pula yang kelu.

Mungkin sayang itu masih belum datang,
dan aku masih belum mampu jujur dihadapanmu.
Terlalu menjaga, kerana takut kau terluka.
dan meskipun kita duduk lutut bertemu lutut.
Saff solat kita bahu bertemu bahu.
Tapi belum tentu hati kita bersatu.


Nyatalah,
taaruf itu bukan sekejap.
tafahum itu bukan sekadar pelengkap syllabus,
dan takaful dengan perasaan itu bukan mudah.


dan,
cukupkah sekadar doa tanpa usaha?
sayang yang disembunyi?
dan rindu tanpa perlu berjumpa?


Aku yang kerinduan,
dan saban waktu menantikan.
Meski aku tahu, untuk dapatkan kemanisan
aku sendiri yang perlu menanam.


私も戦っていますよ!

1 comment:

  1. emmm akak~~ saya segan nk cakap...tapi.. saya rindu sangat ngn akaaakkk hukhuk T.T *kena cakap kan kalau rindu? heee beranikan diri yoshh :')*

    ReplyDelete