Bismillahirrahmanirrahiim,
Bila masa untuk aku ucapkan selamat tinggal itu semakin hampir,
Terasa perasaan kasih dan sayang itu semakin mendalam.
Kebaikan terdapat dimana-mana.
Walau mungkin suatu ketika dahulu,
Aku tidak senang dengannya,
Aku semacam mahu mengelakkan diri bila bersemuka dengannya,
dan aku lebih suka membisu bila dia membuka suara.
Entah,
mungkinkah ini lumrah orang yang bakal meninggalkan?
Tidak mahu terpalit rasa tak senang sebelum ucap selamat tinggal?
Terlalu jauuuuuuuuuuuuuuh di sudut hati,
Alangkah baiknya jika aku diberi masa sedikit lagi,
Ya, masa untuk lebih berbakti.
Sedar yang aku hanya meninggalkan hanya benih sepanjang bertahun disini.
Sedar yang aku hanya meninggalkan hanya benih sepanjang bertahun disini.
Mungkin baru bercambah,
mungkin langsung mati.
Tapi mungkinkah,
aku bisa menjamin sesuatu lebih baik?
Jika aku diberi peluang untuk lebih berlama disini.
Entah,
barangkali ini yang membuatkan aku tidak berani menaburkan janji.
Doaku,
Moga dimana pun aku berada,
aku dekat dengan Dia.
Dan, semestinya
Jika keberadaan aku disini membolehkan aku lebih dekat dengan Dia,
Memaksimakan kudrat yang ada,
ku angkat kedua tapak tangan,
dengan kepala menyungkur dan dahi mengucup tanah.
Mohon peluang untuk disini lagi.
Untuk hutang yang tak terlangsai,
amanah yang tak tertunai,
No comments:
Post a Comment