Pages

Diari : 3 waktu versi 2.0

Bismillahirrahmanirrahiim ,


[Pagi]


1. Kita kadang-kadang kecewa bila tidak dapat menyempurnakan sesuatu tugasan pada masa yang dirancang. Mungkin kita ini terlalu realistik. Sedangkan input tidak sebanding dengan output yang diidam-idamkan. Bila tidak dapat menyempurnakan, hanya melahirkan rasa kecewa dan menurun (baca:down).

Cuba buat list to do setiap hari. Apabila sudah sempurna sesuatu tugasan, hanya tandakan dan bersyukurlah. Jika tidak, semestinya perlu muhasabah.

Kadang-kadang kita ini tidak pernah mahu menghargai diri sendiri. Malah lebih suka mencela. Sudahlah kita tidak mengharapkan pujian orang lain (eh, takde orang lain yang nak puji pun) jika kita menambahkan beban jiwa,bukankah ia bakal menurunkan emosi?

Bayangkan tangan anda mengusap kepala sendiri, sambil berkata;
" Fizah, alhamdulillah Fizah dah berjaya buat sampai sini...Good girl.. After this you must work harder okeh! ".


[Tengahari]


1. Saya belajar dari seseorang hari ini bahawa ketidakpastian itu sesuatu yang menyeronokkan !
Saya mendengar dengan jeda yang lama untuk menghadam. Betul juga kan, kalau kita memandang ketidakpastian itu sesuatu yang menyeksakan, selalunya akan merasa cuak,berdebar-debar .... dan sebagainya.

" Lek-lek sudaaaaaah ".
" Ok, I'll try insyaAllah.Pray for me okeh! "


[Petang]


1. Berita gembira.
Kembar saya (baca: nama kami sama), insyaAllah bakal menaiki tangga kedua. Semoga beroleh sakinah, mawaddah dan rahmah ye. Saya doakan moga Bait Muslim yang bakal dibina menjadi alat dakwah yang akan memacukan dakwah ini insyaAllah.

Selain doa yang Rasulullah SAW ajarkan sebagai ucapan kepada pasangan pengantin, saya juga belajar satu ucapan juga dalam bahasa arab hari ini.

ألف مبروك على الزواج ونتمنى لكما حياة مليئة بالحب والسعادة

( Ribuan tahniah atas perkahwinan ini dan kami berharap kepada kamu berdua moga hidup kalian dipenuhi cinta dan kebahagiaan)



Motto: This road is never straight. 






No comments:

Post a Comment