Pages

RESENSI " Aku Terima Nikahnya " ( Revisited )

Alhamdulillah. Tamat sudah aku membaca buku hasil tulisan Ustaz Hasrizal ataupun aku lebih suka menggelarkannya " Haji Google ". Dan insyaAllah aku akan kongsikan bersama hasil pembacaanku dan mungkin aku akan turut menyertakan sedikit sebanyak ulasan bersama idea2 yang sesuai dengan situasi kita sekarang.

BUKAN KERANA NAMA

Bagi mereka yang pertama kali melihat tajuk buku ini, " Aku Terima Nikahnya " mungkin berpendapat buku ini hanya sesuai untuk di baca sebagai persediaan berumah tangga. Aku juga seperti kau dahulu. Akan tetapi, setelah membaca dari muka ke muka, aku begitu tertarik dengan kandungan buku ini yang bukan sahaja menyentuh soal nikah kahwin semata-mata. Akan tetapi ustaz turut sama menyelongkar dan menyelami masalah2 yang wujud di kalangan anak muda dan masalah keluarga.

BUKU INI UNTUK KITA

Aku begitu tertarik dengan kata2 ustaz, jika kita ingin berumah tangga, jangan fikir hingga ke pelamin, tapi fikirlah hingga ke lampin! Aku rasakan ustaz amat memahami jiwa muda kita yang pada usia ini memiliki perasaan ingin mencintai dan dicintai. Namun begitu, perasaan ini haruslah dikawal dan disalurkan pada jalan yang betul agar tak memakan diri di masa hadapan. Lebih2 lagi perasaan yang tak terkawal ini akan mengundang kita kepada kemurkaan Allah.. Nauzubillah..

CINTA VS cinta

Melihat kepada situasi sekarang aku dapati ramai antara kita ini yang sudah bepasangan di luar pernikahan. Ustaz turut sama menyatakan rasa pelik mengapa remaja2 sekarang ini kemaruk bercinta. CINTA VS cinta. 2 perkara yang berbeza untuk perkataan yang sama. Jangan tertipu dengan perasaan kita sendiri yang menyatakan cinta itu adalah perasaan dua insan yang saling menyayangi. Jangan katakan itu cinta kerana cinta yang sebenar datang dengan perasaan tanggungjawab dan disertai perasaan rela untuk memberi.
Wahai sahabat.. betul atau tidak jika dikatakan perasaan yang wujud dalam diri itu sebenarnya cuma perasaan yang ingin menuntut perhatian dan ingin memberi perhatian. Cinta hanya di namakan cinta jika disusuli dengan perasaan tanggungjawab iaitu langkah menuju ke alam perkahwinan. Ingat sahabat2.. bila dirimu mabuk dengan percintaan, hitunglah diri kita dengan Allah. Ingat sahabat.. tiap kali duduk berdua2an di tempat2 sunyi, ada mata yang memandang. Dan tiap sentuhan pada lelaki @ wanita yang bukan mahrammu itu, ada api yang akan menyusuli di neraka nanti. Nauzubillah.. Seorang ibu melahirkan anak yang suci dengan keadaan sakit yang tak tertanggung. Adakah tangan2 kita ini yang bakal menconteng dosa dan noda pada diri kita dan orang lain? Astagfirullahalazim..

J.E.M.U

Bagi yang sudah mengalami "cerai-talak" dalam bercinta, aku percaya, kau punyai 1001 macam pengalaman dalam jatuh dan putus cinta. Bulan2 pertama mungkin semuanya manis2 belaka. Bila menjelang pertengahan masa, keretakan2 mula jelas ketara. Pada saat2 itulah akan timbulnya semacam alasan untuk menjauhkan diri dari pasangan. Alasan2 seperti " Saya ingin menumpukan perhatian dalam belajar" atau " Saya rasakan apa yang kita lakukan ini salah.. saya mahu mendekatkan diri pada Tuhan", hanya boleh di tafsirkan dengan satu perkataan iaitu JEMU!.. Jika pekara ini berlaku di dalam perkahwinan, masing2 akan sedaya upaya melayari badai. Ada masa perkahwinan itu dilalui dengan rasa cinta. Ada kalanya tanggungjawab mengambil peranan. Tapi hal ini berlaku di luar perkahwinan yang sah lagi halal. Maka tiada jalan keluar lain melainkan memutuskan hubungan.

PERLU KE ?

Pesan ustaz, jika diri merancang untuk tidak mendirikan rumah tangga dalam masa 1 @ 2 tahun lagi, jangan gatal2 ingin memulakan hubungan. Bagi yang sudah lama berhubung di luar pernikahan yang sah, jangan tangguh2 untuk ke gerbang perkahwinan. Larikanlah dirimu dari kemurkaan Yang Esa.

PERSEDIAAN KITA

Pada pendapat aku, pada waktu sekarang eloklah kita mengayakan ilmu dalam dada. Bukan setakat ilmu yang menjurus ke arah berumah tangga. Tapi persediaan diri sendiri. Cukupkan mana yang tidak cukup. Bak kata orang kampungku "touch up" mana yang masih lompong. Perbaiki diri, ibadah kita dan sedaya upaya menghiasi diri dengan akhlak mulia. Ustaz turut menekankan bagi kaum adam untuk mendalami syariat agama. Termasuklah fiqh wanita. Selain melengkapkan diri dengan ilmu agama, jangan lupakan untuk menambahkan ilmu untuk bekomunikasi. Antara buku yang di cadangkan adalah "Mens are from Mass, Women are from Venus".

Sama2lah kita salurkan kasih sayang pada jalan yang betul. Kasih sayang yang terutama buat Dia Yang Maha Esa. Untuk kedua emak dan abah jangan sekali2 kita lupa. Jika diri merasa resah dan gelisah dengan hubungan yang mengundang kemurkaanya, usahakanlah untuk sama2 meleraikan dan membina hubungan yang di redhainya..

"Rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata ayyuni waj'alna lil muttaqina imama"

" Ya Allah , kurniakanlah bagi kami kesejukan dan kejernihan mata dan hati, pada isteri dan anak2 kami. Dan jadikanlah kami ini imam bagi orang2 bertaqwa.Amin..."

7 comments:

  1. Wah...sudah mula membedah buku nampaknya... satu permulaan yang baik.. teruskan membedah buku dan ilmu!

    Ehem2, ada apa2 ke..buku ini menjadi pilihan bedahan kali ini?

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. dengan kelapangan masa yang diberikan..

    tiada apa2 alasan yang tersirat, cuma berasakan keperluan dalam situasi sekarang

    ReplyDelete
  3. Sedap membaca ulasan cucu tentang buku ni, bak kata datuk sepupu sebelah kakak ipar mak tiri ana, sama sedap dengan ayam kentucky fried chicken. =)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  5. naru hodo..

    pernah la jugak seorang teman igtkan perkara yg sama

    " nk kawen jgn pkay smpai pelamin jer.. kene pkay smpai ke lampin.."

    " org lelaki pon kene la amik tau hal2 yg berkaitan wanita,.. penting" tambahnya lg.

    terima kasih la kat teman tu. ^_^

    Tp kan cik fizah, kat jepun xder jual la buku tu. cukup kot kalau dah baca ulasan ni (ye ke?)

    ReplyDelete
  6. aisey.. baca ulasan ni jek lom cukup kot jahagifu oii. ni baru 1/100## je aku amik dari situ.

    aku ulas ikut kesesuaian kita je. bab mnuju ke perkawinan dan keluarga, aku rasa belum layak untuk ulas.. tggulah beberapa tahun lagi .. ngeh3

    ReplyDelete