Do we care??
Afwan, edisi kopipes sebab saya sendiri jahil dengan benda ni.
Tumpang bijaklaksana akhi dibawah ni.
Jzkk
Aina Antum ya Muslimun?
11 bulan
Ianya tempoh yang panjang. Malahan boleh dikatakan terlalu panjang, sehinggakan masyarakat dunia termasuk umat Islam sendiri ramai yang mula ‘bosan’ dengan isu ni….
Dah tak larat nak update, kerana tidak seperti Tunisia, Mesir mahupun Libya yang perkembangan isu mereka sangat laju, kebangkitan di Syria mengambil masa yang terlalu lama. Malahan seolah-olah tiada peningkatan yang berlaku, berita yang sama setiap hari…. Rejim Syria di bawah Bashar Al-Assad bertindak membunuh sesiapa sahaja yang ‘bangkit’, dan pada masa yang sama bilangan tentera yang keluar daripada tentera dan menyertai revolusi juga meningkat….
Dulu pada tahun 1982 rejim Syria massacre Hama, disebabkan mereka membuat revolusi sebab tak berpuas hati dengan rejim Syria. Hama ketika itu merupakan kubu kuat Ikhwanul Muslimin, yang of course dari dulu sehingga sekarang merupakan key player dalam kebangkitan Islam. Tapi ianya juga satu hakikat bahawa kalau kerajaan tu tak berperikemanusiaan dan tak kisah untuk membunuh manusia beramai-ramai, dengan mudah sebenarnya semua revolusi di middle east boleh dihancurkan, dan itulah yang berlaku di Hama dahulu. Diorang layan Hama macam musuh dari negara lain, dan hancurkan Hama sehinggakan lebih kurang 10,000 – 40,000 umat Islam terbunuh. Kini general yang mengetuai serangan tersebut, Rifaat Al-Assad tengah happily hidup kat London.
Itu dulu, sekarang? Yang menjadi target pula adalah Homs. Perkara yang sama cuma progressnya perlahan. Setiap hari pasti ada orang yang dibunuh. PBB kononnya dah lama duk bersuara nak halang. Tapi ternyata sampai sekarang ni progress takkan ke mana, sebab Rusia yang ada kuasa veto di PBB takkan bersetuju sebarang tindakan yang akan menyebabakn kerajaan Syria sekarang diganti dengan pihak lain. Sebab memang Syria ally kepada Rusia.
Jadi? Lepas ni apa akan jadi? Wallahualam…. Mungkin semua yang melakukan revolusi akan dibunuh seperti pada tahun 1982 dahulu. Mungkin juga bilangan tentera yang keluar tentera dan join revolusi akan meningkat sehingga mampu menggulingkan Bashar Al-Assad (less likely sebenarnya, sebab diorang tetap takde kereta kebal ataupun jet). Atau mungkin apabila Mesir, Tunisia dan lain-lain dah stabil mereka akan tolong umat Islam di Syria?
Atau mungkin sebenarnya….. apa yang diperlukan sekarang ni adalah doa umat Islam di seluruh dunia… dan kita serahkan kepada Allah untuk Dia menolong Syria dengan cara yang paling baik…
http://www.yout ube.com/watch?v=6DBmsYRStqk&skipcontrinter=1
tidak sesuai untuk orang berumur 18 tahun ke bawah, mungkin perempuan juga tidak sesuai…. serius, video ni memang sangat ngeri…. kalau nak tengok gak copy paste ke url sendiri dan buang space antara ejaan ‘yout’ dgn ‘ube’
No comments:
Post a Comment