Pages

5 kedai yang aku akan masuk bila terjumpa

Wa, aku di tagged!
Sengaja meninggalkan jejak di blog seniorku, di tagged pula. Rasa lucu pula bila nak menulis senarai nama kedai2 ni. Disebabkan aku seorang yang suka berjalan, dan window shopping, 5 senarai sahaja aku rasakan tidak cukup. Erm, jadi aku bahagikannya menjadi 2 kategori. Kedai di Jepun dan di Malaysia.

5 Kedai yang aku akan masuk bila terjumpa di MALAYSIA

1) MPH, MidValley
Aku selalu rasa rindu, bilalah aku dapat ke sini lagi. Lalu di hadapannya sahaja bisa buat aku teruja. Melihat susunan2 buku di rak, mencium haruman buku2 yang baru, benar2 menenangkan hati. Aku mula ke sini sejak aku berada di AAJ. Ruangan yang selalu aku kunjungi, ruangan yang menempatkan novel2 melayu dan ruangan buku2 agama. Jika berada di situ, tidak sah jika tidak memakan masa berjam2 lamanya. ( Walaupun aku tidak membeli buku di sini pun..hehe)

2) Pustaka Mu'min, Jalan Tunku Abdul Rahman
Aku mula berkunjung ke sini semasa aku berada di tahun 2, AAJ. Kedai yang aku kira minta sahaja apa2 buku agama, insyaAllah bisa diperolehi di sini. Bukan buku agama sahaja, tetapi novel2 juga turut aku dapatkan disini. Baru2 ini sahaja aku memborong banyak buku2 dan novel di sini.

3) Fajar Ilmu Bakti, Wisma Yakin, Jalan Masjid India
Kedai buku yang menempatkan buku2 khususnya buku2 dari Indonesia. Bagi yang meminati dan berkehendakkan buku2 fikrah ilmiah, buku2 da'wah, kedai ini patut menjadi sasaran. Bukan buku sahaja dari Indonesia, malah aku kira pemilik dan pekerjanya juga dari Indonesia ( Aku pernah mendengar mereka bersembang dalam bahasa yang tidak ku fahami ). Khabar gembira bagi yang ingin berkunjung ke sini, diskaun 15% menanti~ Jom borong!

4) Kedai Kain Nagoya.
Setakat ini cawangan yang selalu aku lawati adalah di Klang ataupun di Jalan TAR. Kedai kain ini biasanya menawarkan kain2 dengan harga berpatutan dan corak2 menawan. Pilihanku jika berkunjung ke kedai kain ini adalah kain2 yang berwarna tanah dan kain2 bercorak kotak2. Bila aku beli kain dari sini pasti aku bakal menambah beban pada emak. Kerana aku akan minta mak menjahitkan baju baru buatku. Maaf ea mak..hehe.

5) Kedai Bahan2 Kek, Jalan Meru.
Rasa teruja lagi bila melihat deretan bahan2 membuat kek ada di hadapan mata. Mahukan blueberi segar, pelembut, soda bikarbonat, acuan muffin, manik2 kek, wa...semuanya ada di sini. Bayangkan bahan2 itu dipaket dengan kuantiti yang banyak dan harganya amat berpatutan. Pasti berkurangan not dalam poketku bila ke sini.

5 kedai yang aku akan masuk bila terjumpa di JEPUN

1) Pasaraya ARUK, di Yamaguchi.
Aku di gelar makcik ARUK oleh teman2ku di sini lantaran aku mengetahui barang2 yang terdapat di Aruk termasuk harganya, kedudukannya dan hari apa yang harganya akan turun. Pasaranya ini menawarkan sayur2an segar dan murah pada hari selasa dan khamis. Telur akan di jual kurang 100 yen berbanding hari biasa pada hari rabu. Roti2 pula murah pada hari selasa.

2) Kedai Sushi, Ube
Mula2 kesini aku hanya bisa makan 3-5 pinggan sahaja. Maklumlah, baru tiba di Jepun, masih belum bisa membiasakan diri. Tetapi kini jika aku ke kedai sushi ini, selalunya aku akan makan #$ pinggan. Hehe.. Dalam budak2 1 nen, aku yang paling 'gila2' suka dengan sushi. Geng2 yang biasanya suka makan sushi di Yamaguchi ni Kak Pidah, Lupang dan Dena.

3) Kedai makcik sayur tutup awal hari selasa.
Jangan gelak bila mendengar nama kedai ini. Nama kedai ini sebenarnya 九田. Teman2 1 nen yang beri nama ini lantaran kedai ini sudah tutup bila kami pulang dari kelas hari selasa pada jam 5.40 petang. Syurga sayur2an bagiku. Sayur2 segar yang di tanam oleh penduduk tempatan Yamaguchi boleh didapati dengan harga yang sangat murah di sini.

4) Kappa Sushi
Malangnya, kedai ini tidak terdapat di Yamaguchi. Aku pernah ke sini sewaktu aku berada di Tokyo dan Kyouto. Jika kedai ini membuka cawangan di Ube, aku ramalkan kedai sushi di Ube tu bakal gulung tikar.

5) Direx, Yamaguchi
Tak ramai budak2 Yamaguchi tahu kewujudan Direct ni. Sebuah pasaranya yang menawarkan barangan rumah seperti sabun, dan makanan ringan dengan harga murah.

Rasa terhibur menulis nama2 kedai ni. Bagiku secara tak langsung terdedah satu sudut personaliti seseorang tu. Tak gitu?

Erm, siapa ya aku ingin tag?

Teman2 di bawah, jika berkelapangan, sudi2kanlah ye..
leokid
leen Ireland
Sang Pelangi

4 comments:

  1. MPH MV bg sy mcm ade satu tarikan tersndiri...bile masuk je situ,it feels like u r in ur own zone..the smell of the new books mcm mmbangkitkn satu kgembiraan yg ntah xtau xmne nk describe...

    ReplyDelete